Friday, October 8, 2010

Salam 29 Syawal 1431 Hijrah (Jumaat) 8/10/2010 Tazkirah Syawal

Khutbah  Jumaat hari ni menekankan kepentingan bahasa melayu dalam penyebaran agama Islam ke rantau ini. Namun yang lebih tepat lagi Khatib patut menyatakan yang penyampaian bahasa melayu dulu adalah dalam bahasa jawi. Khatib juga patut menekankan terdapat perbezaan bahasa jawi dan bahasa Arab dimana bahasa jawi adalah makna diperolehi daripada bunyi yang dieja manakala bahasa Arab adalah bahasa Al Quran yang mana makna dan bunyi bukan bererti perkataan yang sama. Khatib hanya membaca  teks Khutbah bukannya menyampaikan Khutbah jadi Khatib tidak mempunyai ruang untuk memperbaiki teks tetapi tidak ada salahnya kalau Khatib  mengambil risiko sedikit dengan menambah sedikit selain daripada teks bagi tujuan clarification. Tanpa penjelasan bermakna Khutbah hari ini menekankan kepentingan bangsa bukannya agama.

Awal pagi tadi ramai yang dah menonton 8TV dengan Konti Terbuka yang begitu meriah dengan tetamu jemputan yang berpakaian raya bersama sama dgn pasukan AM Crew dan gambar gambar mereka semua boleh didapati menerusi facebook dan blog  pasukan AM Crew. Hari ini juga adalah Majlis Raya Suria FM di Hotel Swiss Garden KL dan Majlis Belia Malaysia di MAIWP KL. Namun yang agak berskala besar ialah anjuran pemuda wanita dan puteri umno di PWTC dimana majlis yang bermula jam 11 pagi hingga 6 petang elah berhenti rehat selama sejam sewaktu Solat Jumaat dan Solat Jumaat juga turut diadakan di Surau PWTC.   Majlis bersambung selepas Solat dimana kehadiran VVIP termasuk Perdana Menteri dan majoriti Menteri Menteri Kabinet turut hadir. Acara hiburan di serikan oleh Kumpulan Aswara yang mempunyai seorang penyanyi klon pelakon Lisa Surihani tetapi bersuara Datuk Siti Nurhaliza. Bintang Kecil Wardah juga turut serta menghiburkan semua disamping persembahan tarian tradisional dari Kumpulan Aswara.
Majlis Raya di acarakan oleh Pengacara TV3 Aidil Abdul Ghafar & Nurul Syuhada Nurul Ain.

                                                                              
                                                              TV3 menemubual YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sewaktu hendak meninggalkan majlis disebelah kanan pentas manakala YAB Datuk Seri Najib Tun Razak serentak pada masa yang sama  meninggalkan majlis disebelah kiri pentas.
YB Datuk Seri Ismail Sabri

Penyanyi Aswara mirip pelakon Lisa Surihani bersuara Datuk Siti Nurhaliza

YB Datuk Seri Ismail Saberi, Tan Sri Sabaruddin Chik, Khairy Jamaluddin

                                                         Tetamu tetamu
                                                 Tetamu tetamu menjamu selera

Ketua Pemuda

                                                   Pasangan Pengacara dari TV3
Nurul Syuhada Nurul Ain

Aidil Abd Ghafar

Tan Sri Sabaruddin Chik

Kumpulan Aswara dgn lagu lagu tradisional dgn penyanyinya yg mirip dua celebriti


Lemak Manis-Lagu Tradisional yang sering dinyanyikan oleh Roslan Maadun

Aiseyman sudah gostan jadi 1413 Hijrah pulak
                                                              

Majlis Raya kali ini memberi penghargaan kepada  semua bekas bekas ketua pemuda, wanita,puteri umno dan  yang  pelik sedikit setelah gostan kebelakang memberi penghargaan kepada bekas bekas yang memegang semua jawatan itu, apa lah salahnya di hari baik bulan baik juga turut mengundang bekas Ketua Pemuda iaitu YAB  Datuk Seri Anwar Ibrahim--jadi majlis ini nampak janggal sedikit bila boleh memberi penghargaan kepada semua yang lama termasuk yang dah meninggal namun yang masih ada di ketepikan hanya semata mata kerana perbezaan fahaman politik sekarang.Lain ulu, lain parang, lain dahulu,lain sekarang tetapi seperkara yang penganjur terlepas ialah satu suprise standing ovation akan berlaku kiranya penganjur berani menjemput YAB  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memungkinkan senario maaf bermaafan diatas pentas, namun itu hanya idealisma yang sukar untuk berlaku kot atas semangat mementingkan jawatan sendiri he he he.  Semangat hari jumaat hari ini dengan Khutbah Jumaat yang menekankan bahasa--why not semua --mula belajar bahasa Arab -bahasa Al Quran  bagi memudahkan memahami directly apa yang dibaca. renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di sehangatnya raya.

iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment