Monday, August 16, 2010

Makkah Taraweeh 2010 ( Night 5 Witr+Dua-e-Qunoot) Sheikh Sudais (Awesome)

Doa Qunut malam ke 5 Masjidil Haram Makkahtul Al Mukkaramah 1431 Hijrah, 2 malam yang lepas. Salam Ramadhan 1431 Hijrah hari yang ke 6 Ramadhan dan malam ke 7 Teraweeh hari ini isnin. Semoga Puasa, Teraweeh etc etc dan bersahur kita hari ini terhangat drp biasa dan jangan mengamuk mengamuk seperti yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini . Hebatnya kita dalam hal hal negatif ni mengikut Sir Frank Swentenham, Residen British-- perkataan amok yang ada dalam english dictionary tu datang dari bahasa melayu ('ran amok')

Tapi ada juga mengamuk yang positif seperti amukan Hang Jebat menuntut bela kematian saudaranya Hang Tuah yang Jebat betul betul sangkakan dah menjalani hukum bunuh atas perintah Sultan yang termakan hasutan Pateh Kama Wijaya dan kuncu kuncunya. Baik Hang Jebat lakonan Allahyarham Seniman Datuk Ahmad Mahmood dalam the award winning film Hang Tuah ataupun Hang Jebat lakonan Allahyarham Seniman Nordin Ahmad--kedua duanya sama hebat dalam menegakkan kebenaran. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment