Petang tadi, majlis raya masih berterusan anjuran Kumpulan Koperasi Koperasi di KL dan Selangor bertempat di Koperasi Ukhuwah, Medan Tuanku berhampiran dengan Maju Junction dan Tune Hotel KL.
Azan Asar begitu jelas dilaungkan daripada Surau selesa Koperasi di Tingkat satu yang terletak sama level dengan pejabat pemaju perumahan Koperasi. Ribuan tetamu yang hadir dipenghujung waktu pejabat bergilir gilir menggunakan Surau yang serba lengkap itu serta menjamu selera dengan pelbagai hidangan raya yang enak enak dan yang nampak oustanding di Majlis ini ialah gulai kawah yang begitu banyak sekali dimasak dipersekitaran lokasi Majlis Raya. Selain menjaga KeFardhuan Solat dengan baik iaitu dengan meniadakan sebarang lagu lagu atau acara hiburan, Majlis ini seperti juga Majlis di BSN dan Kerajaan Kelantan yang begitu terang terang menjemput semua peringkat golongan masyarakat yang lalu lalang termasuk peminta sedekah untuk turut sama merasai kemeriahan berhari raya termasuklah pengemis daripada golongan cina dan india yang begitu asyik merasai setiap hidangan yang disediakan tanpa rasa takut takut.
Sebaris Gulai Kawah tersedia untuk semua tetamu dari petang tadi sehingga malam ini
Ramainya tetamu datang serta pengemis /golongan kurang berkemampuan juga diajak turut serta
Tetamu mula lebih ramai tiba selepas jam 4 petang tadi dari arah Maju Junction
Para tetamu menjamu selera
Para tetamu membawa nasi untuk di cedukkan gulai kawah ke pinggan mereka
Lalu lintas serta keselamatan di Majlis ini dikawal sepenuhnya dgn cekap oleh anggota anggota Rela
Sekarang sudah masuk Waktu Maghrib, Khamis malam jumaat, setakat ini dulu, bagi yang ingin datang masih sempat kerana majlis akan tamat sekitar jam 830 malam. Akhir Qalam, renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di sehangatnya raya penghujung Syawal tahun ini.
No comments:
Post a Comment