Tuesday, October 12, 2010

Tazkirah Syawal di 3 DzulQaedah 1431 Hijrah (11/10/2010) Isnin

Majlis Raya berterusan sejak lepas  Isya tadi di pinggir ibukota di gated community pada 4 DzulQaedah 1431 Hijrah (hari baru bermula lepas Maghrib dalam Taqween Islam).
Kira kira jam 930 malam sebaik sahaja sampai terdengar dari jauh deejay memutarkan lagu hit Bunga Api Di Hati. Guard yang bertugas di main entrance gated community memaklumkan yang semenjak jam 4 petang hingga sekejap tadi kira kira  lebih 5,000 tetamu telah datang berdasarkan kereta kereta yang terpaksa di parking jauh diluar main entrance gated community tersebut. Majlis masih meriah dengan ramai yang hadir masih  berpakaian raya, saling bersalaman serta kanak kanak di berikan duit raya oleh tuan rumah yang sentiasa memegang ditangan begitu tebal sampul duit raya. Semua kanak kanak yang tiba diberi terus duit raya sebaik sahaja disambut oleh tuan rumah dan semua tetamu diberikan cenderamata sewaktu bersalaman hendak pulang. Kira kira jam 1145 malam lagu Bunga Api Di Hati diputarkan sekali lagi, kemudiannya Salam lebaran  dari album hangatnya raya dan akhirnya Anugerah Aidilfitri (Datuk CT) dan Suasana Hari Raya (Anuar Ellina). Lagu lagu berhenti diputarkan selepas jam 1210 tengahmalam namun tetamu masih lagi ramai dan jiran jiran dari kaum India serta Cina ada yang baru sampai. Tuan rumah pula ajak bersembang waktu nak pulang kira kira jam 1230 pagi dan bersembang itu membawa kepada hampir jam 2 pagi dan tiba di rumah sejam kemudian. Apa yang menarik perhatian ialah seorang jiran berbangsa cina yang datang selepas tengahmalam dengan bersandal, berseluar pendek dan berbaju kedut kedut untuk beraya dan menjamu selera sebenarnya adalah seorang multi millionaire walaupun kalau terjumpa dalam KL berpakaian sedemikian ramai akan assume yang dia seorang apek yang mungkin berniaga kecil kecilan dalam KL.  Deejay bertugas yang bersuara seperti David Arumugam Alleycats menghidupkan suasana raya dengan  turut memutarkan lagu lagu evergreen raya walaupun sebenarnya kita sudah menghampiri bulan Haji yang akan menjelma bulan depan.  Persembahan khas roti canai terbang yang didatangkan khas dari Batu Pahat mengejutkan para tetamu semua selain daripada makanan makanan biasa raya seperti satay, ketupat,lemang, nasi beriani etc etc etc  Ada juga artis  baru yang hadir tapi tak ingatla nama apa may be lagu mengarut kot tak best, kalau best mcm Allahyarham  Datuk Sudirman  Hj Arshad sure la dah ingat punya he he he.









Walaupun tak kenal tetamu ni, bila tanya dia nak appear dlm blog tak, terus sporting senyum and posing depan camera phone-- semata mata kerana duduk semeja tadi then sampai ke sudah nama pun tak tanya la he he he.



                                Inilah  tauke big boss yang multimillionaire datang ke Majlis Raya jirannya dengan berpakaian amat simple may be sebab dah lewat tengahmalam baru dia ada masa nak datang.


Jadi pengajarannya tak perlu semua branded clothing untuk berjaya. Ramai dengan tiba tiba berebut rebut nak membeli kereta mewah dsbnya sekalipun baru sahaja bekerja dan berkahwin mengalahkan anak Menteri kahwin tetapi contoh yang baik malam tadi datang dari seorang berbangsa cina--dia mempunyai sebuah rumah yang serba canggih di gated community di pinggir ibukota walaupun hanya bersandal ke Majlis Raya. Tuan Rumah Majlis Raya malam tadi juga contoh yang baik sebab sepanjang musim rumah terbuka raya--beliau bekerja keras mencari Rezeki   sehingga tiada  langsung masa untuk menganjurkan Majlis Raya sepanjang Syawal yang baru lepas.   Kalau rajin bacalah buku Rich Dad Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki yang telah menjadi best sellers di US sejak bertahun tahun yang lepas. Renung renungkan,selamat beramalm tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di awal pagi 4 DzulQaedah 1431 Hijrah ini.


iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment