Thursday, September 16, 2010

7 Syawal 1431 Hijrah Khamis Tazkirah Syawal

Bagi yang berada di Makkah & Madinah hanya beberapa jam lagi akan masuk waktu Maghrib yang menandakan bermulanya raya puasa enam Eid ul Fitr Al Mubarak yang akan menjadikan ramai di Makkah & Madinah dalam mood yang amat baik sekali dengan keluar makan makan di sekitar kedai kedai makan yang menjual nasi bukhari  serta lauk yang berasingan harganya daripada nasi tetapi amatlah sedap rasanya.
Minuman di kedai kedai makan lebih kurang sama seperti di Malaysia cuma kalau air tin biasanya bertulisan Arab la seperti coke, pepsi dan sebagainya. Sepertimana yang disabda Nabi dalam Hadith Sahih yang pahala seolah olah berpuasa seumur hidup menanti mereka yang berpuasa enam hari dalam bulan Syawal setelah menamatkan puasa Ramadhan dengan hanya 1 Syawal di haramkan berpuasa.

Manakala di Kuala Lumpur di Komplek Kraf Jalan Conlay, Datuk Mukhriz Mahathir & keluarga mengadakan majlis hari raya bermula jam 2 petang hingga 5 petang hari ini khamis 7 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 16/9/2010 sewaktu cuti umum Hari Malaysia. Para tetamu yang hadir tidak putus putus termasuk ayahanda dan ibunda Datuk Mukhriz iaitu Yg Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yg Bhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Jamal Abdillah menghiburkan para tetamu dengan pelbagai lagu segar termasuk lagu dendangan asal Othman Hamzah--Gadis Melayu yang ditukar menjadi Gadis Malaysia. Ada pula tetamu dari kedutaan asing yang meminta untuk menyanyikan lagu dalam bahasa negara mereka secara solo tanpa di iringi oleh muzik pengiring kerana ianya dibuat tanpa di rancang tetapi lagu tersebut didendangkan hingga selesai tanpa muzik pengiring. Sepertimana biasa keluarga Tun dan keluarga Datuk Mukhriz menjadi tumpuan tetamu untuk bergambar bersama sama dan semua tetamu berpeluang mengambil gambar bersama.
Dipaparkan di bawah adalah beberapa gambar pilihan tetamu tetamu lain yang hadir la he he he ada gambar kena lah censor dulu la.

Sesuai dengan semangat Ramadhan yang masih ada, amat patutlah sekali untuk ramai memulakan puasa 6 bagi mendapat segala ganjaran terbesar yang di janjikan oleh Allah swt kepada kita sebagai hambanya, InsyaAllah.

Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di sehangatnya raya kali ini.

iskandar1967@gmail.com



Yg Bhg Tun Dr Mahathir di Majlis Raya Datuk Mukhriz 7 Syawal 1431 Hijrah



                                              Yg Bhg Tun berdua semasa hendak pulang

           

 Jamal Abdillah yang menyanyikan Gadis Melayu sebagai Gadis Malaysia


Jamal --Gadis Malaysia
                                                                         

Datuk Mukhriz menyaksikan persembahan Jamal Abdillah

 
Antara tetamu yang hadir


Antara tetamu yang hadir
                                                                          




Jamal Abdillah bersama tetamu  yang hadir selepas selesai menyanyi
                                                                          

Datuk Mukhriz mendengar apa yang diperkatakan oleh seorang tetamu



Artis artis lain turut menghiburkan tetamu


Seorang lagi tetamu berbual dengan Datuk Mukhriz


Photo photo lain kena la censor dulu he he he Salam Eid ul Fitr Al Mubarak 1431 Hijrah Maaf  Dzahir Batin ok hangatnya raya bunga api di hati salam lebaran.
                                                                               

No comments:

Post a Comment