Lagu Tanggal 31 ciptaan dan nyanyian asal Seniman Ahmad CB telah diberikan versi persembahan terbaik oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad penghibur terbaik Asia 1989 yang diterimanya di Royal Albert Hall, London UK. Rakaman konsert merdekanya di Melaka pada tahun 1991 telah pun disiarkan oleh TV3 jam 10 pagi 31/8/2009.
Disebalik fakta fakta sejarah merdeka, sejarah tanahair perlu di kaji semula dan sekiranya perlu ditulis semula kerana apabila membaca buku buku ilmiah dan kajian kajian perbandingan fakta fakta terdapat beberapa kekurangan dalam pengolahan fakta sejarah tanah melayu/Malaya/Malaysia.
Apakah benar hanya beberapa parti politik yang kemudiannya membentuk perikatan untuk bertanding dalam pilihanraya ataupun sebeneranya banyak lagi parti parti politik dan badan badan bukan politik yang memainkan peranan penting dalam mencapai kemerdekaan tetapi telah sengaja tidak disebut agar Perikatan yang kemudiannya menjadi BN sahaja yang mendapat nama dan disanjung oleh generasi terkemudian.
Kalau kita kaji kenapakah adanya rakyat tanah melayu di penjarakan oleh British sehingga meninggal didalam penjara, kenapakah wujudnya pembunuhan menerusi kemalangan kepada pejuang pejuang kemerdekaan yang bukan dari kalangan parti perikatan.
Sejarah zaman British, Jepun & Darurat hatta zaman kesultanan melayu Melaka sekalipun perlu di kaji semula dengan secara jujur.
Sekiranya ramai masih ingat ucapan Tun Dr M di Perhimpunan Agung Umno dulu yang melayu di zaman kesultanan melayu melaka beragama hindu yang di ketuai oleh Parameswara dan memeluk Islam hanya kerana ingin berbaik (mengampu) pedagang pedagang Arab (businessman). Hatta sifat mengampu itu la yang di bawa oleh melayu umno amnya dan melayu dalam perkhidmatan awam sekalipun berdasarkan sejarah datuk nenek moyang yang memangnya suka mengampu demi kuasa, harta dan lain lain kepentingan duniawi.
Selamat Berpuasa, BerTerawikh & beramal di kala bala H1N1 menyerang manusia yang gemar mengaku Islam tetapi hanya setakat itu sahaja......larangan Allah swt takda masalah, Solat sesuka hati, Quran langsung tak faham setakat berbunyi aje macam pendekar bujang lapuk dll.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 52 tahun 2009 tanpa sentuhan iklan iklan bermutu Yasmin Ahmad (Al Fatihah) serta buka kan minda......Renung-renungkan, selamat beramal sekali lagi disini, meminjam kata kata Prof Izi Hot FM.
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment