Wednesday, September 23, 2009

Kisah Benar Penghujung Ramadhan & Hari Kedua Syawal

Di Penghujung Syawal ada satu majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh seorang Tengku dengan menutup keseluruhan tempat ekslusif dimana setiap meja dihidang sebotol wain yang berharga minima rm800 sebotol. Majlis berbuka dimulakan dengan siaran Azan dan western course dinner di mana para pelayan menuang sendiri pada setiap meja wain pada para jemputan.
Masjid KLCC tersergam di sisi tepi ruang makan ekslusif tersebut yang hanya menyediakan tidak lebih dari lapan meja sahaja.

Kisah benar di hari raya kedua berlaku disebuah rumah di Kuala Lumpur yang kedudukannya dengan sebaris Masjid hanya beberapa ratus meter sahaja. Tepat 7 malam majlis raya bermula di mana main caterers adalah non Muslims dan 99.9% tetamu adalah non Muslims tetapi penganjurnya sepasang suami isteri beragama Islam. Suaminya mamak isterinya melayu yang dye rambut nak jadi mek saleh of course tak bertudung. Kira kira 712 mALAM BILA AZAN DI LAUNGKAN di Masjid berdekatan, para tetamu membuat bising Yamseng. Kebisingan tersebut berlanjutan dalam hujan sehingga hampir jam 2 pagi . Inikah cara orang Islam menyambut Aidilfitri di ibukota? Bukan setakat tetamu yang hampir kesemuanya bukan Islam tetapi para penyedia makanan menerusi stalls yang di set up SEMUANYA bukan Islam.

Ini adalah secebis kisah benar yang melibatkan banyak saksi saksi yang boleh dibawa ketengah namun tanpa kesedaran beragama, mungkinkah kisah kisah seperti ini malah lebih teruk berlaku di dalam negara yang Islam sebagai agama rasmi ini, Renung-renungkan selamat beramal meminjam kata kata Prof Izi HotFM. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment