Wednesday, August 12, 2009

Siaran Langsung TV Kerajaan & Swasta Solat Isya & Terawikh dari Masjidil Haram Makkahtul Al Mukkarammah bermula 1 Ramadhan 1430 Hijrah (22/8/2009)

Setiap tahun tv kita menyajikan live telecast dari Makkah Azan ,Solat Isya & Terawikh namun ada kalanya siaran tersebut adalah seolah olah berbentuk edited delayed telecast. Dan adakalanya siaran dihentikan sebelum Solat berakhir untuk memeberi laluan kepada program program lain yang bukan berbentuk siaran secara langsung.

Yang paling penting sekurang kurangnya 10 malam terakhir sepatutnya disiarkan penuh termasuk Doa Qunut tanpa meninggalkan live telecast Doa Qunut penuh di akhir Solat.

Ini amat penting sekali bagi umat Islam di Malaysia menghayati bacaan mendayu dayu Imam yang faham akan makna bacaan Solat mengikut situasi ayat yang dibacakan.
Juga penting bagi umat Islam melihat betapa simplenya Terawikh di Makkah dan majoriti negara Islam seluruh dunia tanpa apa apa tambahan Zikir, Takbir & Selawat seperti yang diamalkan di Malaysia.

Hanya yang pernah ber Umrah Ramadhan may be dapat appreciate betapa indahnya berTerawikh di Makkah & Madinah tanpa langsung laungan laungan tambahan.

Doa panjang Qunut adalah penting sekali bagi menerbitkan keinsafan Ramadhan.

InsyaAllah, sekiranya perlawanan siaran langsung bolasepak/pelbagai acara sukan dari luar negara langsung tidak di siarkan sekerat sekerat , apala salahnya kiranya Siaran Langsung Solat dari Makkah disiarkan dalam format yang penuh sesuai dengan menghidupkan malam malam Ramadhan dengan pelbagai amalan. InsyaAllah, penaja bukannya sukar memandangkan terdapat banyak GLC di Malaysia. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment