Saturday, October 2, 2010

Salam 22 Syawal 1431 Hijrah (Jumaat) 1/10/2010 Tazkirah Syawal

Salam jumaat dan khutbah jumaat hari ini menyentuh isu pembaziran dalam kehidupan. Kajian Jabatan Alam Sekitar menyatakan sumber air dan minyak semakin berkurangan dan akhirnya harga yang amat mahal akan terpaksa dibayar untuk mendapatkan air dan minyak akibat daripada sifat tidak tahu berjimat cermat manusia.

Selepas jam 505 petang tadi , Majlis Raya berterusan dengan dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Pulapol KL yang dihadiri oleh YB Menteri Dalam Negeri dan isteri, Timbalan Menteri KDN, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, KPN dan ramai lagi. Kombo PDRM menyerikan lagi persembahan serta kumpulan ghazal yang menyanyikan lagu Itulah sayang dari the award winning film Anakku Sazali (Tanya sama hati dalam versi ghazal moden). Juga artis AF 2, juga Nash  yang menyayikan lagu Gadis Melayu, Hattan dan beberapa lagi artis jemputan. Semua acara hiburan tamat sebelum jam 7 malam bagi menghormati waktu Solat Maghrib dan tetamu masih ramai walaupun jam sudah hampir 8 malam.



YB Menteri Dalam Negeri & isteri bertemu dengan ahli ahli kombo PDRM dan Nash

YB Menteri Dalam Negeri & isteri

                             Yg Bhg isteri Menteri Dalam Negeri Datin Seri Tengku Marsila
                                                YB Menteri Dlm Negeri & isteri menerima tetamu

                                                         
                                                         Artis AF 2
Penyanyi serba boleh segala jenis lagu menyanyi dihadapan meja VIP


Manakala sebelah malam pula  kira kira jam 820 malam tiba di teater muzikal Tun Dr Mahathir berlangsung di Panggung Sari, IB KL yang dihadiri oleh pelbagai tetamu dari syarikat syarikat yang menaja persembahan malam ini .  Saksikan bagaimana frustnya Tun Dr M apabila tidak di izinkan melanjutkan pelajaran di bidang undang undang malah di arahkan untuk menyambung pelajaran dibidang perubatan di Singapura selepas Tun lulus cemerlang di peperiksaan Senior  Cambridge. Gambar gambar terpilih  dari buku cenderamata   serta  diluar Panggung Sari di sertakan disini.









                                                                     iskandar1967@gmail.com                                   

No comments:

Post a Comment