Friday, October 15, 2010

Kuliah Subuh Jumaat 7 DzulQaedah 1431 Hijrah 15/10/2010

Selamat pagi semua. Hari ini hari jumaat hari yang biasanya agak sibuk dengan waktu bekerja yang agak singkat di KL namun tidak di beberapa negeri termasuk Kelantan yang sememangnya semenjak dulu lagi cuti umum hujung minggunya ialah hari jumaat  manakala hari khamis setengah hari bekerja.
Hari Jumaat ialah penghulu segala hari bagi orang Islam manakala hari suci orang orang Yahudi ialah hari sabtu dan hari suci orang orang kristtien ialah hari ahad maka sebab itu lah di sebut holy day.
It is high time Kerajaan Persekutuan melangkah selangkah ke hadapan dengan bertindak berani bagi memartabatkan agama kita sendiri dengan menjadikan hari jumaat cuti umum bagi seluruh Malaysia dan khamis setengah hari.

Namun Islam tidak akan jadi dihormati di negara kita jika kita masih membenarkan konsert konsert sewel pada malam jumaat pada waktu Maghrib terlebih lebih lagi lokasi konsert ialah milik kerajaan Malaysia yang mempunyai kuasa ke atas aktiviti stadium serta juga permit kelulusan konsert juga di keluarkan oleh kerajaan dan yang lebih teruk ramai yang beria ia nak ke stadium tu termasuklah perempuan perempuan yang bertudung yang mungkin beragama Islam juga yang tentunya akan sekaligus menjatuhkan nama baik agama Islam bila turut terkinja kinja semasa konsert berlangsung. Di mana letaknya sifat malu wanita Islam bertudung dan terlompat lompat macam beruk kena belacan. Eloklah juga kiranya dibuka saja tudung tu sekurang kurangnya penonton beragama lain tidak akan memandang serong pada agama Islam.

Adakah pernah pelbagai pihak beria ia nak menyediakan pengangkutan dan sebagainya untuk pergi mengikuti ceramah ceramah  serta forum forum agama yang percuma  tanpa dikenakan tiket di pelbagai lokasi yang diadakan setiap hujung minggu walaupun dibarisi oleh penceramah penceramah berkualiti tanahair? Ataupun peraduan peraduan di stesen stesen radio dan tv yang menghadiahkan penginapan hotel lima bintang serta makan minum untuk mengikuti forum agama contohnya di PWTC.

Ok lah setakat ini sahaja pagi ini, dah masuk waktu Subuh, then sudah nak bersiap nak keluar.Renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di hari jumaat ini.Salam Jumaat.

iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment