Walaupun di halang dengan pelbagai sekatan jalan raya sejak 2 hari yang lepas, walaupun diberi pelbagai amaran dan ugutan oleh polis, walaupun 589 orang telah ditahan setakat ini hari ini, walaupun ribuan kali gas pemedih mata dilepaskan, walaupun belasan kali water cannon disembur & walaupun rakyat di halang dari sampai ke Istana Negara NAMUN yang jelas mesejnya lebih 100 ribu rakyat dari seluruh negara sampai dan menjayakan perhimpunan ini.
Sidang media PR sebentar tadi memutuskan yang memo akan di hantar pada YDPA secepat mungkin.
Malam ini media elektronik dan esok media cetak seperti biasa akan mengeluarkan tajuk berita yang tidak benar seperti contohnya perhimpunan gagal. Gagal mengikut definasi mereka sepertimana baru baru ini contohnya NTV7 diarahkan menipu keputusan undian sms rakyat untuk isu teoh.
Berita berita lengkap dan terperinci boleh diperolehi di harakahdaily.net
Gambar gambar warna ratusan ribu rakyat diperhimpunan ini boleh diperolehi daripada akhbar Harakah isnin ini serta akhbar suara keadilan minggu depan.
Jangan beli akhbar perdana esok dan sekiranya masih beli bacala sahaja ruangan gosip hiburan ke ataupun mana tahu esok ada cerita terkini fara fauzana punya blind date di hotfm ke he he he--lagi berfaedah baca daripada membaca berita bohong ketua pengarang yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawap.
InsyaAllah sekejap lagi pelbagai laman web akan menyiarkan pelbagai gambar warna perhimpunan hari ini. Terusla melayari media berkredibiliti sahaja bagi memastikan tiada siapa yang tertipu dengan olahan berita palsu media perdana.
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment