Hari ini dah hari khamis, raya hari ahad maknanya esok last la Terawikh and jangan ada yang nak buat lawak pula nak pi Terawikh kat Masjid hari sabtu--yang ada hari sabtu ialah Takbir.
Anyway, ini fakta dan kejadian yang perlu dimaklumkan sebagai informasi berguna. Pada hari selasa 2 hari yang baru lepas, satu majlis buka puasa telah di anjurkan di sebuah venue ekslusif di ibukota Kuala Lumpur oleh seorang VIP (Tengku) dan venue berkenaan ditutup untuk program majlis buka puasa berkenaan yang boleh memuatkan tidak lebih dari 8 meja sahaja.
Western Course Dinner adalah menu majlis buka puasa berkenaan dan Azan pun berkumandang bagi memaklumkan waktu berbuka dah pun tiba maka bermula la course by course western set dinner untuk para tetamu. Juga di hidangkan di setiap meja ialah sebotol wain yang berharga antara rm800 sebotol sehingga lebih rm1 ribu sebotol.
Sekiranya sebelum ini kita hanya membaca di harian metro golongan minah rempit (puasa tahun lepas berbuka puasa dgn arak) dan golongan kaki enjoy (edisi Ramadhan ini yang tidak menghormati malam malam Ramadhan dengan menonton tarian seksi serta meminum arak)
TETAPI tak disangka sangka cempedak jadi nangka he he he lebih hangat dari HotFM yg dah hangat tu---sanggup Tengku ni buat majlis berbuka dengan sebotol wain di setiap meja jemputan di serve direct ke gelas para tetamu apatah lagi di cermin venue berkenaan tersergam indah Masjid KLCC.
Ini bukannya fitnah tapi fakta i.e. ikut style HotFM-- fakta bukan auta.
Masalahnya buat apa anjur majlis berbuka hanya untuk mencemarinya hinggakan mungkin boleh kita assume yang may be depa ni langsung tidak berpuasa kot sebenarnya.
Renung-renungkan ok, sekiranya ada media yang sanggup memberi akujanji bertulis untuk siarkan berita ini kesemua details boleh diberi. Media mesti membuat absolute undertaking letter bukannya qualified undertaking letter subject to chief editor approval etc tu semua boleh tolak tepi tak akan di layan langsung.
Next, berbalik kepada topik Raya.
Sebenarnya Ramadhan bukan untuk berakhir dengan raya semata mata. Fokus bulan kerahmatan Ramadhan ialah untuk lebih mempertingkatkan amalan amalan sunat bermula selepas Solat Terawikh hingga ke Subuh dengan syarat semua Solat Fardhu pun tak diabaikan la. Ramadhan juga bulan untuk membayar Zakat dari hari pertama berpuasa sampai sebelum Solat Aidil Fitri. Sedekah digalakkan dalam Ramadhan tanpa mempersoalkan status peminta sedekah. Bantu membantu oleh golongan mampu terhadap golongan kurang mampu.
Bantuan juga boleh dibuat secara diam diam tanpa orang yang dibantu sedar, tapi ini la yang payah nak buat kan coz kita biasanya suka bagi bantuan depan kamera dan tak semestinya orang yang tinggal dirumah yang sempurna itu hidup senang sekeluarga namun masyarakat zaman ini masyarakat yang kurang bertegur sapa dan hanya tahu jirannya pengedar dadah atau ketua ajaran sesat bila pihak berkuasa pergi membuat serbuan dan diwaktu macam tu pun ada jiran yang tak pernah mengambil tahu hal jiran sebelah jadi gila glamour dan membuat pelbagai kenyataan pada media tentang jirannya yang tak pernah dikenali itu.
Eid Fitr Mubarak untuk disambung sebagai hari kemenangan menentang asalnya tentera tentera Ahzab namun sekarang kemenangan menentang hawa nafsu tetapi apa yang terjadi sejak malam raya lagi Masjid sedikit sangat dikunjungi untuk bertakbir. Malam raya dihabiskan dengan berhibur dengan pelbagai aktiviti sehingga terlepas Solat Fardhu Subuh apatah lagi Solat Sunat pagi Raya. Ziarah menziarahi digantikan dengan rumah terbuka malah seorang kerani cabuk yang banyak makan rasuah pun akan berlagak menjadi pemimpin politik.
Apa salahnya rakyat biasa mengekalkan label ziarah menziarahi dan adab adab ziarah menziarahi juga patut melibatkan golongan kurang mampu, faqir,miskin etc.
Raya patut dibiarkan pada golongan kanak kanak dari bayi & peringkat tadika sehingga ke sekolah menengah untuk menyambut dengan semeriahnya dengan mematuhi batas batas agama tanpa membakar duit (mercun). Kita tidak patut mengkhianati harta kita i.e. rezeki kita dengan pelbagai pembaziran ketika raya (Eid).
Berkumpul di kampung beramai ramai untuk bertanding kereta siapa yang lebih baru dan canggih, untuk bertanding berapa buah rumah dah di beli menyuburkan sifat takkabur di hari mulia pulak tu.
Perjalanan balik kampung dan pulang semula ke kota boleh diibaratkan sebagai pertandingan membunuh diri. Kecuaian tidak servis kenderaan kerana nak jimat wang demi nak bergaya di hari raya, kecuaian memandu tanpa mematuhi peraturan, kecuaian menganggap orang lain tak reti memandu, kecuaian berlumba dengan kenderaan yang lebih besar umpamanya kancil memotong trailer adalah ibarat kita pergi berperang pakai revolver & senapang patah tapi musuh kita pakai machine gun,kereta kebal. Jadi sekiranya golongan cuai ini meninggal atau parah ketika kemalangan, patutla sekali akhbar menyiarkan headline 'padan muka' malah orang ramai di tempat kejadian patut bertepuk tangan dan membiarkan mangsa telefon ambulans sendiri. Malaysia tak rugi apa apa membiarkan golongan ini terkorban mati katak di tempat kejadian. Yang harus di tolong adalah mangsa mangsa yang tidak bersalah seperti penumpang anak isteri pemandu berkenaan namun kiranya penumpang juga dua kali lima kawan kawan yang mengapi apikan memandu dengan merbahaya maka golongan tersebut juga tidak wajar dibantu langsung.
Kerajaan patut menaikkan papan papan tanda billboard bersaiz raksasa yang menunjukkan gambar kemalangan berserta mayat dikebumikan dan pusara dengan kata kata 'Pandulah dengan cuai untuk cepat ke Alam Barzakh, Selamat Hari Raya Maaf Dzahir Batin'
Disamping beraya jangan pula terlepas pandang Puasa 6 dan cuba cubala hentikan semua rumah terbuka yang sejak kebelakangan ini masih dianjurkan walaupun dah habis bulan Syawal.
Apa erti raya pada orang tua kita di kampung? Sebelum raya pun anak anak enjoy di kota dan bila balik raya pun hanya untuk anak anak yang sama enjoy cuma berubah venue sahaja.
Orang tua di biarkan berfungsi sebagai Khadam menyediakan pelbagai juadah raya untuk anak anak mentekedarah disamping pelbagai aktiviti sia sia bermain mercun dan bunga api.
Tentunya raya yang sedemikian hanya raya syok sendiri anak anak yang dah berkareer tetapi dalam diam orang tua masing masing menderita bila hanya dihulurkan sedikit wang ringgit yang kononnya dah amat besar la setahun sekali bagi.
Bukankah orang tua yang sama, anak anak akan kembali berpura pura sedih bila meninggal di kampung nanti tetapi objektif sebenar ialah untuk menyiasat details harta pusaka. Setakat ini la dulu buat hari ini 27 Ramadhan 2009 (17/9/09) Cari la Lailatul Qadr dalam malam malam terakhir Ramadhan ini, InsyaAllah.
Renung renungkan, selamat beramal, salam Aidil Fitri Maaf Dzahir Batin. Happy Eid Fitr Al Mubarak 1st Syawal 1430 Hijrah (20/9/09)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment