Tuesday, September 14, 2010

5 Syawal 1431 Hijrah Selasa Hujan Lebat Nostaglia Ramadhan & Eid ul Fitri di Makkahtul Al Mukkarammah & Madinahtul Al Munnawarah 1995 serta Birmingham 1996

Pagi ini  hari ke 5 Syawal 1431 Hijrah hari selasa,  jalan masih belum sesak seperti biasa walaupun pelbagai kenderaan memang dah bertambah kembali namun hujan lebat yang teramat sejuk dan cuaca gelap pagi ini mengimbaskan kembali zaman musim winter di Birmingham tahun 1996 serta di Makkah dan Madinah tahun 1995. Beberapa keping gambar yang terpilih size 3R yang discan disini mungkin mampu membawa  sedikit kenangan kepada yang ada di Birmingham dulu.


Gambar pertama di atas ialah pagi Syawal selepas Solat Eid gambar ini diambil secara sembunyi --salah membawa masuk kamera ke dalam kawasan Masjidil Haram

Gambar kedua juga di pagi Ramadhan -- gambar Kaabah dari jarak dekat sampai dapat disentuh serta di rasa binaanya serta lembut baldu kain penutup Kaabah. Namun harus diingat yang menyentuh hanya kerana ingin tahu ok tetapi bila menyentuh dan menganggap Kaabah ada kuasa magic itu adalah Khurafat/Syirik kerana Yang  Maha Berkuasa hanyalah Allah swt semata mata. Juga gambar ini diambil dengan  kamera  sembunyi sembunyi la he he he untuk kenangan, tahun 1995  phone berkamera masih lagi belum di jual dengan meluas dan murah.

Gambar ketiga--pagi bulan Ramadhan di Makkah  tahun 1995 biasanya jalanraya sunyi sepi disebabkan sepanjang malam penduduk Makkah beribadah sehingga ke Subuh hingga ke Solat Dhuha. Jadi siangnya digunakan untuk tidur sebentar sementara menantikan waktu Zohor yang masuk kira kira jam 12 tengahari dimana aktiviti riuh rendah kembali. Pejabat telegram ataupun telephone kerajaan ataupun post office sentiasa mengatakan supaya datang selepas Isya untuk berurusan (Ba' da  Isya) dan itupun sekejap sahaja kerana semuanya ingin ber Teraweeh pula.



Gambar pertama ialah Masjid Nabi di Madinah Al Munnawarrah di pagi Ramadhan tahun 1995. Di bawah Kubah Hijau itulah terletaknya Makam Nabi yang boleh di Ziarahi setiap kali  selepas Solat. Di tepi sebelah kiri gambar Kubah Hijau itu ialah pintu keluar setelah selesai menZiarahi Makam Nabi Muhammad s.a.w.

Gambar kedua ialah perkuburan Baqi yang hanya lima minit berjalan kaki setelah keluar dari pintu keluar Masjid dari Makam Nabi, ianya terletak di atas kedai kedai arked . Perkuburan Baqi ialah dimana bersemadinya para syuhada yang turut sama berjuang bersama sama Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Cuba lihat contoh yang baik disini--tiada sebarang binaan di atas kubur dan setiap kubur di tandakan dengan batu yang hidup iaitu batu yang mampu berzikir berterusan kepada roh bukannya batu mati seperti simen dan batu marmar yang telah diproses. Batu mati hanya untuk bergaya menandakan kemewahan simati tetapi batu hidup dapat membantu roh dengan berzikir berterusan., bertasbih berterusan.
(Di Malaysia, batu hidup yang biasa di gunakan sebagai penanda ialah batu Sungai yang bersaiz besar)
Pelik kan adat di Malaysia--mati pun nak kena pamirkan status symbol macamlah dengan buat macamtu boleh dapat VVIP treatment dalam kubur.  Sorry, VVIP treatment dalam kubur hanya untuk yang berTaqwa dan mungkin simati hanyalah seorang fakir miskin yang berTaqwa.





Semua pelajar sedang khusyuk  mendengar Khutbah Eid ul Fitr di Malaysian Hall Birmingham 1996


Gambar pertama gabungan pelbagai pelajar dan rakyat Malaysia yang tinggal di Birmingham yang selepas berSolat Eid dijamu dengan pelbagai makanan daripada Malaysia di Malaysian Hall Birmingham tahun 1996. Kini Malaysian Hall Birmingham tersebut telah ditutup.

Gambar kedua ialah majlis raya untuk semua pelajar Malaysia di Birmingham anjuran pelajar pelajar Malaysia Birmingham University yang diadakan seminggu selepas raya di Birmingham University UK pada tahun 1996. Semua juadah biasa Malaysia siap terhidang untuk di makan disertakan dengan background lagu lagu evergreen raya termasuk Dendang Perantau Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee. Pada semua yang berada didalam gambar kedua ini, semuanya dah lost contact harap e mail pada iskandar1967@gmail.com to resume contact la--may be tu semua dah jadi mak mak dan bapak orang kot la he he he.

Beginilah  serba sedikit gambaran hangatnya raya di Makkah, Madinah & Birmingham tahun 1995-1996.
Salam Lebaran, Bunga Api di hati cap kuching hitam pemegang besi he he he lebih hangat daripada biasa nostaglia berEidul Fitri di rantau orang.
(sori la he he he gambar gambar lain semua kena censor la dulu setakat ni he he he)

                                                                

No comments:

Post a Comment