http://www.hotfm.com.my/blog_fara/?view=plink&id=243
Seniman Komposer Kassim Masdor pencipta lagu
Kenangan Di Padang Kota
dendangan isteri Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee iaitu Puan Sri Saloma.
Juga anggota asal Pancha Sitara.
Guna common sense la ok click dulu gambar gambar kat blog fara diatas ok dulu baru la bole paham ada arti ka inchik inchik dan puan puan yang makan di pinggang dan minum di chawan he he he he tetap la hangat drp biasa kan kan kan.
Sebelum lupa la, seniman komposer Kassim Masdor pernah time dulu dulu ronda ronda kat padang kota
and lepas tu terciptalah lagu Kenangan Di Padang Kota nyanyian Allahyarhamah Puan Sri Saloma (may be bersama Seniman Arwah Datuk Ahmad Daud)--sebuah lagu yang amat segar sesegar Malaysia Baru rancaknya.
Dalam blog fara tu terdapat gambar medan selera padang kota yang terletak opposite Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang & Berek Balai Polis Lebuh Pantai Pulau Pinang. medan selera ni biasanya di buka selepas jam 4 petang sehingga ke tengah malam. di sebelah mee goreng tu tepi sekali selepas 6 petang ada gerai melayu menjual nasi lemak bungkus panas panas setiap hari yang biasanya dah sold out sebelum 10 malam lagi.
terdapat juga gambar line clear nasi kandar yang terletak di satu lorong antara kedai mamak menjual suratkhabar dan restoran yasmeen.
Classified World Cup-Jalan Jalan Ronda Ronda Pi Mentekedarah
Dan yang tak terdapat di dalam gambar ialah 5 minit dari line clear berjalan kaki, terdapat sebuah jalan yang bernama campbell street-- yang terdapat restoran hameediyah yang telah wujud sejak zaman sebelum perang jepun lagi. keistimewaan restoran hameediyah ialah dalcanya yang complete segala sayur sayur yang sepatutnya termasuk juga buah mempelam(pauh) juga acar lada hijau, kurma ayam dll. cuma di Hameediyah harganya lebih sikit drp tempat lain coz menjadi tumpuan segala peringkat masyarakat dari seluruh Malaysia . Setiap hari restoran di buka dari jam 11 pagi hingga 12 malam kecuali ahad dari 12 tengahari.
sekiranya ingin merasa aroma dan environment style dulu dulu cuba cubalah makan dimeja depan lauk lauk di tingkat bawah ataupun di tingkat atas lot asal restoran berkenaan bukannya 2 lagi lot yang bersebelahan walaupun ianya memang restoran yang sama.
Satu lagi restoran ialah restoran tajudeen yang terletak kira kira tak sampai 10 minit driving dari line clear dengan syarat driving tu bermula dari depan oriental hotel tepi line clear menghala sepanjang chulia street, sebaik sahaja selepas traffic light simpang empat di Masjid Kapitan Keling sebelah kiri ialah Queen Street lokasi Mentekedarah seterusnya dan menu yang best kat situ ialah nasi putih hangat hangat (dari biasa la) dan kari ayam peha la plus minum orange sunquick.--Sewaktu Ramadhan banyak gerai gerai di buka di sepanjang Queens Street dan menu yang best dari gerai gerai tu ialah roti kirai (roti jala la) kuah kari ikan and limau nipis untuk diperah dalam kuah kari ikan tu. roti kirai tu di buat panas panas depan customers silap silap ada yang rasa takleh sabaq nak berbuka time tu juga la he he he, jadinya advisable beli dekat dekat time berbuka coz banyak gerai tepi jalan untuk makan time Ramadhan and minum teh tarik susu lembu he he he, hang pa semua pi la try dulu----mcm kata Arwah AR Tompel, "Daun Serai, Daun Gaharu---Belum Try Belum Tahu"
Nota: Tajudeen ditutup hari ahad coz main customers Tajudeen hanya banyak during weekdays aje la.
Sekian la adanya classified terkini yang maha kelam kelibut sempena cawan dunia (world cup) 2010.
No comments:
Post a Comment