Saturday, July 31, 2010

P. Ramlee Songs: Tolong Kami Bantu Kami

Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi berikut adalah petikan cadangan satu garis panduan sekiranya ada  organisasi ingin  menganjurkan acara berbuka puasa bersama anak anak yatim mahupun program Ihya Ramadhan yang lain:-


1) Jangan memilih milih, jemput semua anak anak yatim dari rumah anak yatim berkenaan.
2) Sediakan pengangkutan pergi balik secukupnya. (atau anjurkan sahaja di rumah anak anak yatim yang berkenaan dengan para tetamu diminta hadir ke situ)
3) Tempatkan mereka di lokasi yang sesuai dalam dewan sebagai tetamu bukannya di letakkan dibelakang ataupun di luar dewan sehingga upacara menyampaikan bantuan.
4) Ringkaskan majlis memandangkan perlu berSolat Terawikh/sekolah keesokkannya,
5) Hadiah sepatutnya sama kepada semua anak anak yatim.
6) Jangan menjemput sekadar untuk memberikan rm20 dan berbuka ala kadar. Elok lagi sekiranya jumlah bantuan tunai telah di bank in terus ke akaun anak anak yatim berkenaan dan hanya pengumuman sahaja perlu di buat. Segala bentuk bantuan lain seperti pakaian berhari raya serta peralatan sekolah boleh diserahkan terus  oleh para petugas atau celebriti  dll sewaktu anak anak yatim tiba di luar dewan majlis.
7) Ingat yang diraikan ialah anak anak yatim bukannya VIP pada malam berkenaan.
8) Persembahan artis artis tidak perlu mungkin beberapa persembahan ringkas daripada anak anak yatim sendiri seperti membaca sajak, nasyid dll.
9) Penganjur perlu ingat yg majlis diadakan pada malam bulan Ramadhan, elakkan penganjuran majlis berbentuk konsert dan segala jenis lawak jenaka yang melampau batas.
10) Sekiranya ada artis yang membuat persembahan, beri arahan tegas kepada artis terlibat supaya hanya menyanyikan lagu yang sesuai dengan majlis--lagu frust bercinta atau rock batu bata definitely tidak sesuai. Majlis meraikan anak anak yatim bukanlah medan yang sesuai untuk membuat promosi album terbaru artis artis yang biasanya dipenuhi dengan lagu lagu syok sendiri.
11) Anak yatim bukan bahan pameran untuk bergambar semata mata, perlu nampak keikhlasan meraikan mereka.
12) Contoh cadangan atucara:-
a) Program bermula jam 6 petang dgn segala jenis ucapan serta penyampaian bantuan serta sessi bergambar dan terus berakhir segera sebaik sahaja selepas Solat Maghrib & jamuan berbuka puasa.
b) Maknanya jam 8 malam anak anak yatim boleh pulang melainkan sekiranya hendak dimasukkan Solat Isya  dan Terawikh 8 rakaat dalam acara majlis yang boleh diteruskan dengan acara lain yang sesuai sekiranya dilakukan di hujung minggu.
13) Sentiasa ingat yang ini majlis berbentuk keagamaan , bukannya konsert atau acara hiburan yang mempergunakan anak anak yatim sebagai alasan.
14) Banyak masjid masjid hari ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk mengadakan program
dan sekiranya majlis diadakan pada hujung minggu 10 malam terakhir, ianya mungkin boleh diteruskan dengan Qiyammullai then bersahur serta Solat Subuh then Kuliah Subuh dan  akhir sekali bersurai.
15) Program seperti Singgah Sahur mungkin sesuai untuk Qiyammulai 10 malam terakhir yang boleh di buat di   surau rumah anak anak yatim berkenaan.
16) Tetamu jemputan juga perlu diingatkan kod pakaian yang sesuai untuk majlis Iftar & Solat Maghrib supaya tiada tetamu  (kecuali yg uzur la) yang bising riuh rendah bersembang ketika Solat berjemaah dijalankan.
17) Sekiranya kos hotel lima bintang lebih mahal daripada jumlah bantuan maka elokla difikirkan semula venue penganjurannya mungkin munasabah untuk diadakan di dewan Masjid Masjid  yang sesuai ataupun di Surau rumah anak anak yatim yang berkenaan. Kos mendirikan khemah dan makan minum seperti kenduri kahwin adalah tidak seberapa berbandingkan  majoriti hotel lima bintang yang baru tahun ini terkial kial
nak memohon sijil Halal Jakim.


Wallahualam, Renung renungkan dan selamat beramal. Kurangkan kontroversi, tingkatkan pretasi hari hari makan nasi nanti terlebih zat besi boleh jadi gergasi kat negara parsi sambil minum air pepsi sampai pucat lesi.....

No comments:

Post a Comment