mStar Online : Lagu 'Pergi' Juarai AJL24
Tahun ini pengadilan nampak ada kualiti sedikit dengan menjadikan lagu petikan filem bermutu Talentime ini sebagai juara. Filem filem Yasmin Ahmad sebagaimana filem filem warna Datuk Rahim Razali punyai kekuatan dan kualiti.
Lagu AJL yang menang tersebut akan lebih lengkap sekiranya filem Talentime di tayangkan di TV3 dalam masa terdekat.
Permainan kotor budak yang suka buka seluar, tali pinggang dan baju tidak menjadi. Alasan sakit untuk membolehkannya menukar gilirannya dari no 2 ke no terakhir untuk membuat persembahan seharusnya tidak didengar oleh pihak yang berkenaan.
Tengok muka aje semua dah tahu tu taktik faizal tahir semata mata. Disekeliling faizal tahir biasanya ada beberapa lelaki yang sama sama kelihatan sibuk seperti faizal tahir yang akan memberitahu sekumpulan peminat wanita yang faizal tahir konnonya amat penat walaupun hanya menyanyikan satu dua lagu sampah keluar syarikat tulang beruk bin monyetnya @ monkeybone. Lepas para peminat wanita yg nampak frust (entah kenapa depa ni frust) para pekerja lelaki ni akan bagitau peminat wanita berkenaan, boleh sign autograph and ambik gambar tapi sekejap saja coz faizal amat penat. Penat apa? orang yang kerja construction buat bangunan kerja 8 jam sehari masih boleh melayan semua permintaan kawan kawan dan keluarga dengan baik, inikan pulak baru menyanyi satu dua lagu tong sampah.
Baris pengadil AJL tahun ini baik tapi mungkin boleh di tambah pada masa akan datang dengan Komposer Komposer ternama seperti Kassim Masdor, Datuk Johari Salleh, S Atan, Ahmad Nawab, Ooi Eow Jin, Ramli MS kerana yang dipertandinkan adalah senilagu dan senikata bukannya penyanyi. Dengan kehadiran Komposer ternama dan berkualiti mungkin banyak lagu AJL akan disuruh berhenti sekerat jalan terus terkeluar walaupun diperingkat malam final--ini lah hakikatnya walaupun pahit.
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment