“Bubar Karyawan”
SHAH ALAM - “Dia (Freddie Fernandez) sudah ingkar dengan keputusan mahkamah. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Karyawan sepatutnya dikendalikan oleh satu jawatankuasa bebas, bukannya dia dan rakan-rakanya!,” kata Datuk Aziz Satar.
Aziz mendakwa, AGM tahunan kali ke-III persatuan itu pada 29 Mac 2002 juga tidak sah dan terbatal.
Dakwanya, semua keputusan yang dibuat oleh Karyawan sepanjang tempoh itu adalah tidak sah, termasuklah pemecatannya bersama tiga rakannya sebagai ahli persatuan.
“Bila mesyuarat itu tidak sah, maka pelantikannya sebagai presiden pun tidak sah. Tapi saya hairan, sampai sekarang dia tak mahu mengaku kalah, sebaliknya tetap nak terajui Karyawan.
“Kalau berterusan macam ini, ada baiknya Karyawan di bubarkan saja,” katanya ketika dihubungi, Sinar Harian semalam ketika diminta mengulas berhubung kekecohan yang berlangsung di Perbada�nan Filem Nasional (Finas), kelmarin.
Dalam kejadian tersebut, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dan seorang kakitangan Karyawan, Ahmad Abdullah dilaporkan telah ditampar dan ditumbuk berikutan daripada bantahan sekumpulan 50 orang yang didakwa Freddie sebagai orang luar.
Aziz berkata, kekecohan yang berlaku bukan sengaja ditimbulkan sebaliknya menjadi tegang selepas dihalang menyertai mesyuarat.
“Dia buat mesyuarat dengan memanggil orang-orangnya sahaja, sedangkan Karyawan mempunyai 3,000 ahli dan yang dijemput tak sampai 200 orang pun. Saya sendiri pun tidak di undang.
“Semasa mesyuarat baru nak mula, kami cuba berbincang dengannya dan menegur caranya itu adalah salah. Tapi, dia tak nak dengar pandangan orang. Apa yang dia kata semua betul,” katanya.
Beliau juga tidak menafikan berlakunya kekasaran terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maestro itu.
Di PETALING JAYA, Freddie dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Karyawan semalam, berkata, beliau akan memfailkan saman terhadap Pengasas Karyawan, Zainal Abidin Omar berhubung kenyataan kononnya beliau ditampar dua kali oleh ahli Karyawan dalam sebuah portal berita.
“Ini adalah satu fitnah yang sangat memalukan. Saya tidak ditampar dan melarikan diri seperti mana yang didakwa.
“Ketika kekecohan itu berlaku, saya masih ada dalam bilik mesyuarat . Saya dilindungi oleh beberapa ahli karyawan dan merekalah yang membawa saya keluar dari situ,” katanya.
Freddie berkata, dia sudah pun membuat laporan polis dan menyerahkan hal itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Mesyuarat itu sepatutnya berjalan dengan baik, tetapi dicerobohi pula oleh individu-individu bukan ahli karyawan yang seolah-olah ingin merampas kuasa.
Mengulas tentang arahan mahkamah berhubung AGM Karyawan, Freddie berkata, dia sememangnya sudah menyerahkan mesyuarat itu kepada dua peguam yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa bebas.
Bagaimanapun, jelas Freddie, mesyuarat itu akan tetap diteruskan pada tarikh lain yang akan ditetapkan nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment