Hari ini selasa 22 Ramadhan 1431 Hijrah, malam ke 23 Teraweeh.
10 malam terakhir semakin singkat dalam Ramadhan kali ini dan Masjid patut menjadi lokasi bila saja ada kelapangan untuk beribadah. Kemodenan dunia hari ini tidak memberi apa apa halangan untuk membawa kerja kerja serta notebook ke Masjid.
Jamuan berbuka puasa, moreh selepas Teraweeh serta jamuan bersahur disediakan di serata Masjid dan Surau setiap hari sempena penghujung Ramadhan tahun ini sehingga hari akhir Ramadhan 1431 Hijrah tahun ini, Khamis depan 9/9/2010.
Ada dua insiden berlaku di Masjid diawal Ramadhan tahun ini serta beberapa malam yang lepas. Insiden pertama seorang anak dara lengkap berkain sembahyang asyik bermain dengan telefon bimbit di ruang bukan Solat sejak Azan Isya sehingga tamat Teraweeh serta pulang bersama ibubapanya seolah olah dia dah turut sama berSolat tanpa pengetahuan ibubapanya apa yang dibuatnya dalam pakaian sembahyangnya. Menipu ibu bapa mungkin boleh dilakukannya dengan senang tanpa menyedari yang dia sebenarnya menipu diri sendiri serta cuba menipu Allah swt serta juga menunjukkan perbuatan amat kurang matangnya.
Kejadian kedua, seorang anak dara lengkap dengan pakaian untuk berSolat yang tiba di Masjid bersama keluarganya meninggalkan Masjid didalam kereta teman lelakinya yang turut berpakaian lengkap seperti nak berSolat. Tidak terlintas langsung di fikiran mana mana ibubapa yang anak perempuannya yang lengkap dalam pakaian Solat sanggup meninggalkan Masjid untuk bersama teman lelakinya sepanjang tempoh Isya sehingga selesai Teraweeh dan muncul semula selepas tamat tempoh Solat di Masjid.
Manakala di luar kawasan Masjid pula ada masanya sewaktu Solat berlangsung, bunga bunga api di tembakkan ke angkasa tanpa henti oleh remaja remaja yang tidak rasa bersalah dengan turut berada dipersekitaran luar Masjid hanya untuk bersuka ria.
Kesemua kejadian diatas memerlukan ketegasan para ibubapa menjalankan tugas sebagai ibubapa kepada anak anak masing masing. Jadi sekiranya ada sebarang kesalahan anak anak, yang patut turut dipersalahkan ialah kedua dua ibu bapa masing masing. Dosa dosa anak anak akan turut di share oleh ibubapa masing masing sekiranya para ibubapa gagal memperuntukkan masa untuk memberikan pendidikan agama sewajarnya kepada anak anak masing masing. Kesibukan ibubapa bukan alasan, cubalah beri jawapan demikian kepada Munkar & Nankir bila berada di alam kubur nanti.
Renung renungkan, selamat beramal, Selamat berSolat Subuh di pagi 22 Ramadhan 1431 Hijrah ini, malam nanti malam ke 23 Teraweeh.
iskandar1967@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment