Monday, September 7, 2009

Salam Nuzul Quran 17 Ramadhan 1430 Hijrah

Salam Nuzul Quran buat semua di Makkah Al Mukkaramah & Madinah Al Munnawarah bersamaan pada 6/9/2009 dan di Malaysia pada 7/9/2009.

Pentingnya malam malam Ramadhan termasuk malam Nuzul Quran (turunnya Al Quran) kerana
ayat ayat Al Quran di turunkan pada malam Al Qadr (LailatulQadr)
Bila Quran menyebutkan ayat ayat suci diturunkan pada malam Al Qadr ini adalah salah satu hint untuk kita mencari Lailatul Qadr tanpa mengenepikan Hadith mengenai 10 malam terakhir Ramadhan terutamanya malam malam ganjil.

10 malam terakhir Ramadhan kebanyakan Masjid mengadakan Qiyammulai --jadi apa salahnya untuk semua turut sama beribadah, bersahur then Subuh.

Penghujung Ramadhan adalah perlu di lalui dengan sedih kerana pelbagai sebab bukannya kegembiraan tak sabar menyambut raya yang secara tak langsung merendahkan martabat kemuliaan dan kelebihan bulan Ramadhan seolah olah lega bila puasa dah nak habis.


Renung-renungkan, selamat beramal, meminjam kata kata Prof Izi Hot FM.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment