Friday, August 14, 2009

Pengkebumian Arwah Uztaz Asri

Selepas Maghrib pelbagai jenis kenderaan mula membanjiri kawasan perkuburan Islam di sect 21 shah alam berhampiran dengan matshushita panasonic. Lebihkurang 840 malam kenderaan jenazah yang membawa Arwah sampai diiringi dengan ratusan kenderaan lain.
Kenderaan jenazah dapat berhenti betul betul di sebelah liang lahad yang memudahkan semua yang bersedia menyambut jenazah turun dan di letakkan disebelah atas pusara bagi membolehkan kaum keluarga terdekat menatap wajah Arwah buat kali terakhir.
Balutan kain kafan muka Arwah dibuka sebentar dan anak anak Arwah bergilir gilir mencium pipi/dahi Arwah. Wajah Arwah nampak begitu tenang sekali seolah olah seperti tidor sahaja serta janggutnya seperti mana Arwah seolah olah masih hidup, Subhanallah.

Balutan ditutup kembali dan selepas itu semua tolong mengangkat jenazah untuk diturunkan ke liang lahad dimana selain dari penggali kubur yang berada di dalam liang lahad, salah seorang dari anak Arwah juga turut berada di dalam liang lahad untuk menyambut jenazah Arwah turun perlahan lahan.
Setelah diturunkan sedikit gumpalan tanah di letakkan disekitar Arwah bagi menstabilkan jenazah serta kemudiannya anak Arwah yang berada di dalam liang lahad di naikkan ke atas pusara dan selepas itu kayu penahan dan penutup jenazah Arwah mula dipasang perlahan lahan oleh Penggali Kubur.
Semua yang terdekat dengan pusara cuba bergilir gilir mula mencangkul tanah turun ke liang lahad bagi memenuhi kesemua ruang liang lahad sehinggalah batas terbentuk.
Tiada sebarang formaliti atau protokol dan semuanya saling bantu membantu.

Talkin ringkas & Tahlil dibaca serta diakhiri dengan doa.
Bila tiba saat mencurahkan air ke atas pusara, semua yang berada di situ begitu terharu sekali bila tiba giliran isteri Arwah membawa anak perempuan yang masih lagi berpakaian uniform sekolah rendah yang sama sama turut mencurahkan air di pusara Arwah dengan tenang sekali.
Hanya sekeping gambar anak perempuan Arwah yang beruniform sekolah rendah ini telah cukup untuk mengalirkan airmata ramai yang berada disitu.

Wakil keluarga kemudiannya mengucapkan terimakasih disamping menjemput semua untuk hadir di Majlis Tahlil selama 3 malam bermula malam esok dirumah bonda Arwah di Kampung Bukit Lanchong Shah Alam. Kemudiannya wakil Rabbani membuat sedikit ucapan ringkas kepada semua. Selepas itu ramai yang tak dapat mendekati pusara mula menziarahi dan menyedekahkan Al Fatihah dan wakil keluarga Arwah mula di temui para petugas media untuk pelbagai maklumat lanjut betul betul di sebelah pusara Arwah.

Ahli ahli kumpulan Rabbani, keluarga dan saudara mara terdekat adalah antara yang terakhir meninggalkan Pusara setelah semua mulai bersurai melewati pukul 10 malam.

Al Fatihah untuk Arwah Uztaz Asri, semoga rohnya di tempatkan bersama orang orang beriman dan bertaqwa InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment