Saturday, September 25, 2010

Salam 15 Syawal 1431 Hijrah Jumaat (24/9/2010) Tazkirah Syawal

Khutbah Jumaat hari ini menyentuh keperluan pasukan keselamatan negara iaitu ATM dalam melengkapkan pertahanan negara dengan pelbagai kelengkapan yang canggih serta menyentuh pengorbanan tentera sebagai berjuang ke jalan Allah swt. Walaubagaimanapun bagaimanakah bentuk pengorbanan yang boleh dianggap Fi  Sabillillah hanyalah ulama ulama dihormati di dunia yang boleh mengeluarkan fatwa. Kelengkapan yang canggih sekiranya harga pembeliannya lebih mahal bila kelengkapan yang sama di beli oleh negara lain hanya menjadikan bidang ketenteraan sebagai sumber perniagaan pula dimana tanpa boleh disalahkan mereka yang berpangkat rendah ataupun prebet biasa, mereka mereka yang diatas membuat pembelian yang bukan sahaja over and above the market price tetapi juga 2 jet pejuang boleh kehilangan enjin dan kapal selam yang berbillion ringgit tidak boleh menyelam baru baru ini seperti yang dilapurkan dengan details oleh semua akhbar termasuk follow up yang lebih baik oleh akhbar Malay Mail. Lapangan terbang tentera untuk tujuan pertahanan juga amat perlu berada di dalam bandar untuk tujuan cepat bertindak yang telah sedia ada sejak zaman Perdana Menteri Pertama lagi namun dengan tiba tiba lapangan tentera di sungai besi hendak dibangunkan menjadi pusat komersial dan diserahkan kepada seorang yang  baru berusia 28 tahun yang gemar berkawan dengan bintang bintang Hollywood termasuklah Paris Hilton dan menghabiskan jutaan ringgit hanya untuk minum arak di US. Dimanakah  letaknya strategi pertahanan negara kita oleh mereka mereka yang diatas. Jadi Khutbah jumaat hari ini sepatutnya lebih jujur bila menyebut kepentingan melengkapkan sistem pertahanan negara. Khatib ada dua jenis, jenis yang pertama yang hanya membaca Khutbah yang bermaksud text telah disediakan dan Khatib dengan mudah menjadi burung kakak tua yang hanya membaca text sampai kadang kadang terkial kial untuk memastikan tiada ayat yang tertinggal untuk dibaca. Manakala jenis yang kedua ialah Khatib yang menyampaikan Khutbah maknanya tiada bacaan daripada text--Khatib menyampaikan mesej Khutbah dengan selamba dan natural--Khutbah sebeginilah yang membuatkan para jemaah langsung tidak mengantuk berbanding dengan bacaan Khatib jenis yang pertama. Kita kini seharusnya lebih terbuka sekiranya kita ikhlas mahukan Malaysia mencapai Wawasan 2020 kerana jika tidak Wawasan 2020 hanya akan menjadi slogan slogan baru setiap kali bertukar PM seperti  Islam Hadhari dan 1 Malaysia. Apa salahnya meneruskan Wawasan 2020 daripada mengarut dengan pelbagai slogan yang tentunya akan membazir dari segi pelbagai kos untuk mempromosinya.
Yg Bhg Tun Dr M sendiri berulang kali mempersoalkan 1 Malaysia yang menurut Tun Dr M beliau masih belum faham sehingga ke saat ini. Apa yang perlu hanya memperbaiki  Wawasan 2020 dengan pelbagai input daripada semua pihak termasuk barisan alternatif Pakatan Rakyat yang mempunyai pemimpin pemimpin yang di hormati seperti  YAB Tuan Guru  Datuk Nik Abdul Aziz, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang, YB Lim Guan Eng, YB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Gabungan these powerful minds akan membuatkan para pencacai angkat najis dalam BN dan Umno akan terkapai kapai kelemasan seperti senikata lagu Merisik Khabar Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad tetapi tentunya dapat membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik dan benar benar dihormati di mata dunia, bukan seperti sekarang yang kita sendiri asyik kata negara luar mencontohi kita dalam segala segi tetapi kita masih belum benar benar mendengar satu ucapan serius pemimpin pemimpin negara luar yang benar benar belajar daripada kita kecuali hanya ucapan ucapan biasa ahli politik luar bila melawat Malaysia hanya untuk menjaga hati kita sebagai tuan rumah.

Malam ini, sebentar tadi (jumaat malam) telah berlangsung Majlis Eid ul Fitri anjuran Ahli Parliamen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar  serentak dengan turunnya hujan rahmat yang menyejukkan dan renyai renyai namun tidak menghalang ribuan rakyat sekitar Lembah Pantai untuk turun bertemu dan beraya bersama YB yang sentiasa bercakap dengan substance berbeza sekali dengan nenek Sharizat yang tewas dalam pilihanraya lalu tetapi masih menjadi Menteri selepas mengguna para penyokongnya untuk mengugut Pak Lah dengan mengugut untuk menghantar bas bas ke Seri Perdana menandakan mereka mahukan nenek Sharizat sebagai menteri yang membuatkan Pak Lah terpaksa melantik nenek lulusan undang undang ini sebagai senator tetapi sentiasa bercakap macam seseorang yang tiada pelajaran dan banyak masanya isu isu agama jauh terpesong seperti contoh terbaru nenek Sharizat mengeluarkan kenyataan neraka pun tidak sanggup menerima pembunuh Sosilawatie--apakah ini bermakna pembunuh Sosilawatie akan masuk syurga sebab Allah swt hanya menyediakan syurga dan neraka. mengapakah JAKIM diam membisu kenyataan yang mencabar apa yang Allah swt telah tetapkan dalam agama kita. Mengapakah Menteri berkenaan di JPM masih membisu terhadap kenyataan Sharizat yang mempersoalkan keputusan mutlak Allah swt dalam isu syurga dan neraka.  Buka minda seluas luasnya sebelum membuat sebarang kesimpulan yang sempit.


                       Rakyat Lembah Pantai bertemu dengan wakil mereka di Dewan Rakyat

         Majlis Raya Ahli Parlimen Lembah Pantai  malam  ini sebentar  tadi.                                                        

                                     Majlis Raya  Parlimen Lembah Pantai Jumaat Malam             
                             
                                                                                                                                                                   
                                                                          

  
Majlis Raya sebentar tadi




Rakyat terus on the spot berbual masalah setempat dgn YB Nurul Izzah


Rakyat mengemukakan pelbagai masalah on the spot kepada YB Nurul Izzah di Majlis Raya

YB Tian Chua turut hadir di Majlis Raya YB Nurul Izzah



YB yang dinamik yang sebegini lebih diperlukan daripada YB mee segera yang telah ditolak rakyat dan lebih teruk lagi nenek sharizat banyak meraban daripada keluar dengan statement statement yang bernas. malam minggu nenek sharizat dihabiskan dengan berpakaian jeans dan t shirt putih tanpa tudung bodohnya di pelbagai outlet di jalan telawi bangsar. Sampai  masanya untuk rakyat lebih bijak membuat keputusan untuk kepentingan rakyat sendiri. Banyak wang beratus billion ringgit sepatutnya boleh diberi terus kepada rakyat Malaysia seorang rm sejuta tanpa mengira peringkat umur namun dihabiskan hanya kepada beberapa projek yang tidak berfaedah tetapi di promotekan dengan pelbagai faedah masa depan yang amat superficial, renung renungkan,selamat beralamal tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi sehangatnya raya di kediginan hujan rahmat di lokasi majlis raya sebentar tadi jumaat malam 24/9/2010.


iskandar1967@gmail.com


Friday, September 24, 2010

Salam 14 Syawal 1431 Hijrah Khamis (23/9/2010): Tazkirah Ringkas 14 Syawal

Salam 14 Syawal 1431 Hijrah, majlis raya berterusan hari ini  Khamis di Bukit Kiara anjuran Kementerian Belia dan Sukan. YB Menteri Belia dan Sukan serta Timbalannya hadir sama. Turut kelihatan ialah Pengerusi Media Prima. Waktu Zohor persembahan hiburan di hentikan setengah jam dan para tetamu bergilir gilir ke Surau yang terletak di basement Stadium Juara Bukit Kiara. Inilah antara Majlis Raya yang menghormati waktu Solat Zohor selepas Kerajaan Kelantan dan Parlimen minggu lepas. Tahniah atas keberanian melakukan perkara yang betul dalam menekankan waktu Solat. Namun mungkin perlu dilakukan beberapa perubahan kecil di masa akan datang dari segi persembahan hiburan yang di sajikan, mungkin sebagai permulaan selain dari berbaju kurung elok juga artis wanita bertudung kerana yang di raikan ialah hari raya puasa bukannya perayaan biasa. 


Marsha AF3 mendendangkan lagu Tan Sri Dr P Ramlee Manusia





YB Menteri Belia dan Sukan



Marsha AF3



Ella menyanyi di depan peminatnya didepan pentas utama




Ramli Sarip dan Man Kidal menukar Doa Buat Kekasih menjadi Doa Buat Malaysia


YB Menteri Belia & Sukan menonton persembahan Ramli Sarip & Man Kidal




Pada sebelah malam sebentar tadi selepas Solat Maghrib satu Majlis sempena hari kebangsaan negara Arab Saudi diadakan di Mandarin Oriental KL yang turut di hadiri oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi serta  KSN serta Duta Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia serta turut hadir ialah bekas Menteri Penerangan Yg Bhg Tan Sri Abd Kadir Sheikh Fadzil . Jamuan pelbagai makanan dari timur tengah serta sempena Eid ul Fitr yang masih di raikan hidangan tradisi raya seperti ketupat,lemang, satay, nasi himpit turut di sajikan selain makanan makanan berat timur tengah seperti nasi bukhari, kambing panggang, kebab dll.








National Day Saudi Arabia Dinner  Mandarin Oriental



National Day Saudi Arabia Dinner



KSN Tan Sri Sidek Hasan


Saudi Arabia National Day Dinner



IIUM Current Rector


Deputy Minister of Higher Education, YB Datuk Saifuddin Abdullah


renung renungkan,selamat beramal,tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi,sehangatnya raya.






                                                                              

Thursday, September 23, 2010

Tuesday, September 21, 2010

Kenyataan kelentong freddie dalam malay mail semalam isnin 20/9/2010

freddie sambung kelentong. segala jawapan kelentong freddie tu terdapat dalam komen komen di you tube please scroll  for puluhan comments di youtube for the last 2 years  dalam clippingmelodi bertajuk datuk aziz sattar karyawan.
freddie kata berulang kali takda kes penyelewengan. itu freddie kata. Cuba suruh PDRM buat kenyataan rasmi ataupun SPRM cuba suruh SPRM buat kenyataan rasmi dan lebih teruk ROS yang freddie bagi tiket free Celine Dion dan konsert konsert AF pada staff staff dan pegawai ROS--terkini keputusan ROS dicabar di Mahkamah dan ROS tewas di Mahkamah di mana Mahkamah isytihar segala mesyuarat sejak beberapa tahun lepas tidak sah dan lebih teruk lagi Mahkamah isytiharkan pemilihan juga tidak sah. Maknanya freddie bukanlah lagi presiden karyawan dan tidak berhak berlagak seperti seorang presiden untuk menipu para wartawan. segala perbuatan freddie sekarang bukan atas kapaisiti presiden dan freddie kini sedang melanggar perintah Mahkamah dengan masih mengaku presiden.  Mungkin lawyer freddie sendiri dah terangkan padanya tapi dia masih berdegil ikut cara keling ala datuk patmanaban banting tu kot, Wallahualam.

Note: Eid ul Fitri baru baru ini Datuk Aziz Sattar menerima rawatan di  2 buah hospital iaitu di Ampang Puteri dan Hospital Ampang. (For info)

Monday, September 20, 2010

Seorang Sultan memberi laluan kepada seorang Ulama unggul, malah jika kita semua ingat datuk siti nurhaliza dan wardina dll pun pernah memberi penghormatan pada Tuan Guru Nik Aziz dengan bertemu dengan Tok Guru di Kota Bharu sedikit masa dulu. Tazkirah Syawal 11 Syawal 1431 Hijrah Isnin (20/9/2010)

Sultan pun menghormati ulama tetapi ibrahim ali dalam utusan malaysia hari ini 20/9/2010 berterusan memfitnah ulama demi meneruskan agenda mengampunya yang sekarang ini sudah kehilangan parti untuk bergantung kerana kemenangan ibrahim ali di pilihanraya yang lepas adalah kerana kecekapannya menipu PAS setelah umno kelantan sendiri membuangnya. Kita semua tunggu saat nyawa ibrahim ali di ambil Malaikat Maut kelak, bagaimanakah kesudahan pengkebumian jenazahnya kelak, sama sama kena tunggu dan lihat bila sampai takdirnya untuk pergi bertemu Allah swt yang hanya Allah jua yang Maha  Mengetahui bila masa dan ketikanya nanti.

Appointment of new Sultan of Kelantan challenged

Appointment of new Sultan of Kelantan challenged

Well, it is high time for Kelantan PDRM to proceed reactivating the investigation into 2 of the following cases:-

1) The muder of the former bodyguard of the new Sultan.

2) The plot that was well planned to attempt to kill the new Sultan that lead to the murder of the bodyguard.


Please obtain remand order against tengku anis and tengku fakhry without delay for becoming the mastermind behind both crimes that is non bailable offence and for waging the war against the head of the state.

Please also obtain remand order against tengku merjan and dr amir for conspiring to cover up those two criminals that are waging the war against the head of the state.

Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin

Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin

Sunday, September 19, 2010

Oslan Husein-Menimbang Rasa

Kumpulan 1 Parliamen menyampaikan lagu ini sewaktu Majlis Raya di bangunan Parliamen hari ini (ahad)

10 Syawal 1431 Hijrah Ahad Tazkirah Syawal (19/9/2010)

Ziarah menziarahi berterusan pada hari ahad samada bagi yang menyambut Eid ul Fitr ataupun Eid puasa enam. Sejak jam 11 pagi tadi  (ahad ) Presiden Dewan Negara mengadakan majlis raya di Bangunan Parliamen Malaysia yang begitu meriah dengan kedatangan ramai tetamu kesemuanya dalam mood baik untuk menyambut raya. Ramailah kenalan kenalan lama bertemu dalam gathering ini tak ubah seperti reunion pula la bagi mengeratkan Sillatur Rahim sesama kita. InsyaAllah, walaupun sedikit penat kesemuanya dalam mood menyambut raya dan disamping berbual bual menjamah pelbagai hidangan yang disediakan seperti nasi beriani, satay, ketupat, abc, teh tarik dsbnya. Surau disediakan di tingkat satu dan acara hiburan berhenti rehat setengah jam di waktu Zohor bagi menghormati masuknya waktu Zohor. InsyaAllah, diharapkan majlis raya ditempat lain juga sebagaimana yang turut di lakukan di Kota Bharu  mengambil contoh Kota Bharu dan Parliamen yang bukan sahaja menyediakan ruang Solat yang selesa tetapi juga memberhentikan acara acara selama setengah jam kecuali tetamu yang masih makan makan dan bergilir gilir secara diam diam ke Surau.


                                                                               
Majlis raya anjuran Presiden Dewan Negara di Bangunan Parliamen ahad 10 Syawal 1431 Hijrah

Antara tetamu di Majlis Raya di Bangunan Parliamen


Yg Bhg Datuk Dr Wahab Ghani turut hadir


Senator Tan Sri Jins Shamsuddin bersama KPN Tan Sri Ismail Omar


Kumpulan muzik iringan 1 Parliamen bersama artis artis juga dari Parliamen


Pengerusi Kumpulan Media Prima
                                                                           

Backdrop atas stage


Tetamu berterusan tiba selepas waktu Zohor


Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim


Datuk Aziz Singah Dramatis TV yang amat popular tahun 70an dulu


Ketua Setiausaha Negara bersama Presiden Dewan Negara


Datuk Yaacob  turut hadir bersama keluarga




Dalam kemeriahan suasana raya, contoh kepentingan Solat seperti yang di tekankan oleh Kerajaan Kelantan semalam di Kota Bharu serta hari ini Parliamen patut juga di tiru oleh para penganjur majlis raya selepas ini.
Di Hulu Klang , Taman Sri Ukay semalam penganjur menganjurkannya sebelah malam bagi membolehkan mereka yang berpuasa enam turut hadir dan menikmati apa yang disediakan. Baik siang ataupun malam waktu penganjuran majlis raya patut di tekankan aspek aspek Kefardhuan berSolat . Tahniah untuk Parliamen serta tahniah untuk Kerajaan Negeri Kelantan. Kita juga perlu lebih terbuka dalam soal soal agama lupakan soal pembangkang atau tidak cuma apa yang wajib kita patut sama sama saling ingat mengingati di hari dan bulan yang mulia ini, InsyaAllah. Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, di sehangatnya raya tahun ini.








                                                                          

                                                         

9 Syawal 1431 Hijrah Sabtu Majlis Raya 8 mlm - 11 mlm: Tazkirah ringkas Syawal malam minggu di KL

Salam 9 Syawal 1431 Hijrah. Majlis raya masih berterusan kali ini di  kediaman Pak Ya Taman Sri Ukay Hulu Klang  bersama bekas Mufti Perlis Dr Asri. Suasana meriah selepas Isya dimana tetamu berpusu pusu datang untuk bertemu dengan tuan rumah Pak Ya serta juga bekas Mufti Perlis , Uztaz Asri. Masing masing menikmati juadah yang disediakan ataupun di masak panas panas terus di depan tetamu. InsyaAllah, murah rezeki tuan rumah yang menjemput ramai tetamu untuk datang mengisi kelapangan malam minggu di KL untuk mengeratkan sillaturahim sesama kita. Jalan jalan untuk masuk ke kawasan kediaman penuh sesak dengan pelbagai jenis kenderaan namun kecekapan bantuan ahli ahli Rela dengan mengawal lalu lintas segala kenderaan dapat lalu dan parking di semua tempat  parking yang di arahkan. Dr Asri  bersama tuan rumah menyambut para tetamu dengan gembiranya sudi bergambar bersama sama para tetamu. Jika kita semua masih ingat Dr Asri adalah salah seorang Mufti yang amat berani bercakap berlandaskan fakta bila membincangkan isu isu penting agama tidak seperti setengah setengah mufti yang lebih suka cakap atas pagar seolah olah menjadi seorang ahli politik pula. Contoh yang baik mufti yang sesuai bertanding dalam pilihanraya kerana cakap samar samar ialah Mufti  Perak yang baru baru ini mengeluarkan kenyataan dengan takkaburnya di muka depan akhbar akhbar tempatan yang kononnya beliau (Mufti Perak) tidak pernah berbohong seumur hidup.


Antara tetamu di Majlis Raya rumah Pak Ya bersama bekas Mufti Perlis



Tetamu asing turut hadir malam ini



Dr Asri, bekas Mufti Perlis  menyambut tetamu yang hadir malam ini


Tetamu mengambil  pelbagai juadah yang baru di masak panas panas


Sudut lain dari ruang jamuan Majlis Raya malam ini


Tuan Rumah mempelawa tetamu yang baru tiba mengambil hidangan


Bekas Mufti Perlis makan bersama tetamu malam ini


Keberanian bekas Mufti Perlis menyatakan pelbagai hakikat kebenaran mengenai amalan umat Islam di Malaysia membuatkan beberapa Mufti yang selama ini samada tidur nyenyak di ulit pelbagai kesenangan dunia ataupun yang leka bermain politik melindungi salah laku ahli ahli politik dengan pendapat pendapat yang loya buruk (contoh:mufti perak) membuatkan mereka mereka itu membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Dr Asri kononnya Dr Asri berfahaman Wahabi semata mata untuk menutup malu mereka sebagai mufti yang dah tua bangka tapi masih enggan menyatakan kebenaran demi menjaga kedudukan mereka sebagai mufti seumur hidup kot. Inilah  antara tanda tanda Kiamat dimana mereka yang berilmu di bidang agama enggan menyatakan kebenaran. Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi walaupun dimana anda berada samada di Kota London ataupun Kota Bharu, hangatnya raya di malam minggu di KL.

                                                              

Saturday, September 18, 2010

Salam 9 Syawal 1431 Hijrah Sabtu: Tazkirah Syawal

Bermula jam 12 tenghari hari ini sabtu, persekitaran Stadium Sultan Mohd Ke IV Kota Bharu dipenuhi oleh rakyat Kelantan yang datang bagi menghadiri Majlis sambutan hari raya anjuran PAS Kelantan bersama segala agensi agensi di bawah kerajaan negeri Kelantan. Kira Kira 100,000 cucuk satay habis di makan dan ini tak termasuk ketupat nasi, nasi Bukhari, Nasi Daging, lemang, nasi dagang, gulai kawah, pelbagai jenis laksa dan pelbagai juadah hari raya. Tok tok sami menerima duit raya sebanyak 2 dirham daripada Menteri Besar Kelantan serta lebih 1,000 kanak kanak dibawah 12 tahun berbaris panjang untuk menerima duit raya daripada YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kemeriahan suasana Eid ul Fitr di Kota Bharu semeriah menyambut Ramadhan di lokasi yang sama di Kota Bharu.  Seramai 40 Tok tok sami dengan gembiranya menerima wang dua dirham sebagai duit raya dengan secara tak langsung mempamirkan betapa indahnya agama Islam dalam melayan para ketua wakil agama lain. Menghiburkan tetamu ialah sebuah kumpulan dikir barat dakwah dibawah pimpinan Ausri Hussin kumpukan Dikir Hijrah Ar Rasy.


Antara lebih 1,000 kanak kanak yang menerima duit raya daripada YAB Menteri Besar Kelantan



 Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, YAB MB Kelantan bersalaman dgn para tetamu


Kelihatan YAB MB Kelantan sedang berada di gerai satay dan nasi himpit


Dengan begitu ramai pengunjung dan tetamu, YAB MB Kelantan terpaksa di kawal bagi memudahkan Tuan Guru bergerak dengan lancar.


Negeri Kelantan amat bertuah kerana mempunyai seorang ulama yang mempraktikkan apa yang dikatanya sekalipun dalam kedudukan sebagai MB Kelantan.  Tn Guru masih lagi tinggal di rumah kayunya di kampungnya yang terletak kira kira setengah minit daripada Masjid. Tiada protokol dan birokrasi menyulitkan untuk berjumpa dengan MB Kelantan ini malah boleh menegur dan bertanya apa saja di mana sahaja. Dekatnya Tn Guru dengan rakyat ialah setiap hari Tn Guru boleh berjumpa sesiapa sahaja tanpa mengira berpangkat atau tidak.  Bila sahaja Tn Guru menyampaikan kuliah agamanya dimana sahaja di negeri Kelantan , ribuan yang datang mendengar dan dapat bertanya soalan samada sewaktu sessi ceramah ataupun selepas sessi ceramah tanpa apa apa sekatan. InsyaAllah, negeri Kelantan akan terus dirahmati Allah swt kerana di ketuai oleh seorang ulama yang amat simple dalam kehidupannya serta tidak ada keinginan langsung untuk berlumba lumba mengumpul harta dunia sepertimana ramai pemimpin lain di peringkat persekutuan mahupun negeri negeri bukan PR.  Kadang kadang kita terpaksa berkata benar walaupun kebenaran itu adalah menyakitkan, demikian sabda Nabi Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, hangatnya raya pada 9 Syawal 1431 Hijrah, sabtu.


                                                                             

myMetro | M Rajoli meninggal dunia malam tadi

myMetro M Rajoli meninggal dunia malam tadi

Beberapa tahun lepas sewaktu menghadiri Solat Maghrib & Tahlil Seniman M Amin di Finas---Allahyarham M Rajoli lah yang mengetuai bacaan Yassin & keseluruhan Majlis Tahlil dan bila tiba sessi bacaan doa, Allahyarham M Rajoli membacanya dengan panjang lebar tak ubah seperti seorang ulama. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang orang beriman dan beramal Salih.

Selepas sessi Tahlil Seniman M Amin di Finas tu, jamuan nasi disediakan oleh samseng kampung dusun Ahmad Tarmimi Sarigar.
Ahmad Tarmimi Sarigar pernah terjerit jerit seperti orang hilang Aqal dari meja makan malamnya di PWTC di majlis yang dihadiri Yang Di Pertuan Agong Raja Perlis beberapa tahun dulu. Ahmad Tarmimi marahkan juruteknik bertugas di malam berkenaan kerana berlaku sedikit kesilapan teknik dimana suara seseorang sedang menyanyi lagu Isabella berkumandang menerusi sistem audio dalam Dewan Merdeka yang mungkin datangnya dari bilik juruteknik di PWTC.
Satu lagi insiden berlaku di Masjid Bangsar beberapa tahun lepas sewaktu Khatib membaca Khutbah, Ahmad Tarmimi datang dengan sebuah kenderaan yang menunggunya untuk membeli nasi bungkus di gerai berhampiran pintu masuk Masjid Bangsar dan tiba tiba terjerit jerit memarahi peniaga peniaga yang menjual barangan yang padanya mewakili parti pembangkang. Tanpa turut sama bersolat Jumaat, Ahmad Tarmimi meninggalkan Masjid dengan kenderaan yang menunggu yang ketika itu Khutbah hampir selesai.

Jadi kesimpulannya semua cerita berkualiti arahan Datuk Rahim Razali tetap akan dihormati ramai kecuali watak yang membabitkan Ahmad Tarmimi akan dibenci sampai bila bila.

Salam 8 Syawal 1431 Hijrah Jumaat Tazkirah Syawal

Salam Jumaat. Siang tadi Khutbah Jumaat menekankan adab adab ziarah sewaktu beraya. Antaranya Khatib mengingatkan supaya memilih waktu yang sesuai ketika hendak berziarah, makan juadah yang paling dekat dulu, jangan menganggu privasi keluarga tuan rumah, jangan berbual topik yang boleh menimbulkan rasa kurang senang tuan rumah, jangan membeza bezakan antara apa yang ada dirumah yang dikunjungi dengan rumah lain, memberi salam ketika sampai dan jangan duduk terlalu lama kerana mungkin tuan rumah hendak berehat.membaca doa makan dan Nabi juga pernah berSolat sunat dulu dirumah tetamu yang dikunjungi Baginda. Renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi.Hangatnya raya.

Thursday, September 16, 2010

Bunga Api Di Hati(versi akustik) - SHILA AMZAH, STACY, FARA, ALEYA. AKUS...

Versi Akuistik Bunga Api Cap Kuching Hitam pemegang besi he he he

7 Syawal 1431 Hijrah Khamis Tazkirah Syawal

Bagi yang berada di Makkah & Madinah hanya beberapa jam lagi akan masuk waktu Maghrib yang menandakan bermulanya raya puasa enam Eid ul Fitr Al Mubarak yang akan menjadikan ramai di Makkah & Madinah dalam mood yang amat baik sekali dengan keluar makan makan di sekitar kedai kedai makan yang menjual nasi bukhari  serta lauk yang berasingan harganya daripada nasi tetapi amatlah sedap rasanya.
Minuman di kedai kedai makan lebih kurang sama seperti di Malaysia cuma kalau air tin biasanya bertulisan Arab la seperti coke, pepsi dan sebagainya. Sepertimana yang disabda Nabi dalam Hadith Sahih yang pahala seolah olah berpuasa seumur hidup menanti mereka yang berpuasa enam hari dalam bulan Syawal setelah menamatkan puasa Ramadhan dengan hanya 1 Syawal di haramkan berpuasa.

Manakala di Kuala Lumpur di Komplek Kraf Jalan Conlay, Datuk Mukhriz Mahathir & keluarga mengadakan majlis hari raya bermula jam 2 petang hingga 5 petang hari ini khamis 7 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 16/9/2010 sewaktu cuti umum Hari Malaysia. Para tetamu yang hadir tidak putus putus termasuk ayahanda dan ibunda Datuk Mukhriz iaitu Yg Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yg Bhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Jamal Abdillah menghiburkan para tetamu dengan pelbagai lagu segar termasuk lagu dendangan asal Othman Hamzah--Gadis Melayu yang ditukar menjadi Gadis Malaysia. Ada pula tetamu dari kedutaan asing yang meminta untuk menyanyikan lagu dalam bahasa negara mereka secara solo tanpa di iringi oleh muzik pengiring kerana ianya dibuat tanpa di rancang tetapi lagu tersebut didendangkan hingga selesai tanpa muzik pengiring. Sepertimana biasa keluarga Tun dan keluarga Datuk Mukhriz menjadi tumpuan tetamu untuk bergambar bersama sama dan semua tetamu berpeluang mengambil gambar bersama.
Dipaparkan di bawah adalah beberapa gambar pilihan tetamu tetamu lain yang hadir la he he he ada gambar kena lah censor dulu la.

Sesuai dengan semangat Ramadhan yang masih ada, amat patutlah sekali untuk ramai memulakan puasa 6 bagi mendapat segala ganjaran terbesar yang di janjikan oleh Allah swt kepada kita sebagai hambanya, InsyaAllah.

Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di sehangatnya raya kali ini.

iskandar1967@gmail.com



Yg Bhg Tun Dr Mahathir di Majlis Raya Datuk Mukhriz 7 Syawal 1431 Hijrah



                                              Yg Bhg Tun berdua semasa hendak pulang

           

 Jamal Abdillah yang menyanyikan Gadis Melayu sebagai Gadis Malaysia


Jamal --Gadis Malaysia
                                                                         

Datuk Mukhriz menyaksikan persembahan Jamal Abdillah

 
Antara tetamu yang hadir


Antara tetamu yang hadir
                                                                          




Jamal Abdillah bersama tetamu  yang hadir selepas selesai menyanyi
                                                                          

Datuk Mukhriz mendengar apa yang diperkatakan oleh seorang tetamu



Artis artis lain turut menghiburkan tetamu


Seorang lagi tetamu berbual dengan Datuk Mukhriz


Photo photo lain kena la censor dulu he he he Salam Eid ul Fitr Al Mubarak 1431 Hijrah Maaf  Dzahir Batin ok hangatnya raya bunga api di hati salam lebaran.