Monday, September 27, 2010

Salam 17 Syawal 1431 Hijrah Ahad (26/9/2010) Tazkirah Syawal

Hari ahad majlis raya berterusan di serata tempat dan jalanraya sesak seperti hari bekerja baik apa juga parti politik yang menganjurkannya termasuklah parti tupperware tetap akan dikunjungi ramai kerana pelbagai hidangan enak enak disediakan tanpa perlu membayar apa apa. Namun dalam keadaan mendapatkan semua juadah secara percuma, pembaziran perlulah dielakkan sewaktu memilih untuk mengambil sebarang juadah.
Format mengelakkan pembaziran dapat dapat di elak di majlis anjuran ahli parliamen titiwangsa YB Dr Lo Lo di Kota Agro hari ini yang turut di hadiri oleh YB Datuk Kamaruddin Jaafar ahli parliamen Tumpat.
Nasi himpit di letakkan hanya beberapa ketul di dalam mangkuk kecil dan kuahnya di ambil sendiri oleh tetamu yang datang. Maknanya jika tak cukup tetamu boleh mengambil lagi apatah lagi kuah kacangnya yang sedap lagi pedas. Begitu juga dengan nasi jagung yang lauknya di letakkan oleh petugas. Ribuan tetamu yang hadir tetap mendapat cukup hidangan raya dan 3 sessi pemberian duit raya untuk semua kanak kanak yang hadir telah memastikan semua kanak kanak pulang dengan wajah gembira kerana mereka semuanya mendapat duit raya dengan beratur panjang serta juga belon untuk dibawa pulang.

Ribuan tetamu di Majlis Raya Ahli Parliamen Titiwangsa di Kota Agro , ahad




Ribuan kanak kanak beratur panjang untuk mendapatkan duit raya

                               YB  Datuk Kamaruddin Jaafar Ahli Parliamen Tumpat turut hadir
Tetamu berbual bual dengan YB Ahli Parliamen Titiwangsa

Cuaca mendung disebelah petang tidak menghalang ribuan tetamu untuk datang
                                                                      









Disebelah malamnya pula Ahli Parliamen Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali bersama Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida Kamaruddin mengadakan majlis raya. Puluhan ribu tetamu yang hadir kesemuanya mendapat hidangan yang lazat lazat serta semua kanak kanak mendapat dua kali duit raya iaitu daripada YB Azmin dan YB Zuraida. Kanak kanak juga sebagai tambahan diberi peluang menjawap kuiz dan mendapat hamper hamper yang disediakan untuk puluhan kanak kanak yang dapat menjawap kuiz. Manakala kesemua warga emas yang hadir baik cina, india dan melayu semuanya mendapat hamper khas yang berisi sekampit beras,kopi, teh, susu dan pelbagai barangan dapur yang lain, tiada seorang pun warga emas yang tidak mendapat hamper khas ini. Majlis dihiburkan oleh kugiran Otai yang mempersembahkan lagu lagu evergreen raya. Pendekata, kesemua hadirin bukan sahaja menikmati jamuan raya yang enak enak tetapi kesemuanya tidak pulang dengan tangan kosong. Kakitangan penguatkuasa daripada MPAJ dan Rela dapat mengawal keadaan dengan selesa apabila majlis memyampaikan duit raya dua kali kepada semua kanak kanak yang hadir bagi memastikan kegembiraan kepada kesemua kanak kanak.








YB Azmin dengan sportingnya masih duduk walaupun  bekalan elektrik terputus sementara beberapa kali dalam kegelapan.

Dua sessi pertama pemberian duit raya dari YB Zuraida Kamaruddin untuk semua kanak kanak yang hadir


Anggota Rela mengawal keadaan semasa sessi duit raya pada  semua kanak kanak oleh YB Zuraida
YB Azmin dengan 3 sessi lagi untuk round kedua pada semua kanak kanak yang hadir




Sessi semua warga emas yang hadir menerima hamper besar yang mengandungi pelbagai keperluan dapur  setiap warga emas yang hadir
                                                               



Di depan sekali warga emas cina, dibelakangnya india dan dibelakangnya melayu--semua bangsa yang hadir asalkan warga emas menerima hamper besar yang mengandungi sekampit beras,kopi,teh, biskut dan pelbagai barangan keperluan harian dapur.

Warga emas di dizinkan berucap dan ada seorang berbangsa cina mengucapkan terimakasih dalam pelat bahasa cina terimakasih berulang kali walaupun tidak fasih berbahasa Malaysia.
Pendekata hati semua golongan rakyat telah ditawan dengan masing masing memperolehi sesuatu pada majlis raya tersebut.

renung renungkan,se;amat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di sehangatnya raya.


iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment