Wednesday, October 14, 2009

1 Malaysia di Gerai Perhimpunan Agung Umno Oct 2009

Memecah tradisi umno buat pertama kalinya Poh Kong kedai emas di benarkan membina satu gerai panjang ekslusif di pintu masuk penyambung antara hotel seri pacific (dulu pan pacific) ke pwtc. Juga beberapa gerai handphone milik bukan melayu beroperasi di lokasi strategik berbanding dengan kedai kedai melayu sendiri. Lebih ekslusif juga ialah bilik VIP pwtc mawar telah disewakan sepenuhnya pada jakel yang menjual pelbagai kain baju berbading dengan gerai gerai biasa melayu. Apakah perubahan ini membawa kegembiraan atau kesedihan pada para penyokong taksub bangsa melayu umno he he he kena la tunggu dan lihat. Namun pada kebiasaannya orang melayu umno keturunan pengampu hanya akan selamba bersetuju dengan apa sahaja yang presiden mereka buat demi menjaga kepentingan peluang business dan kuasa politik masing masing. Apa yang jelas umno cuba berbuat apa saja untuk dilihat berubah tetapi yang lebih nyata ialah rakyat telah pun menolak umno dan kemenangan umno di bagan pinang adalah bukti di masa akan datang yang umno keseluruhannya akan ditolak oleh rakyat Malaysia kerana melindungi penjenayah rasuah dengan mencalonkan penjenayah rasuah menjadi wakil BN di bagan pinang. SPR sepatutnya menolak siang siang pencalonan isa namun SPR juga loya buruk kononnya kesalahan isa itu hukumannya tidak dijatuhkan oleh mahkamah.
Sesiapa juga boleh buat lapuran pada sprm dan polis di atas jenayah rasuah isa berdasarkan hukuman gantung isa dulu bertujuan untuk mengistiharkan kemenangan isa sebagai tidak sah kerana telah disabitkan jenayah rasuah yang sengaja tidak dilapurkan pada pihak berkuasa oleh umno. Wallahualam. (selamat bersidang, selamat mengampu sampai subuh setiap hari ok)

No comments:

Post a Comment