Friday, October 1, 2010

Salam 21 Syawal 1431 Hijrah (Khamis) 30/9/2010 Tazkirah Syawal

Majlis raya berterusan kali ini diadakan serentak dengan ulangtahun revolusi fateh Libya yang ke 40 oleh kerajaan Libya di JW Marriot KL selepas Maghrib sekejap tadi hari ini khamis 30/9/2010. Tetamu kebanyakkannya daripada penduduk timur tengah yang berkerja di KL bersama sama dengan tetamu tempatan bersama sama meraikan Eid ul Fitr Al Mubarak serta hari revolusi fateh negara Libya. Pelbagai makanan Arab seperti nasi Bukhari ayam, kambing dan daging, juga Beriyani Ayam, Kebab dll terhidang untuk para tetamu memilih apa saja menu yang sesuai. Terbentuknya tali Silaturr Rahim yang lebih erat bila semua sesama tetamu saling mengucapkan Eid ul Fitr Al Mubarak serta juga tahniah sempena ulangtahun revolusi di Libya yang ke 40. Semua tetamu dihadiahkan 2 buku tulisan Kol Muamar Al Gadafi yang berwarna hijau serta satu naskah teks ucapan Kol Muamar Al Gadafi sebagai cenderamata disambing senaskah majalah Aswaq-the Arabic English Monthly Magazine. Tiada acara hiburan diadakan sesuai dengan malam jumaat cuma tayangan beberapa DVD mengenai Libya   di dua sudut ballroom lokasi jamuan di JW Marriot KL.


Sekitar Majlis Kedutaan Libya di JW Marriot KL




Nasi Beriyani Ayam dalam bekas besar untuk di ambil para tetamu

Nasi Bukhari Kambing, Ayam & Daging



Pelbagai cenderamata lain turut diberi kepada para tetamu termasuklah senaskah isu terbaru majalah bulan OIC Today yang tentunya akan terus mengeratkan tali  Sillatur Rahim  sesama tetamu serta antara kedua dua negara. Satu kelebihan majlis malam ini ialah tiada langsung acara hiburan sesuai dengan malam jumaat--malam yang amat ditakuti oleh Allahyarham Seniman Ibrahim Din dalam the award winning film -Nasib Do Re Me dan Laksamana Do Re Me. Tetapi sebaik sahaja meninggalkan Majlis , bandaraya KL masih lagi seperti biasa tiada perbezaan malam jumaat atau tidak dengan persekitaran bukit bintang, zouq jalan ampang,bangsar dll tetap dipenuhi dengan pelbagai aktiviti hiburan melampau dan aktiviti kurang sihat. Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di sehangatnya raya, salam lebaran.


No comments:

Post a Comment