Sunday, October 24, 2010

Salam 16 DzulQaedah 1431 Hijrah Ahad 24/10/2010

Apa khabar semua di hari ahad ni ada yang ke pelbagai majlis termasuklah majlis kahwin di serata tempat diseluruh Malaysia di banting la, di kuala perlis la, di kangar la, di penang la, di KB la.  Situasi hari ahad di penang hari ini nampaknya di market street meriah dengan persiapan penganut penganut agama hindu untuk menyambut perayaan keagamaan mereka--deepavali. Tapi apa yang jelas ialah banyak kuih kuih raya puasa muncul kembali untuk dijual di little india di Pulau Pinang ini.


Kuih raya puasa dijual di Market Street Penang pada 24/10/2010 sempena Deepavali


Gambaq gambaq di penang hari ini serta gambaq gambaq sepanjang seminggu sebelum ini akan di uploadkan asap coz phone memory dah full and sending jadi slow sikit la he he he he




16/10-2010 (Sabtu)   8 DzulQaedah 1431 Hijrah- 17/10/2010 (Ahad)  9 DzulQaedah 1431 Hijrah  PWTC  (Note: apa yang ditulis disini ada daripadanya tidak disiarkan di media arus perdana dan ianya akan terus diupdatekan lagi dan lagi hingga selesai asap)


Sabtu minggu lepas dan ahad minggu lepas (16/10/2010-17/10/2010)  berlangsunglah satu kursus kempimpinan untuk biro umno luar negara di pwtc. Pertemuan dengan pelbagai pemimpin umno yang dijemput berucap sepanjang 2 hari tersebut. Namun apa yang menarik ialah selepas majlis makan malam pada hari sabtu 16/10/2010 kesemua peserta terus ke bilik Kuala Lumpur PWTC untuk mengikut forum yang di pengerusikan oleh Yg Bhg Datuk Seri Shahidan Kassim dimana ahli ahli panel adalah bekas mufti Perlis -Dr Asri,  Mufti Perlis Dr Juandah serta TKP MARA, Tn Hj Ibrahim.  Datuk Seri Shahidan telah bermurah hati untuk menghadiahkan setiap seorang  dari lebih 150 orang sebuah buku mengenai Bidaah dan adat adat orang melayu yang bertentangan dengan Shariah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Media media alternatif juga turut hadir seperti the Malaysian Insider. Forum tersebut bermula hampir jam 9 malam dan berakhir hampir jam 1 pagi di mana sistem bekalan elektrik  yang mengawal mikrofon di bilik KL  PWTC secara automatik terputus (pre set timer) kira kira jam 1230 pagi namun sessi tetap diteruskan sehingga hampir jam melewati  1 pagi awal pagi ahad.   Datuk Seri Shahidan sebagai moderator forum menekankan banyaknya amalan amalan dalam masyarakat melayu tidak semestinya Islamik namun ianya tidak di highlightkan dalam media arus perdana kerana media sudah pulang tidak lama selepas forum bermula pada malam hujung minggu  sabtu malam ahad minggu lepas. Manakala Dr Asri tertanya tanya siapakah penasihat Umno dalam hal hal agama kerana banyak tindakan Umno mengikut Dr Asri , terutamanya yang menyentuh  isu isu agama amatlah memalukan  Umno . Dr Asri mempersoalkan pendirian Umno mengenai orang bukan Islam masuk Masjid serta Dr Asri turut mempersoalkan pendirian Umno mengenai isu berdoa untuk bukan Islam.  Pandangan Dr Asri patut mendapat liputan media arus perdana apatah lagi ianya di buat di satu program anjuran Umno sendiri. Dr Asri juga meminta budaya mengampu disemua peringkat dalam Umno dihentikan dan budaya berani bercakap kerana mempertahankan kebenaran diberi tempat. Datuk Seri Shahidan seterusnya memaklumkan yang beliau dan Dr Asri akan ke Mesir untuk berjumpa sekali lagi dengan pelajar pelajar Mesir setelah baru baru ini beliau kesana dan berlakunya perdebatan ketika beliau disana.


Manakala dalam forum yang sama, Timbalan Ketua Pengarah MARA, Tn Hj Ibrahim menekankan komitmen MARA membantu para pelajar dan sentiasa akan meneruskan membantu membiayai para pelajar yang hendak ke luar negara dengan pelbagai cara yang termampu oleh MARA. Tn Hj Ibrahim atau Pak Yem pernah terlibat secara aktif dalam pelbagai demonstrasi sewaktu di ITM Shah Alam (UITM kini) dan ITM pernah hendak di ambil tindakan oleh Tun Dr Mahathir yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pelajaran. Namun itu semua adalah idealisma pelajar sebagai orang muda berdarah muda ketika itu. Manakala Mufti Perlis sekarang Dr Juandah yang turut hadir hanya menambah beberapa minit dari masa forum memandangkan beliau telah pun bercakap panjang sewaktu  Tazkirah selepas Maghrib pada malam yang sama sebelum forum berlangsung.

Hari kedua menjadi menarik bila sessi makan tengahari di mulakan dengan ceramah agama oleh Tengku Adnan Tengku Mansor Setiausaha Agong Umno cuma ada sedikit kelemahan dalam ceramahnya bila memetik Hadith sebagai Ayat Quran dan Ayat Quran sebagai Hadith.  Walaupun dengan kehadiran bekas Mufti Perlis dan sekalipun Tengku Adnan meminta  Dr Asri membetulkannya sekiranya apa yang diperkatakannnya tidak betul namun  suasana majlis rasmi tidak sesuai kot untuk Dr Asri berbuat demikian. Tengku Adnan juga menekankan yang zaman dulu semua kaum makan semeja makanan masing masing tanpa apa apa masalah dimana yang Islam tahu yang mereka tidak akan menyentuh makanan yang tidak Halal. Tengku Adnan juga memaklumkan yang beliau baru kembali dari  apartmennya di London melawat anaknya yang belajar di sana. Namun apakah kelayakan Tengku Adnan untuk berceramah agama sewaktu makan tengahari sekiranya kita meneliti track recordnya yang pernah memegang saham saham syarikat judi milik Tan Sri Vincent Tan.

Pada sebelah petang hari ahad, hari kedua iaitu 17/10/2010 Datuk Rauf Setiausaha Kerja Umno mendedahkan pelbagai perkara dengan format presentationnya yang ala BTN tetapi agak berkesan.
Datuk Rauf mendedahkan yang pihak kerabat diraja Sultan Istana Kg Glam di Singapura pernah berjumpa para PM kita yang lepas lepas (visual disertakan) untuk memohon supaya kerajaan merayu kepada kerajaan Singapura agar tidak mengambil tanah Istana mereka di Singapura yang kini dijadikan muzium sejarah melayu.
 Juga dimaklumkan Presiden pertama Singapura  seorang melayu yang gambarnya menjadi hiasan matawang singapura sebenarnya berasal daripada Perak namun anak anak Presiden pertama Singapura tidak mendapat apa apa keistimewaan dan seperti orang lain terpaksa beratur untuk membeli tiket pengangkutan dll. Presentation Datuk Rauf disudahi dengan nyanyian beramai lagu  BTN anak kecil main api.  Ceramah terakhir diberikan oleh Datuk Mohd Khairun Aseh yang mewakili Exco Pemuda  seterusnya diakhiri dengan jamuan ringan mengakhiri 2 hari hujung minggu yang amat panjang dengan aktiviti terakhir ke tingkat bawah untuk mendaftar ke Forum Antarabangsa yang akan berlangsung selama dua hari mulai isnin 18/10/2010 hingga selasa 19/10/2010 dan PUA mulai selasa  mlm 19/10/2010  sehingga  lewat petang sabtu 23/10/2010.

Kesemua  maklumat update dan gambar gambar untuk forum  antarabangsa 2 hari dan PUA  2010  sehinggalah ianya berakhir semalam lewat petang sabtu 23/10/2010 akan diupdatekan di ruangan ini juga asap ok.


Hampir jam 1 pagi awal pagi ahad 17/10/ 2010 setelah sessi forum bermula sejak jam 9 malam sabtu  16/10/2010


 Sessi makan tengahari ahad 17/10/2010 Tengku Adnan memberi ceramah agama yg agak lintang pukang
Dr Asri,  Datuk Seri Shahidan dan Tengku Adnan jamuan makan tengahari ahad 17/10/2010

Lewat tghmalam sabtu menjelang awal pagi ahad 17/10/2010

Makan tengahari ahad-Tengku Adnan 17/10/2010


                                                 Dr Asri  bersama Mufti Perlis sekarang serta  Dr Asraf Wajdi ISRA dan Tengku Adnan  selepas jamuan makan tengahari ahad 17/10/2010/ Dr  Asraf meluahkan kekecewaannya kalah dalam pilihanraya umum yang lalu dan meletakkan penyebab kekalahannya ialah kerana umno di tempatnya sendiri berpecah--dan sessi sebegini sesuaikah di namakan Tazkirah? Bila diumumkan Tazkirah semua masih tidak menghiraukan Dr Asraf didepan dan terus bercakap cakap sehinggalah lebih 20 minit dan bila Dr Asraf mulakan Tazkirahnya ianya mengenai kekecewaannya kalah dalam pilihanraya umum lalu dan orang yang begini diberi kepercayaan untuk berkerja di ISRA sebuah badan research yang menerima funding dari Bank Negara Malaysia untuk membuat research dalam bidang perbankan Islam.
TPM selepas merasmikan International Conference on Creation of Global Citizen 18/10/2010




Yg Bhg Tun Dr Mahathir menyampaikan ucaputama di International Conference on the Creation of Global Citizen 18/10/2010

                                      Tun Dr M sedang menyampaikan ucaputama 18/10/2010

Selepas ucaputama, Tun sdg berjalan untuk melancarkan kempen air mineral untuk Gaza 18/10/2010

Tun melancarkan kempen air mineral untuk Gaza



Makan tengahari  18/10/2010

Makan malam 18/10/2010 di hoskan oleh Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi


Tun Abdullah melawat setiap meja dinner untuk bersalaman

Sessi forum bersama Datuk Jamaluddin Jarjis yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid.
Datuk JJ menyindir secara terbuka di rostrum Tan Sri Syed Hamid dgn merujuk kepada kononnya  hubungan 'akrab' syed hamid dgn Tun Dr M bagi mengingatkan semua  tentang sifat bermuka muka syed hamid bila mempengerusikan sessi Tun Dr M dimana syed hamid mengatakan Tun is still his boss tetapi semua masih belum lupa segala kritikan kasarnya terhadap Tun  Dr M sewaktu syed hamid berada dibawah kabinet Pak Lah dulu.


Datuk JJ kini Duta Malaysia ke Amerika walaupun terdapat kes meraba waitress di sebuah bar di hotel lima bintang di KL Central sebelum menjadi duta. Kes polis tersebut dilapurkan selesai bila pengadu menarik balik lapuran polis/namun harus diingat kuasa untuk tidak meneruskan tindakan terletak pada pejabat timbalan pendakwaraya/peguam negara.


PM menyampaikan ucapan penutup bermula jam 1210 tghari  19/10/2010


                             PM menyampaikan cenderamata kepada pembentang kertas kerja
Sessi makan tengahari bersama PM selepas beliau menutup persidangan 19/10/2010





Majlis makan malam bersama Presiden umno sempena PAU 2010 pada 21/10/2010

Clipping Gaza sewaktu makan malam PAU 2010  21/10/2010


YB Menteri Dalam Negeri sewaktu makan malam PAU 2010 21/10/2010

YB Menteri Pertahanan 21/10/2010 Makan Malam PAU 2010


                                             Presiden Dewan Negara-Makan Malam PAU 2010 21/10/2010
Persembahan ASWARA makan malam PAU 2010  21/10/2010


                                  YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dinner PAU 2010
Persembahan ASWARA

                                                    Bob AF dinner PAU 2010
                                                              DJ Dave  PAU 2010 Dinner
Penyampaian cenderamata sukarelawan Gaza oleh Presiden umno



Dua dua muka serius tengok acara hiburan macam dengar lecture la

YB Menteri Perdagangan Antarabangsa

Tun Dr M Solat Jumaat 22/10/2010 -Tun tiba awal seperti yg dituntut agama


Tun Dr M selepas Solat bersalaman 22/10/2010 

Tun melawat gerai gerai di level 3 pwtc dan meluangkan masa lebih sejam bersama para peniaga dan para pengunjung gerai di level 3 selepas Solat Jumaat 22/10/2010

Keadaan lengang diluar dewan selepas Solat membawa kepada hampir kosongnya dewan merdeka menyebabkan timbalan pengerusi tetap menyatakan secara terbuka sebaik sahaja menyambung  persidangan dgn mengatakan kehadiran amat menyedihkan. Ramai lebih tertarik berjumpa dengan Tun Dr M di level 3 daripada mengikuti persidangan ampu mengampu 22/10/2010


Tun Dr M hendak pulang selepas hampir 2 jam di Level 3 selepas Solat Jumaat 22/10/2010

Datuk Noraini Ahmad, bekas Ketua Puteri umno dan bekas timbalan menteri dgn sportingnya senyum bila gambarnya hendak diambil

TPM selepas Solat Jumaat 22/10/2010 penuh dgn body guard berbanding dgn Tun Dr M yang hanya membawa seorang sahaja yang memantau Tun dari jauh sahaja.


Keadaan dewan  merdeka yang lengang  di petang jumaat 22/10/2010 walaupun perbahasan mengampu diteruskan

Makan tengahari di hari terakhir 23/10/2010 PAU 2010. sabtu

Presiden umno terpaksa menunggu isterinya sebelum menaiki kereta untuk pulang selepas menutup PAU 2010 menunggu hampir 20 minit. isterinya sengaja berhenti berbual dengan entah sapa sapa didalam dewan merdeka sebaik sahaja selesai sessi bergambar beramai ramai serta upacara menyuap pulut kuning. Perbuatan enggan mengikut suaminya ke kereta itu sengaja dilakukan olehnya bagi menunjukkan kepada semua yang suaminya akan terpaksa menunggu sehingga dia tiba baru kereta boleh berlepas pulang. Ketika ini suaminya sudah kehabisan posing untuk bergambar--hanya melayan perbualan kosong sahaja.


InsyaAllah lagi gambar gambar sejak 17/10/2010 sehingga 29/10/2010 berserta caption akan diuploadkan memory full jadi slow sikit from phone dan gambar gambar diatas akan di update caption asap.     Note: sebagaimana gambar gambar kualiti phone yg tidak mungkin keluar dalam akhbar arus perdana , beberapa berita berita caption yang akan ditulis disini bila sesuai juga tidak dapat diperolehi di akhbar tempatan.    InsyaAllah, akan di update sehingga 2/11/2010.        

segala caption baru di update hari ini 6/11/2010 dan akan diupdatekan lagi dgn pelbagai gambar yang mempunyai fakta yang tidak akan diperolehi diakhbar arus perdana.                     

No comments:

Post a Comment