Sunday, October 10, 2010

Salam 30 Syawal 1431 Hijrah (Sabtu) 9/10/2010 Tazkirah Syawal

Hari ini sabtu ada 4 lagi majlis raya tetapi hanya sempat hadir di dua majlis saja. Pertamanya pagi tadi jam 10 pagi YB Menteri Wilayah Persekutuan hadir di Majlis Raya anjuran Masjid  Jamek Kampung Baru. Pelbagai menu disediakan dan jamuan dihentikan seketika bila masuk Azan Zohor, semua tetamu masuk ke dalam Masjid untuk berjemaah. Masjid juga mengalu alukan kedatangan pelbagai golongan kurang berkemampuan termasuk golongan India dan Cina.


                                        
                                                              Tetamu tetamu


Dengan Khemah di luar pintu masuk Dewan Solat terus para tetamu berjemaah Solat Zohor


Manakala sebelah malamnya pula sekali lagi hari ini di lokasi yang sama Dewan Tun Razak 4, majlis raya diadakan oleh umno bukit bintang.  Majlis dimaklumkan tentang lokasi surau untuk berSolat Isya. YB Menteri Wilayah Persekutuan hadir bersama dgn Datuk Seri Azim.
Kumpulan tradisional orkes nirwana menghiburkan tetamu dengan pelbagai lagu lagu evergreen.
Menjelang lewat malam persembahan hiburan diambil alih oleh artis artis antaranya Rizal AF, Razali Husin, Bell Ngasri, Ifa Raziah &  Zai dari Fabulous Cat. Persembahan raya namun lagu raya paling minima sekali dipersembahkan. Ifa Raziah menyanyikan lagu jingle bell secara joking namun amat tak sesuai sekali menyanyikan lagu christmas dalam majlis raya dan setelah tersedar  dia selamba berkata ooops ni raya melayu maknanya bagi ifa raziah raya puasa ni raya bagi bangsa melayu  bukannya bagi penganut Islam la kot. Kejanggalan ifa raziah berterusan bila dia turun dan menari dangdut dengan seorang tetamu yg agak berusia dan membuatkan majlis menjadi konsert dangdut lebih teruk lagi kanak kanak yang diajak ke atas pentas oleh ifa raziah disuruh membuat shuffle di majlis raya. Ifa raziah juga membuatkan tetamu gelisah bila mempersendakan bulan ZulQaedah.  Mungkin persembahan orkes nirwana lebih menarik perhatian tetamu apabila berjaya membawakan lagu autumm leaves dalam irama tradisional. Persembahan karoeke pula didominasi dengan lagu lagu moden yang entah apa apa semata mata kerana mereka yang bertanggungjawap tidak membawa CD lagu lagu evergreen raya. Secara keseluruhan group artis tewas teruk kepada group veteran dari orkes nirwana dari segi kualiti persembahan. YB Menteri Wilayah menyampaikan bantuan kepada golongan yang telah dipilih diiringi oleh Datuk Seri Azim.

YB Menteri WP bersama Datuk Seri Azim menyampaikan bantuan

Bell Ngasri bersama Zai (Fabulous Cat)

Rizal AF menyampaikan lagu dari wali band


Tetamu tetamu


Alat Muzik (besi panjang yang berbunyi kerincing kerincing bila di hentak)  seperti dalam Filem Nasib Do Re Me sewaktu menjual Obat masih wujud dan digunakan Orkes Nirwana  untuk mempersembahkan lagu autumm leaves dalam irama tradisional

Juga alangkah indahnya sekiranya parti umno bersikap lebih terbuka dgn menjemput PAS, PKR,DAP dan segala jenis pembangkang lain atas semangat hari raya bukannya nak buat apa pun sekadar makan makan dan bersembang sembang. Tiada tetamu akan fokus kepada acara hiburan artis artis baru yang menyakitkan hati lebih lebih lagi ifa raziah yang menukar mood raya menjadi mood dangdut-jadi apa salahnya menjemput semua jenis parti termasuk parti tupperware untuk mengeratkan Silatur Rahim. renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di sehangatnya raya tahun ini.

No comments:

Post a Comment