Friday, September 24, 2010

Salam 14 Syawal 1431 Hijrah Khamis (23/9/2010): Tazkirah Ringkas 14 Syawal

Salam 14 Syawal 1431 Hijrah, majlis raya berterusan hari ini  Khamis di Bukit Kiara anjuran Kementerian Belia dan Sukan. YB Menteri Belia dan Sukan serta Timbalannya hadir sama. Turut kelihatan ialah Pengerusi Media Prima. Waktu Zohor persembahan hiburan di hentikan setengah jam dan para tetamu bergilir gilir ke Surau yang terletak di basement Stadium Juara Bukit Kiara. Inilah antara Majlis Raya yang menghormati waktu Solat Zohor selepas Kerajaan Kelantan dan Parlimen minggu lepas. Tahniah atas keberanian melakukan perkara yang betul dalam menekankan waktu Solat. Namun mungkin perlu dilakukan beberapa perubahan kecil di masa akan datang dari segi persembahan hiburan yang di sajikan, mungkin sebagai permulaan selain dari berbaju kurung elok juga artis wanita bertudung kerana yang di raikan ialah hari raya puasa bukannya perayaan biasa. 


Marsha AF3 mendendangkan lagu Tan Sri Dr P Ramlee Manusia





YB Menteri Belia dan Sukan



Marsha AF3



Ella menyanyi di depan peminatnya didepan pentas utama




Ramli Sarip dan Man Kidal menukar Doa Buat Kekasih menjadi Doa Buat Malaysia


YB Menteri Belia & Sukan menonton persembahan Ramli Sarip & Man Kidal




Pada sebelah malam sebentar tadi selepas Solat Maghrib satu Majlis sempena hari kebangsaan negara Arab Saudi diadakan di Mandarin Oriental KL yang turut di hadiri oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi serta  KSN serta Duta Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia serta turut hadir ialah bekas Menteri Penerangan Yg Bhg Tan Sri Abd Kadir Sheikh Fadzil . Jamuan pelbagai makanan dari timur tengah serta sempena Eid ul Fitr yang masih di raikan hidangan tradisi raya seperti ketupat,lemang, satay, nasi himpit turut di sajikan selain makanan makanan berat timur tengah seperti nasi bukhari, kambing panggang, kebab dll.








National Day Saudi Arabia Dinner  Mandarin Oriental



National Day Saudi Arabia Dinner



KSN Tan Sri Sidek Hasan


Saudi Arabia National Day Dinner



IIUM Current Rector


Deputy Minister of Higher Education, YB Datuk Saifuddin Abdullah


renung renungkan,selamat beramal,tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi,sehangatnya raya.






                                                                              

No comments:

Post a Comment