Wednesday, September 8, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 033/1431

Salam 29 Ramadhan 1431 Hijrah rabu dan malam ini Teraweeh malam ke 30, malam terakhir Teraweeh, tiada lagi Teraweeh malam esok kecuali esok siang berpuasa yang selepas berbuka puasa esok Takbir pun bermula. Bagi yang masih belum menunaikan Zakat, boleh dibayar terus segera, masa masih ada sedikit lagi setakat sebelum Solat Eid ul Fitr lusa.

Alhamdullillah, semalam selesai mengerjakan Teraweeh di lokasi Qaryah Ramadhan, perkarangan Stadium Sultan Mohd ke IV Kota Bharu yang dikunjungi kira kira 5,000 orang sekalipun hari raya sudah hampir namun jemaah yang berSolat Teraweeh semalam yang di imamkan oleh Imam Masjidil Haram Al Aqsa Palestin.  Terdapat hanya 3 Masjidil Haram di dunia iaitu di Makkahtul Mukkaramah, Madinahtul Munnawarrah dan BaitulMuqaddis, Palestin (yang di kongsi secara paksa dengan kerajaan yahudi).

Syawal bermaksud peningkatan yakni kepada yang lebih baik namun kalau berbuka pun ditempat yang tidak halal susahlah kot nak capai peningkatan yang lebih baik.
Manakala dari segi konteks pula Syawal adalah hari kemenangan umat Islam menentang tentera tentera kafir/Ahzab dan zaman ini pula ulama menetapkan kemenangan berjuang melawan hawa nafsu.
Menangkah kita kalau kita berbuka puasa yang berakhir dengan pembaziran setiap hari? Menangkah kita bila kita bergaya melampau batas dengan branded item yang di sahamnya dimiliki oleh musuh musuh Islam yang membayar cukai untuk disumbangkan kepada israel untuk membunuh umat Islam?

Setiap Syawal umat Islam saling bermaafan tetapi yang sebenarnya kita tidak perlu menunggu sehingga dosa kita terhadap ibubapa kita menjadi berlori lori dan menunggu setahun sekali untuk berpura pura sedih dan menyesal lalu meminta maaf dan tidak sampai sejam selepas meminta maaf dan menjawap macam macam dengan cara yang agak kurang sopan pada mereka.

Agenda bermaafan dengan ibubapa tidak seharusnya dijadikan adat Munafiq setahun sekali tetapi memohon maaf sebaik sahaja menyedari sesuatu kesalahan telah berlaku. Lakonan memohon maaf setahun sekali mungkin nampak ikhlas sekali dua tapi kalau setiap tahun tiada perubahan maka fahamlah perangai anak anak di mata ibubapa.

Selanjutnya kenapa perlu menunggu sehingga setahun, adakah anak anak yakin yang mereka akan hidup setahun lagi? kalau anak anak yakin yang mereka akan hidup setahun lagi maknanya eloklah anak anak yang meengambil alih jawatan sebagai Tuhan  iaitu Allah swt.

Setakat ini dulu ringkas sahaja kali ini dan jangan lupa malam ini rabu malam adalah malam terakhir Teraweeh, tiada lagi Teraweeh malam esok.

Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi serta selamat bercuti.

iskandar1967@gmail.com


Ruang berhawa dingin bersambung dengan ruang fresh air bagi 5,000 jemaah Teraweeh yang di imamkan oleh Imam Masjid Al Aqsa Palestin di lokasi Qaryah Ramadhan perkarangan Stadium Sultan Mohd Ke IV Kota Bharu
pada malam ke 29 Teraweeh semalam. Tanpa laungan sahut menyahut Solawat dan kalimah Toyibbah. Hanya format sebenar seperti di Masjidil Haram Makkah , Madinah & Al Aqsa yang juga kini telah mula diguna pakai di banyak Masjid dan surau seluruh Malaysia.



Sebahagian daripada 5,000 jemaah di Teraweeh malam ke 29 semalam di Kota Bharu



Sebahagian drp 5,000 jemaah di Teraweeh malam ke 29 semalam



Tazkirah yang diadakan sebelum masuk waktu berbuka di lokasi sama



Tinggal sedikit sahaja, hampir sold out kira kira 20 minit sebelum waktu berbuka semalam  di lokasi Bazaar Ramadhan Stadium Sultan Mohd ke IV Kota Bharu--Nasi Beriani Arab ( sebenarnya Nasi Bukhari)

Aini Sup Utara pun ada di lokasi Bazaar Ramadhan yang sama di  Kota Bharu semalam



Pintu gerbang Qaryah Ramadhan di  perkarangan Stadium Sultan Mohd ke IV Kota Bharu
Kelihatan juga lokasi Khemah berhawa dingin untuk jemaah Teraweeh.


segmen khemah tanpa hawa dingin-fresh air



Ribuan jemaah dalam Khemah berhawa dingin walaupun Teraweeh sudah sampai ke malam 29 semalam



Dua imej  skrin besar di pancarkan ke dinding khemah  (kelihatan satu disini) dipasang dalam Khemah  berhawa dingin bagi faedah ribuan jemaah


Kelihatan kamera yang digunakan untuk webcast live ke seluruh dunia




Nasi Arab (sebenarnya Nasi Bukhari ayam) 20 minit sebelum berbuka di Bazaar Ramadhan perkarangan Stadium Sultan Mohd ke IV Kota Bharu


                                                                         

No comments:

Post a Comment