Muhammad datang terus dari pejabat PM setelah diundang untuk membaca ayat ayat suci Al Quran sewaktu majlis berbuka puasa Maghrib tadi.
Hujan rahmat turun renyai renyai malam ini sepanjang Teraweeh di Putrajaya. Jika kita sedari sejak awal hari ini cuaca seluruh KL amat redup sekali dengan matahari tanpa kepanasannya sehinggalah ke petang dan berterusan ke malam dengan hujan renyai renyai. Semalam adalah malam 27, mungkinkah Lailatul Qadr telah berlaku malam tadi kerana keadaan yang sama hanya berlalu sekali diawal Ramadhan kali ini dan bila ianya berlaku sekali lagi di malam ke 27, apakah mungkin semalam telah berlakunya Lailatul Qadr dan sepertimana biasa di Makkah semalam pada malam 27 juga disana lebih 1.5 juta ummat Islam membanjiri Masjidil Haram untuk berTeraweeh sepertimana yang dilapurkan oleh Arab News yang dipetik didalam harakahdaily.net hari ini.
Fokus Tazkirah ringkas kali ini ialah mengenai rumah terbuka. Di tahun 70an dulu, rumah terbuka hanya biasanya di anjurkan oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan-Sultan, TYT Gavenor Gavenor, Perdana Menteri dan Menteri Menteri Kabinet serta para Menteri Besar dan Ketua Ketua Menteri. Jadi rumah terbuka adalah konsep yang tidak asing lagi sesuai dengan status sebagai pemimpin samada sebagai Ketua Negara, Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan sebagai salah satu cara untuk berjumpa mesra bersama rakyat jelata. Bayangan di fikiran-- rumah terbuka ketika itu adalah satu majlis hari raya yang grand sekali.
Namun ramailah rakyat biasa yang kaya dan miskin termasuk setinggan menganjurkan rumah terbuka hari ini bagi mengantikan amalan dulu yang biasanya di panggil 'pergi beraya' atau 'ziarah menziarahi'.
Perangai tuan rumah pula akan menjadi lebih kurang seperti mereka ini pemimpin besar walaupun apa yang ada sempena raya dirumah mereka biasanya tiada bezanya dengan apa yang biasanya ada disetiap raya.
Kita patutnya ada sedikit rasa malu untuk selamba melabel majis beraya dengan rumah terbuka/open house.
Dengan berMuhasabah diri kita akan dapat meletakkan satu label yang lebih humble daripada mencanangkan open house sesuka hati.
Majlis beraya akan menjadi lebih berkat kiranya yang hadir juga golongan kurang berkemampuan bukannya saudara mara , rakan taulan yang berada semata mata. Majlis beraya juga akan menjadi lebih berkat kiranya tidak dicampur adukkan dengan pelbagai aktiviti yang kurang sesuai seperti bersuka ria berlebih lebihan, tari menari dan pelbagai bentuk hiburan melampau yang lain.
Perbuatan merayakan Syawal dengan pergi clubbing, mabuk mabuk, berjudi dan seribu satu lagi aktiviti kurang sihat yang lain sebenarnya menimbulkan persoalan samada mereka yang terlibat sebenarnya berpuasa atau tidak.Ada banyak cara lain untuk bergembira serta bersyukur menyambut Syawal bukannya menjadikan Syawal sebagai pesta hiburan melampau ataupun pesta menonton wayang daripada tengahari sampai ke malam asyik masuk keluar panggung wayang tanpa langsung rasa bersalah ketika Maghrib sedang bergelak ketawa dalam panggung. Pasangan bahagia yang berhibur melampau beginilah yang biasanya akan cepat bercerai bila mereka berkahwin nanti sebab sama sama hanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk enjoy semata semata dan hanya bercita cita nak berubah bila mereka dah tua bangka nanti seolah olah depa ni dapat confirm yang depa ni akan dapat hidup lama kot. Tau tau nanti meninggal terbaring atas lantai pusat hiburan, apa perasaan ibubapa depa agaknya la no.
Setakat ini dulu Tazkirah Ringkas kali ini, renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontorversi, peace no war.
iskandar1967@gmail.com
Muhammad Ahmad Zahid (jubah hitam) bersalam dengan jemaah selepas Teraweeh
malam ke 28 di Putrajaya Masjid Besi jemaah wanita
Jamuan bersama Imam Teraweeh Naib Johan AQ 4 selepas Teraweeh
No comments:
Post a Comment