Pagi ini hari ke 27 Ramadhan dan malam ini malam ke 28 Teraweeh,
Tengahari semalam TYT Gavenor Pulau Pinang singgah untuk menyampaikan zakat pada ribuan fakir miskin yang berkumpul di perkarangan Masjid Keling sempena malam ke 27 semalam.
Takbir raya sepatutnya di laungkan dengan penuh bersemangat kerana ianya bermula dengan kemenangan melawan musuh musuh Allah termasuk tentera tentera Ahzab. Bagi yang pernah hadir di Masjidil Haram Makkahtul Al Mukkarammah akan dapat merasai kelainan dalam nada berTakbir yang penuh semangat berbanding dengan kesayuan irama Takbir di tanahair kita. Namun dengan sebab berjauhan dari tanahair, mereka yang menyambut Eid ul Fitr di Makkah tetap berasa sayu walaupun di kelilingi Takbir penuh bersemangat. Sebagai pelajar di Birmingham yang menyambut Eid di Malaysian Hall Birmingham tahun 1995, menyambut raya tanpa cuti umum dan kelas masih seperti biasa tidak menahan students dari ponteng kelas untuk berkumpul untuk Solat Raya dan berTakbir irama menyayat hati.
Ringkasnya, program di pagi raya pertama mungkin boleh di cadangkan seperti berikut:-
5 pagi- mandi sunat
6 pagi- Subuh di Masjid
640 pagi- Ziarah Kubur
715 pagi -Ke Masjid untuk Solat Eid ul Fitr (biasanya bermula jam 830 pagi)
930 pagi-Jamuan raya di Masjid
1030 pagi- Rehat/Ziarah/Majlis raya
130 tghari- Zohor
3 petang-- samada berehat atau mulakan perjalanan balik kampung (jalan kosong dan lancar)
Sedikit mengenai Ziarah Kubur. Ziarah kubur bukanlah wajib dan wanita tidak digalakkan berziarah memandangkan cabaran terdedahnya aurat seperti betis ketika melangkah dengan baju raya. Ziarah kubur adalah bagus untuk mengingati kematian namun janganlah pula meratapi, menangis teresak esak yang dilarang agama kita. Juga amatlah penting kaum keluarga segera pergi membersihkan kubur ataupun mencari kubur yang telah ditumbuhi lalang sehingga kubur langsung tak nampak. Pernah berlaku ada keluarga di pagi raya tidak jumpa mencari kubur dan membuat keputusan berdiri di laluan sempit pejalan kaki untuk menyedekahkan Fatihah dan berdoa kerana tidak dapat mencari kubur sebenar, Situasi di kampung kampung seperti di Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis adalah agak mustahil untuk perkara seperti sesat di tanah perkuburan di pagi raya. Manakala situasi di bandar bandar adalah normal untuk sesat di kubur dan tanpa segan silu memberi pelbagai silly exuses mengapa mereka tidak dapat mencari kubur walhal itulah bukti pembalasannya di dunia lagi atas kejahilan mereka yang tidak perihatin kubur kaum keluarga sendiri. Jangan terperanjat kiranya ada hutan dikawasan lot kubur berpenghuni sebab penjaga kubur sendiri pun malas nak jaga memandangkan tiada sanak saudara muncul bertahun tahun lamanya sehingga tiba tiba selepas berbelas tahun muncul terkial kial mencari . Jadi, masa yang ada sebelum hari jumaat ini segeralah luangkan masa pergi mencari kubur dan membersihkannya sendiri. Jangan ingat nak tunjuk pangkat kat kubur just bersihkan sendiri melainkanlah anda memang tidak berniat untuk menziarahi kubur pada 1 Syawal 1431 Hijrah jumaat ini.
Akhir Qalam, terimakasih TV3 kerana menarik balik iklan raya yang tidak sepatutnya disiarkan sejak awal lagi itu.
Renung-renungkan,selamat beramal.
iskandar1967@gmail.com
Fakir Miskin melimpah ke dalam Kawasan Perkarangan Masjid |
Ribuan nasi dalam talam berkongsi 4 untuk semua yang hadir berTeraweeh serta juga fakir msikin |
Malam ke 27 Ramadhan 1431 Hijrah Masjid Kapitain Keling Penang |
No comments:
Post a Comment