Wednesday, August 12, 2009

Salam Awal Ramadhan 1430 Hijrah /22/8/09

InsyaAllah 1 Ramadhan 1430 Hijrah jatuh pada hari sabtu 22/8/09 dengan terlaungnya azan Maghrib pada 21/8/09 menandakan bermulanya Solat Terawikh selepas Isya 21/8/09.

Semangat berpuasa umat Islam hari ini wajar disanjung namun beberapa isu yang mungkin sama sama terlepas pandang wajar disentuh.

Pertamanya, Keikhlasan beribadah kerana Allah swt dan bukannya untuk mendapat apa apa kepentingan duniawi sesama manusia.

Keduanya, wajarkah situasi berbuka puasa di dalam panggung wayang ataupun di restoran restoran asing yang diketahui memberi bantuan kewangan bagi membunuh warga Palestin.

Ketiganya, wajarkah golongan melayu bertopi keledar mahupun berkopiah terus membeli empat nombor ekor di bulan Ramadhan ataupun di bulan biasa sekalipun?

Keempatnya, wajarkah berbuka puasa dicampurkan dengan berbuka dengan bukan muhrim dengan bebas dan di akhiri dengan acara dating sebelum sama sama sahur?

Kelimanya, wajarkah meneruskan politik munafiq semasa berpuasa?

Keenam, wajarkah berbuka puasa dengan kos lebih rm 100 seorang untuk buffet buka puasa?

Ketujuh, wajarkah pesta makanan di bazar Ramadhan di mana setiap keluarga berbelanja tak kurang minima rm50 setiap hari hanya untuk membuang makanan makanan tersebut selepas bersahur?

Kelapan, wajarkah berbuka puasa berdua duaan bukan muhrim di tempat yang sunyi?

Kesembilan, wajarkah waktu Solat Terawikh berjemaah di tinggalkan untuk sambung bersembang sembang selepas berbuka?

Kesepuluh, wajarkah wanita yang ke Masjid untuk berSolat Terawikh membuat bising bersembang sembang diwaktu waktu antara Solat?

Kesebelas, wajarkah wanita yang ke Masjid menayangkan betis mereka sewaktu berjalan masuk dan keluar Masjid?

Keduabelas, wajarkah lelaki dan perempuan berbuka dengan merokok apatah lagi menghisap ganja ataupun meminum arak seperti yang didedahkan oleh muka depan harian Metro tahun lepas?

Ketigabelas, wajarkah kita terlepas pandang para peminta sedekah atas dasar buruk sangka kita terhadap mereka?

Keempatbelas, manakah lebih segera memerlukan wang zakat samada golongan fakir/miskin terus ataupun wakil pemungut zakat?

Kelimabelas, kenapa perlu kita terikat dengan formaliti akad dan doa untuk membayar zakat sedangkan kita boleh niatkan berzakat terus kepada golongan susah berdekatan dengan kita?

Keenambelas, kenapakah kita sering terlepas pandang yang waktu membayar zakat telah bermula sejak 1 Ramadhan lagi?

Ketujuhbelas, kenapakah peliknya ibadah Qiyamulai menjadikan kita lebih takkabur?

Kelapanbelas, kenapakah kita bimbang adanya tazkirah sewaktu berTerawikh?

Kesembilanbelas, kenapakah hanya kita dan keluarga sahaja yang penting dalam persediaan Aidil Fitri hingga sampai ke peringkat membazir?

Keduapuluh, apakah patut disambut Aidil Fitri malam raya di pusat pusat hiburan?

Keduapuluhsatu, apakah elok perbuatan mengelak menziarahi kubur sampai sanggup berbohong semata mata kerana fobia dengan kubur?

Keduapuluhdua, apakah susahnya nak kembali kepada amalan bertukar tukar juadah sesama jiran? (elakkan mengutuk jiran yang tak mampu membalas juadah yang dihantar)

Keduapuluhtiga, apakah ruginya jika kita pakat menyediakan persiapan raya pada golongan susah terdekat dengan kita tanpa sebarang buruk sangka pada mereka?

Keduapuluhempat, apakah kita sedar ada antara jiran yang berbuka puasa amat ala kadar sekali dan mereka ini amat malu untuk meminta minta?

Keduapuluhlima, apakah dengan ketatnya jadual jemputan buka puasa kita menyebabkan Solat Terawikh walaupun sunat menjadi tidak penting lagi?

Keduapuluhenam, wajarkah menghina buah tamar dengan mengenepikannya sewaktu berbuka?

Keduapuluhtujuh,wajarkah makan dengan cara lupa dunia sehingga terlepas Solat Maghrib?

Keduapuluhlapan,wajarkah mengadap TV diwaktu orang berjemaah Terawikh di Masjid?

Keduapuluhsembilan, wajarkah aktiviti perkerjaan/perniagaan kita menyebabkan amalan selepas berbuka termasuk Solat wajib menjadi tidak penting?

Ketigapuluh, wajarkah memenuhi Masjid dengan maksimum hanya di sepuluh hari yang pertama saja?

Ketigapuluhsatu, wajarkah kita mengisi siang hari Ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang sia sia?

Ketigapuluhdua, wajarkah kita tertido sewaktu Khutbah Jumaat di bulan Ramadhan?

Ketigapuluhtiga, wajarkah aktiviti membeli belah untuk raya bermula hampir setiap hari sejak Awal Ramadhan sehingga Akhir Ramadhan?

Ketigapuluhempat, wajarkah berpuasa semata mata tanpa mengerjakan Solat Fardhu dan berZakat?

Ketigapuluhlima, wajarkah berhari raya sakan tanpa langsung berpuasa, tanpa berSolat Fardhu serta tanpa menunaikan Zakat?

Ketigapuluhenam, wajarkah aktiviti balik kampung sempena Ramadhan & Syawal di jadikan aktiviti lazim membunuh diri di jalan raya dengan pelbagai kecuaian bodo?

Ketigapuluhtujuh, wajarkah di bazirkan wang untuk bunga api dan mercun sedangkan ramai yang masih tidak cukup keperluan untuk berbuka sekalipun?

Ketigapuluhlapan, wajarkah aktiviti mencederakan diri dengan sengaja dengan pelbagai mercun dan meriam buluh buatan sendiri?

Ketigapuluhsembilan, wajarkah majlis besar berprestij berkos tinggi untuk menyampai bantuan yang sebegitu sedikit kepada golongan fakir/miskin/anak anak yatim?

Keempatpuluh, wajarkah menghadiri pelbagai majlis rasmi berbuka puasa yang diserikan dengan pelbagai acara rasmi dengan langsung meninggalkan Solat Maghrib, Isya & Terawikh?

'Renung-renungkan, selamat beramal ', meminjam kata kata Prof Izi Hot FM

Wallahualam

No comments:

Post a Comment