Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi berikut adalah petikan cadangan satu garis panduan sekiranya ada organisasi ingin menganjurkan acara berbuka puasa bersama anak anak yatim mahupun program Ihya Ramadhan yang lain:-
1) Jangan memilih milih, jemput semua anak anak yatim dari rumah anak yatim berkenaan.
2) Sediakan pengangkutan pergi balik secukupnya. (atau anjurkan sahaja di rumah anak anak yatim yang berkenaan dengan para tetamu diminta hadir ke situ)
3) Tempatkan mereka di lokasi yang sesuai dalam dewan sebagai tetamu bukannya di letakkan dibelakang ataupun di luar dewan sehingga upacara menyampaikan bantuan.
4) Ringkaskan majlis memandangkan perlu berSolat Terawikh/sekolah keesokkannya,
5) Hadiah sepatutnya sama kepada semua anak anak yatim.
6) Jangan menjemput sekadar untuk memberikan rm20 dan berbuka ala kadar. Elok lagi sekiranya jumlah bantuan tunai telah di bank in terus ke akaun anak anak yatim berkenaan dan hanya pengumuman sahaja perlu di buat. Segala bentuk bantuan lain seperti pakaian berhari raya serta peralatan sekolah boleh diserahkan terus oleh para petugas atau celebriti dll sewaktu anak anak yatim tiba di luar dewan majlis.
7) Ingat yang diraikan ialah anak anak yatim bukannya VIP pada malam berkenaan.
8) Persembahan artis artis tidak perlu mungkin beberapa persembahan ringkas daripada anak anak yatim sendiri seperti membaca sajak, nasyid dll.
9) Penganjur perlu ingat yg majlis diadakan pada malam bulan Ramadhan, elakkan penganjuran majlis berbentuk konsert dan segala jenis lawak jenaka yang melampau batas.
10) Sekiranya ada artis yang membuat persembahan, beri arahan tegas kepada artis terlibat supaya hanya menyanyikan lagu yang sesuai dengan majlis--lagu frust bercinta atau rock batu bata definitely tidak sesuai. Majlis meraikan anak anak yatim bukanlah medan yang sesuai untuk membuat promosi album terbaru artis artis yang biasanya dipenuhi dengan lagu lagu syok sendiri.
11) Anak yatim bukan bahan pameran untuk bergambar semata mata, perlu nampak keikhlasan meraikan mereka.
12) Contoh cadangan atucara:-
a) Program bermula jam 6 petang dgn segala jenis ucapan serta penyampaian bantuan serta sessi bergambar dan terus berakhir segera sebaik sahaja selepas Solat Maghrib & jamuan berbuka puasa.
b) Maknanya jam 8 malam anak anak yatim boleh pulang melainkan sekiranya hendak dimasukkan Solat Isya dan Terawikh 8 rakaat dalam acara majlis yang boleh diteruskan dengan acara lain yang sesuai sekiranya dilakukan di hujung minggu.
13) Sentiasa ingat yang ini majlis berbentuk keagamaan , bukannya konsert atau acara hiburan yang mempergunakan anak anak yatim sebagai alasan.
14) Banyak masjid masjid hari ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk mengadakan program
dan sekiranya majlis diadakan pada hujung minggu 10 malam terakhir, ianya mungkin boleh diteruskan dengan Qiyammullai then bersahur serta Solat Subuh then Kuliah Subuh dan akhir sekali bersurai.
15) Program seperti Singgah Sahur mungkin sesuai untuk Qiyammulai 10 malam terakhir yang boleh di buat di surau rumah anak anak yatim berkenaan.
16) Tetamu jemputan juga perlu diingatkan kod pakaian yang sesuai untuk majlis Iftar & Solat Maghrib supaya tiada tetamu (kecuali yg uzur la) yang bising riuh rendah bersembang ketika Solat berjemaah dijalankan.
17) Sekiranya kos hotel lima bintang lebih mahal daripada jumlah bantuan maka elokla difikirkan semula venue penganjurannya mungkin munasabah untuk diadakan di dewan Masjid Masjid yang sesuai ataupun di Surau rumah anak anak yatim yang berkenaan. Kos mendirikan khemah dan makan minum seperti kenduri kahwin adalah tidak seberapa berbandingkan majoriti hotel lima bintang yang baru tahun ini terkial kial
nak memohon sijil Halal Jakim.
Wallahualam, Renung renungkan dan selamat beramal. Kurangkan kontroversi, tingkatkan pretasi hari hari makan nasi nanti terlebih zat besi boleh jadi gergasi kat negara parsi sambil minum air pepsi sampai pucat lesi.....
Saturday, July 31, 2010
Friday, July 30, 2010
NADAMURNI - Sinar Ramadhan
Sekali lagi hari ini khutbah jumaat mengisahkan Nabi Muhammad saw enggan mematuhi cadangan perpaduan bangsa arab atas perintah Allah swt sepertimana yang di perintahkan directly dalam Surah Al Kafirun. Allah swt menegaskan perpaduan mestilah berlandaskan Taqwa (agama) jadi khutbah jumaat hari ini menolak perpaduan bangsa melainkan hanya berlandaskan agama semata mata. Semalam malam jumaat Masjid Masjid seluruh Malaysia mengadakan majlis sambutan awal Ramadhan di mana mood untuk berpuasa telah bermula dengan kehadiran full house di Masjid Masjid disamping lepas Isya para jemaah dijamu dengan nasi pelbagai lauk pauk panas panas. Maka amatlah wajar sekali program program hiburan tv diubah formatnya sepanjang Ramadhan 1431 Hijrah tahun ini contohnya dengan menjemput pengacara ketiga sebagai tambahan kepada 2 pengacara terbaik yang sudah sedia ada dalam program seperti melodi--apa salahnya di jemput Uztaz Zawawi Yusof ka, Prof Izi ka dsbnya asalkan jangan jemput Uztazah siti norbayah dah la--coz Uztazah siti norbayah tu macam nak menjual ubat kat kaki lima and kadang kadang buat fatwa dia sendiri sepertimana yang pernah dibuatnya dalam program kat tv9. lagipun mana ada Uztazah yang sepatutnya tinggi ilmu agamanya merakamkan ceramah teknik cakar harimau dan dijual dipasaran yang mana Allah swt dalam Al Quran memerintahkan hal hal peribadi intim suami isteri adalah rahsia rumahtangga--ini adaka patut member yang kononnya bertaraf Uztazah pi buat VCD bantai juai pulak. Renung renungkan, selamat beramal dan enjoy Sinar Ramadhan persembahan Allahyarham Uztaz Asri sewaktu bersama Nadamurni sebelum tertubuhnya Rabbani.
Wednesday, July 28, 2010
George Galloway Savages Sky News
George Galloway - British MP gave a suprise response to Sky News , 2 weeks ago during a live interview on Palestinian issues creating extreme embarassment right on the face of the lady. George Galloway has presented papers during Perdana Global Peace Organization (PGPO) several times held in Malaysia. The PGPO headed by Yg Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad -also organized the Criminalize War Conference runned by Kuala Lumpur Criminalize War Foundation.
Saturday, July 17, 2010
best weekend? FF dh start shooting raya alahai fafau sejak smlm. ni ada kat lokasi di Kuang. scene FF bwk BF balik rumah jumpa mak ayah! hahahaha..shooting 4hri sampai Isnin. FF dan EMAK FF :) dlm alahai fafau beraya hi!! FF masih shooting.. Korag g shopping eh? huhuhu FF tk shopping baju raya lagi. wht should I buy? kebaya? bj kurung? jubah? advise? salam ahad! thnx kpd yg sudi bg advise pasal baju raya FF yg belum buat/beli lagi. nyway, ada sesiapa tahu mana2 TAILOR yg masih lagi nak terima tempahan? FF ada 3 helai kain tapi takde tailor yg nak buat... anyone can help? huhuh korang ni main2 tau.. FF betul2 serious cari TAILOR yang boleh jahit baju kurung di saat2 terakhir. pls email me at farafauzana@yahoo.com pada mereka yang sudi jahit atau tahu kat mana boleh FF hnatarkain utk buat baju raya. FF suke buat baju kurung pahang :) salam semua! 1st - sorry sebb tkde kat MELODI sbb masih shooting alahai fafau beraya. 2nd - tq so much pd yg sudi beri info pasal baju kurung tu. FF dh jumpa tailor. 3rd - jgn lupa sepak bola mcm Christiano and hntar ke @castrol malaysia k last day shooting utk Alahai Fafau Beraya. now FF ada di SMKBG di Sg Plung Sg Buloh, S'gor. FF jadi bdk sekolah..weeee! *FF wanna say TQ to adik @fahmy Manan sbb sudi pinjamkan kasut sekolah pd FF :) nama FF diberi oleh datuk belah ayah dan maksudnya KEGIRANGAN YG MELAMPAU. fyi, FF masa sekolah2 dulu memang tak suke nama penuh FARA FAUZANA tu sehinggakan kalau cikgu disekolah panggil nama penuh memang FF takkan jawab dan buat bodoh jea.. why? sebb malu nama hujung tu ada 'zana', girl girl sangat! hahahah...sewel kan? korang pulak??? ..
YB Malaysian Minister for Foreign Performers (Year 2020)
CEMPAKASARI - S M SALIM
Cempakasari ciptaan AlMarhum Sultan Perak persembahan khas Tan Sri SM Salim Tradisional Tetap terhangat original but must be viewed directly at youtube . Notification: To those Malaysians globally that wanted more than what are being displayed at this blog--drop a genuine e mail that we all will then see what will happen next. Meanwhile just enjoy this small time suka suka TV channel at your own pace at your own sweet time. We are 24 hours global presentation blog and are always open to suggestion and proposal provided those suggestions are not damaging one ok. Enjoy.
Monday, July 12, 2010
Saturday, July 3, 2010
Friday, July 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)