Nasir Wahab juga mendendangkan lagu lagu raya manakala Sheila bersama seorang kanak kanak mendendangkan lagu terbaru dari album hangatnya raya-- Bunga Api Di Hati. Manakala YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim bersama isteri turut mendendangkan lagu S Affendi--Fatwa Pujangga dan selepas itu Yg Bhg Datin Seri secara solo mendendangkan lagu Ubekkan Denai. Seniman Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin naik ke pentas meyampaikan dua kuntum bunga ros buat YB Menteri dan isteri.
Canggih signboard menu semua agensi di bawah Kementerian untuk dikunjungi tetamu
Seniman Andre Goh
Pengerusi Kumpulan Media Prima turut hadir di Majlis Raya Kementerian hari ini
Ketua Pengarah Finas
RTM membuat liputan khas
David Teo
Yg Bhg Datuk Seri Farid Ridzuan di majlis raya Kementerian
Gabungan RTM dan TV3 dan semua media dibawah Media Prima boleh menghasilkan produk berkualiti
YB Menteri tiba dan bersalam dgn Tan Sri Lee Lam Thye
Bantuan disampai pada anak anak staff di Kementerian yang berpendapatan rendah ataupun sakit
Main area majlis dari sebegitu banyak area di sekitar Kompleks Kraf untuk Majlis Raya Kementerian
Nasier Wahab sdgn mendendangkan lagu raya sambil tetamu mengambil makanan
Sheila turut mendendangkan lagu hit Bunga Api Di Hati bersama seorang kanak kanak , eloknya semua penyanyi asal dikumpulkan dan menyampaikan lagu tersebut dihadapan YB Menteri
Kira kira jam 640 petang pula tiba di Majlis Raya Media Prima di perkarangan Sri Pentas dan terus dijamu dengan nasi Bukhari yang sudah mengandungi telur rebus dan ayam berempah didalamnya selain drp lauk lauk biasa untuk nasi beriani. Kelihatan juga ramai daripada mereka yang hadir di Majlis Raya Kementerian sebelum itu turut berada di Sri Pentas seperti Datuk Seri Farid Ridzuan, Datuk Johan Jaafar dll. Hampir jam 7 malam semua hiburan dihentikan bagi menghormati waktu Maghrib. Surau disediakan di level 3 Sri Pentas dimana keadaan surau amat selesa sekali selain dipenuhi dengan pelbagai buku buku agama. Para tetamu bergilir gilir menggunakan Surau yang selesa lengkap dengan bilik Wudhu yang bersih. Semasa Maghrib, audio Solawat Nabi berkumdang dipersekitaran Majlis Raya berlangsung yang bertemakan Raya Sepanjang Zaman.Acara hiburan bersambung selepas jam 745 mlm yg antara pengacaranya termasuklah FBI. Tahniah kepada Kumpulan Media Prima yang peka juga dengan Waktu Maghrib sepertimana Majlis Raya Celcom Axiata semalam dan juga Majlis Raya Kerajaan Kelantan serta Parliamen minggu lepas.
Main area di depan stage dan terdapat juga ruang jamuan disebelah kiri , kanan dan belakang pentas di Majlis Raya Media Prima-Gambar diambil sewaktu Maghrib
Kertas makluman menuju ke Surau di tampal di luar studio lebih hangat drp biasa then bila sampai ke kiri dah takda kertas lagi, kemudian baru dapat tahu kena naik lift ke tingkat 3 yang terletaknya Surau yang cukup selesa lengkap dengan rak rak buku agama yang dipenuhi dengan pelbagai rujukan rujukan penting.
Antara lagu lagu yang dinyanyikan selepas Maghrib agak memekakan telinga dan mungkin sesuai di nyanyikan selepas jam 10 malam yang menyebabkan tetamu tetamu didepan pentas utama tidak menumpukan perhatian kepada persembahan kecuali makan makan dan bersembang sesama mereka . Mungkin bagus juga kiranya dapat dipinjamkan Uztaz Uztaz yang biasa appear di TV9 untuk mengisi slot khas Kuliah Maghrib ke he he he dan selepas Azan & Solat Isya barulah disambung dengan lagu lagu bermula dengan lagu lagu tradisi Raya. Renung renungkan,selamat beramal, di sehangatnya raya tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi.
No comments:
Post a Comment