Friday, August 20, 2010

Rabbani - Bacalah

Bacalah Rabbani terhangat daripada biasa di hari Jumaat hari ke 10 Ramadhan 1431 Hijrah , malam ke 11 Teraweeh .

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 018/1431

Salam Jumaat dan Khutbah Jumaat hari ini menyentuh tentang membaca dan memahami Al Quran.
Khatib menegaskan tak ada gunanya pada malam malam Ramadhan membaca/Tadarus Al Quran tanpa memahaminya. Khatib mencadangkan supaya setiap ayat yang dibaca di sertai dengan terjemahannya supaya senang untuk memahami apa yang di baca. Khatib mencadangkan supaya Al Quran yang mengandungi terjemahan dibaca dengan mula mula membaca Al Quran dalam Bahasa Arab dan seterusnya serta merta membaca terjemahan berdasarkan kaedah Fiqah yang menyatakan, 'sekiranya ada sesuatu penambahan cara perlu dibuat untuk menyempurnakan sesuatu yang kita buat maka ianya perlu di buat'. (Islamic Legal Maxims)
Kebetulan dengan Khutbah Jumaat hari ini mari kita fokus kepada berapa ramai orang biasa yang faham apa yang dibaca serta berapa ramai Imam yang betul betul faham apa yang dibaca.
Kalau Imam setakat faham makna Al Fatihah dan Juzu' Amma dan selebihnya hanya fasih membaca tapi tak faham akan mengakibatkan makmum terainaya.
Perbezaan cara bacaan Imam Masjidil Haram dengan kebanyakkan Imam kita jelas ketara.
Kebanyakkan Imam kita mementingkan lagu--jadi itulah yang menyebabkan ramai salah sangka sedapnya lagu bacaan seseorang Imam itu mendayu mendayu sungguh merdu, macam kata kata Seniwati Datuk Sarimah Ahmad dalam the award winning film , Ibu Mertuaku.
Sebenarnya apa yang dibaca oleh kebanyakkan Imam kita dengan lagu yang merdu mungkin akan dibaca samada dengan penuh ketakutan terketar ketar, dengan nada gembira, dengan nada sedih ataupun dengan nada berkobar kobar oleh para Imam Masjidil Haram.
Takut terketar ketar kerana siksaan dasyat api neraka, gembira kerana janji syurga, sedih kerana balasan atas segala perbuatan mungkar, berkobar kobar kerana semangat berjihad fi Sabillillah.
Perbezaan ini juga jelas dilihat bila membaca doa dimana Imam Imam kita kebanyakkannya mengutamakan betapa laju expressnya doa daripada memohon dengan penuh ikhlas dan Tawaddhu pada Allah swt.
Jadi kerajaan perlu lebih serius membaiki kualiti para Imam Imam kita dengan menghantar mereka ke kursus kursus asas memahami bahasa Arab yang juga bahasa Al Quran, tidak cukup sekadar mengenal grammar tetapi mendalami vocabularies supaya secara spontan nanti bacaan akan terasa berkesan serta ikhlas malah pahala membaca tergagap gagap dengan niat tulus ikhlas adalah lebih besar daripada pahala membaca dengan lancar.
Sempena bulan Ramadhan ini, ingin juga di sentuh apa yang disebut dalam Malaysia Hari Ini selepas Subuh pagi tadi mengenai pasangan bahagia yang berbuka puasa bersama sama sambil ringan ringan diwaktu sebelum, semasa dan selepas berbuka di tempat mereka berbuka. Persoalannya, apakah mereka berpuasa? Sekiranya ya, maka kedudukan pahala mereka mungkin terjejas dan puasa mereka mungkin menjadi sia sia. Ini adalah perkara asas larangan sepanjang masa terlebih lebih lagi lah di bulan Ramadhan. Sebenarnya apa yang mereka tidak sedar juga ialah perbuatan mesra mereka akan sentiasa diperhatikan oleh kebanyakkan kakitangan outlet makan yang mereka kunjungi-silap silap haribulan nasib tak baik tau tau sahaja tersiar di you tube.
Setakat ini dulu, selamat Solat Asar di petang jumaat ini sebentar lagi dan bagi yang menghadiri majlis di serata tempat malam ini-- kesemua tempat berkenaan biasanya mempunyai kemudahan selesa untuk berSolat termasuklah di PWTC . Alasan nak jaga pakaian untuk mengelakkan Solat mungkin sukar diterima oleh Allah swt mahupun Malaikat yang mencatit segala amalan di kiri dan kanan kita 24/7.
Renung renungkan, selamat beramal,tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi,peace no war.
Selamat berbuka, selamat berTeraweeh malam ke 11 dan selamat bersahur serta berSolat Subuh awal pagi esok dimana sahaja semua kita berada. Wassalam wbt.

iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment