InsyaAllah, semuga Yg Bhg Tun Dr M cepat sembuh.
Pagi pagi tadi dengan cuaca yang amat menyejukkan jam 10 pagi di Masjid Bukit Damasara KL telah berlangsung Majlis Raya untuk Masjid Masjid zon 6 yang telah dirasmikan oleh Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Meriahnya Majlis seolah olah hari pertama raya pula kerana hampir kesemua tetamu VIP serta keluarga masing masing berpakaian hari raya--baju melayu lengkap/baju kurung lengkap.
Kanak kanak paling gembira kerana kesemua mereka mendapat 5 sampul duit raya daripada 5 VIP berbeza.Majlis juga dihiburkan oleh pelbagai persembahan termasuk nasyid daripada anak anak Qariah Masjid serta juga satu kumpulan yang merupakan juga Finalis Akademi Nasyid. Kesemua Masjid Masjid dalam zon 6 memasak pelbagai menu termasuk kambing panggang,nasi bukhari,nasi dagang,mee rebus,laksa,spaghetti dan banyak lagi menu menu yang enak enak. Masjid Al Ghufan Pinggiran Taman Tun Dr Ismail berjaya menarik perhatian dengan promosi One Stop Business Centre dimana di Masjid berkenaan juga bukan sahaja mengandungi cafe tetapi juga hotel yang lengkap dengan pelbagai kemudahan terkini.
Juga turut diadakan pertandingan antara Masjid yang mengambil bahagian pagi ini dengan hadiah hadiah disampaikan kepada 3 pemenang.
Seawal jam 10 pagi sudah begitu ramai tetamu yang sampai
Gerai gerai yang menyediakan pelbagai juadah
daripada Masjid Masjid di Zon 6
Tetamu tetamu VIP
Tetamu tetamu VIP
Kumpulan Nasyid Kanak Kanak
5 pusingan menerima duit raya untuk semua kanak kanak
Finalis Akademi Nasyid
Tetamu memilih juadah
5 kali menerima duit raya, mood semua kanak kanak pagi hari sabtu amat baik sekali
Riangnya semua kanak kanak jarang jarang sekali dapat 5 kali duit raya dalam satu Majlis Raya
Hadiah kemenangan drp Masjid Masjid yg mengambil bahagian dalam sambutan raya tahun ini
Ramai yang mengambil kesempatan mengukuhkan Sillatur Rahim dengan bertegur sapa samada ketika mengambil makanan ataupun ketika berada di meja makan dan suasana pagi ini seolah olah hari raya pertama pula jadinya dan mungkin pada masa akan datang pelbagai Majlis Raya lain yang biasanya diadakan di pelbagai hotel terkemuka dapat dipindahkan ke serata Masjid diseluruh Malaysia yang tentunya akan dapat menghidupkan semangat meraikan kememangan cabaran Ramadhan dan Eid ul Fitr Al Mubarak dengan lebih bermakna sesuai dengan segala larangan dijauhi bagi memastikan keberkatan yang berterusan InsyaAllah. Renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di sehangatnya raya,salam lebaran.
iskandar1967@gmail.com
No comments:
Post a Comment