Persekitaran Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu seperti biasa dipenuhi oleh peniaga peniaga menjual juadah berbuka yang sedap sedap belaka. Kawasan khas disediakan untuk orang ramai berbuka secara percuma serta juga tetamu jemputan kerajaan negeri Kelantan contohnya beberapa hari lepas duta kerajaan Jepun. Ruang ruang Solat khas berhawa dingin juga di dirikan untuk Solat Fardhu termasuk Maghrib, Isya, Teraweeh, Qiyammulai, Subuh.
Teraweeh di dirikan mengikut cara asal tanpa sebarang penambahan sebagaimana Makkah & Madinah. Siaran langsung Solat Teraweeh menerusi internet dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Selain dari more selepas Teraweeh, sahur percuma juga disediakan selepas Qiyammulai. Forum Khas juga turut diadakan malam jumaat yang baru lepas dengan panel speaker termasuk Prof Datuk Dr Haron Din & Uztaz Zawawi. Semalam pula penyampai penyampai HotFM termasuk Fara Fauzana berada disana untuk menjual juadah berbuka -Nasi Ayam.
Manakala persekitaran bandar Kota Bharu berhampiran dengan ibupejabat PAS pula peniaga peniaga menjual pelbagai pakaian dan kelengkapan raya dan ditambah dengan kehadiran Kota Bharu Trade Centre serta peniaga peniaga kelengkapan raya berhampiran dengan pasar besar Siti Khadijah Kota Bharu setiap malam. Buku buku agama serta rujukan rujukan penting isu isu agama tempatan serta import boleh diperolehi dengan mudah di Syarikat Jaafar Rawas Kota Bharu yang terletak di tingkat bawah ibupejabat PAS.
Malam malam Ramadhan amat hidup di Kelantan lebih lebih lagi sekarang dipenghujung Ramadhan di mana ramai yang berlumba lumba mencari Lailatul Qadr dan masa yang terluang juga turut digunakan oleh ramai untuk membuat persiapan Aidil Fitri memandangkan ada kedai kedai pakaian dll di buka sehingga pukul 3 pagi.
Semua ini akan bertambah tambah meriah di Ramadhan tahun ini bila dirumah rumah dipertontonkan siaran langsung Solat Isya & Teraweeh dari Makkah & Madinah bermula sekitar 140 pagi sehingga hampir 4 pagi waktu Malaysia.
Bidaah diketepikan di Kelantan dan Ramadhan bukan terfokus pada raya tetapi lebih jauh dari itu kepada segala kelebihan Ramadhan itu sendiri.
InsyaAllah Ramadhan & Syawal tahun ini akan diberkati oleh Allah swt.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment