Semua tangkapan yang di buat secara membabi buta tanpa bukti hanya semata mata syak sejak malam & pagi tadi serta tangkapan penuh kekasaran polis walaupun zalim ada hikmahnya.
Antaranya membuktikan konsep 1 malaysia hanya pemanis kata pemula ucapan semata mata.
Semua rakyat yang ditahan secara salah serta semua rakyat yang di ganasi oleh polis hari ini boleh menyaman polis ratusan ribu hingga ke jutaan ringgit.
Kenapa boleh saman polis?
Jawapannya, kerana perhimpunan ini tidak memerlukan permit (sila rujuk tulisan awal di blog ini mengenai permit tidak diperlukan di bawah PDRM -perniagaan setiap kali demontrasi)
Saman siapa?
Defendan Pertama--Ketua Polis Negara
Defendan Kedua- Menteri Dalam Negeri
Defendan Ketiga- Kerajaan Malaysia
Defendan Keempat- Ketua Polis KL
Defendan Kelima-dan defendan seterusnya--semua polis yang specific yang terlibat menganayai rakyat yang berkenaan (plaintiff) hari ini
Berapa nak di saman?
Dari ratusan ribu hingga jutaan ringgit--sila la mendapat khidmat guaman
Peguam mahal macamana ni tak mampu?
Ada Biro Bantuan Guaman dan Pusat Bantuan Guaman kedua duanya dalam Kuala Lumpur yang boleh memberikan bantuan menyaman secara percuma. Maklumat terperinci mengenai no tel & alamat etc boleh diperolehi dari Majlis Peguam Malaysia.
Bagaimana jika ramai yang menyaman maknanya sekiranya puluhan ribu atau ratusan ribu rakyat yang menyaman?
Takda masalah, biar lah kerajaan menyediakan dana khas berbillion ringgit untuk membayar rakyat hasil kebodohan polis hari ini.
Pernahkah polis di saman dan kena bayar?
Pernah--banyak kes contohnya kes tembakan keluarga India secara salah termasuk bayi dalam kandungan dibunuh polis--di selesaikan di luar mahkamah secara diam diam dengan jumlah gantirugi lebih RM800 ribu (lebihkurang) setelah disaman.
Bagaimana dengan peniaga yang terpaksa menutup kedai--segala kerugian?
Boleh menyaman polis juga kerana perhimpunan ini asalnya aman dan tidak memerlukan peniaga menutup kedai tetapi disebabkan keganasan dimulakan polis rakyat terpaksa bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Berapa peniaga boleh saman polis?
Jumlah kerugian sebenar sepanjang kedai di tutup termasuklah kerugian akibat rakyat yang bertempiaran lari kerana disembur gas pemedih mata yang mengakibatkan barangan perniagaan rosak sebab asalnya perhimpunan ini tidak memerlukan permit (sila rujuk tulisan awal di blog ini mengenai isu permit tidak perlu dan meskipun tanpa permit perhimpunan adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan)
Bolehkah peniaga dapatkan khidmat guaman percuma?
Adalah lebih munasabah dan munasarawak he he he untuk melantik firma guaman memandangkan mereka adalah peniaga dan mampu cuma jangan gunakan muhamad shafie & co sebab peguam mamak munafiq ni hantu kerajaan dan polis sebenarnya. (banyak kes yang boleh disebut tentang ketidak professionalan mamak ni)
Jadi apa perlu di buat?
Pergi ke dua tempat--satu wisma kfaftangan jalan tun perak KL & wisma cycle carrie jalan raja laut (eon bank). kedua dua bangunan ni terdapat khidmat guaman percuma yang dinyatakan diatas.
Bila perlu pergi?
Jangan tangguh, hari ini dah dikasari dah dianaiyai polis--isnin pagi pagi pergi kesana.
Note
Ini adalah khidmat masyarakat untuk membantu rakyat daripada segala jenayah polis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment