Segala yang kita buat biasanya mementingkan forms dari substance. Contoh contoh berikut adalah antaranya:-
1) buat bangunan mahkamah dengan panggilan istana dengan rekabentuk yang indah tetapi kualiti ramai hakim tak layak nak jadi majistret kelas dua sekali pun--malah ada hakim yang patut tido di penjara dah (pelbagai keputusan tak masuk akal dirujuk)
2) buat rebranding of bpr jadi sprm habis jutaan ringgit tapi kualiti pengisian sprm lebih teruk dari zaman bpr di jalan duta dulu (yang terbaru kes sprm bunuh teoh dirujuk)
3)tukar uniform pdrm yang dah sedia cantik jadi biru bagi mengayakan rahim noor tapi kualiti polis yang kita dapat kita ada KPN yang jadi pak angguk ah longs ,kumpulan kongsi gelap & geng perlacuran (akuan bersumpah 3 pegawai kanan polis dirujuk)
4) buat Musabaqah Kebangsaan/Antarabangsa bagi tujuan perniagaan menkayakan banyak pihak yang supply bunga la, yang buat hadiah la tanpa memikirkan suara wanita adalah aurat
5) buat bangunan konvensyen antarabangsa cantik cantik mahal mahal last last sebab takda business majlis kahwin pun diterima
6) peguam negara sepatutnya ada substance tapi bila ada isu isu penting ataupun drafting yang pelik pelik sikit outsource pada pihak luar al maklum la peguam negara naik kerana jasanya menjatuhkan DSAI bersama musang hasan SAC 1 saja pangkatnya time tu.
7) buat highway nampak macam first class tapi sebab takda substance samy velu sapu budget last last lebuhraya puchong dah retak, ampang elevated highway and mrr2 pun sama, apa apa hal cari samy vellu dulu
8) buat stadium canggih di trengganu lepas tu runtuh, heran bin ajaib idris jusoh yang kaya tu tak pun kena tahan reman malah boleh dok cuba nak tentukan MB baru pulak, sprm buat apa tido sibuk nak kacau belanya seribu dua yang belun tentu betul kat selangor
jadi apa apa yang malaysia buat semuanya form untuk deceive banyak pihak tapi in actual fact substancenya lebih teruk dari negara termundur dunia, demikianla antara contoh contoh yang boleh di double check without any doubt at all
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment