Saturday, September 18, 2010

myMetro | M Rajoli meninggal dunia malam tadi

myMetro M Rajoli meninggal dunia malam tadi

Beberapa tahun lepas sewaktu menghadiri Solat Maghrib & Tahlil Seniman M Amin di Finas---Allahyarham M Rajoli lah yang mengetuai bacaan Yassin & keseluruhan Majlis Tahlil dan bila tiba sessi bacaan doa, Allahyarham M Rajoli membacanya dengan panjang lebar tak ubah seperti seorang ulama. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang orang beriman dan beramal Salih.

Selepas sessi Tahlil Seniman M Amin di Finas tu, jamuan nasi disediakan oleh samseng kampung dusun Ahmad Tarmimi Sarigar.
Ahmad Tarmimi Sarigar pernah terjerit jerit seperti orang hilang Aqal dari meja makan malamnya di PWTC di majlis yang dihadiri Yang Di Pertuan Agong Raja Perlis beberapa tahun dulu. Ahmad Tarmimi marahkan juruteknik bertugas di malam berkenaan kerana berlaku sedikit kesilapan teknik dimana suara seseorang sedang menyanyi lagu Isabella berkumandang menerusi sistem audio dalam Dewan Merdeka yang mungkin datangnya dari bilik juruteknik di PWTC.
Satu lagi insiden berlaku di Masjid Bangsar beberapa tahun lepas sewaktu Khatib membaca Khutbah, Ahmad Tarmimi datang dengan sebuah kenderaan yang menunggunya untuk membeli nasi bungkus di gerai berhampiran pintu masuk Masjid Bangsar dan tiba tiba terjerit jerit memarahi peniaga peniaga yang menjual barangan yang padanya mewakili parti pembangkang. Tanpa turut sama bersolat Jumaat, Ahmad Tarmimi meninggalkan Masjid dengan kenderaan yang menunggu yang ketika itu Khutbah hampir selesai.

Jadi kesimpulannya semua cerita berkualiti arahan Datuk Rahim Razali tetap akan dihormati ramai kecuali watak yang membabitkan Ahmad Tarmimi akan dibenci sampai bila bila.

No comments:

Post a Comment