Para tetamu dihiburkan oleh Ramli Sarip, Sheila Abdul, Stacy, Mizs Nina, Aizat sambil diacarakan oleh Yasmin Hani. Kira kira jam 650 petang sehingga 750 malam semua acara hiburan dihentikan tanpa langsung ada sebarang muzik bagi menghormati waktu Maghrib dimana para tetamu bergilir gilir ke surau yang terletak di level yang sama. Yasmin Hani membuat pengumuman yang ramai sudah Solat Maghrib sebaik sahaja ingin menyambung acara hiburan selepas jam 8 malam. Ini juga adalah satu perkembangan yang sihat selepas kefarduan Solat ditekankan dalam Majlis Raya oleh Kerajaan Kelantan dan Parlimen baru baru ini.
Menu istimewa ialah Nasi Beriyani Berempah yang diletakkan didalam periuk besar panas panas diserata sudut dewan serta daging kurma, dalca sayuran, ayam masak merah--semuanya dalam kuali besar panas panas selain daripada roti jala kuah kari ayam dan banyak lagi hidangan hidangan yang lazat lazat dihidangkan.
Selingan diluar dewan sebelum program bermula
Tetamu mulai tiba diluar dewan
Majlis Raya Celcom Axiata bermula
Yasmin Hani pengacara
Sheila Abdul menyampaikan lagu raya
CEO Bursa Malaysia Datuk Yusli |
Sheila Abdul
Stacy
Aizat
Mizs Nina
Mizs Nina
Ramli Sarip
Tetamu turut menyambung lagu lagu Ramli Sarip
Yasmin Hani
Jason, Ramli Sarip, Datuk Seri Shazally.
Datuk Seri Jamaluddin Ibrahim
Datuk Seri Abd Wahid Omar & Datuk Seri Shazzaly Ramli.
Yg Bhg Tan Sri Radzi, bekas Pengerusi Telekom Malaysia
Keseluruhan majlis berlangsung dengan meriahnya dengan waktu Solat dihormati cuma persembahan artis artis baru patut disesuaikan dengan suasana raya bukan sekadar menyanyi satu lagu wajib lagu raya dan lagu kedua dan seterusnya lagu lagu bengang bercinta versi rock memekak. Pakaian artis artis baru patut juga dijaga serta tarian tarian terlampau rancak amat tidak sesuai dengan suasana raya. Mungkin berbaju kurung patut ditekankan di majlis raya dan kiranya ada tudung better still. Menyanyi dengan memekak sebelum dan selepas Maghrib bukanlah satu tindakan yang bijak bagi penyanyi itu sendiri dan Aizat pula dengan bangganya menyanyikan satu lagu buat pertama kalinya diperdengarkan yang diciptanya 3 hari sebelum hari raya tetapi langsung tak dapat di concentrate oleh para tetamu--better kalau aizat nyanyikan lagu evergreen raya daripada menggunakan peluang malam tadi membuat persembahan mempromosikan lagu lagu barunya yang takda kena mengena dengan suasana raya. Apalah yang akan tinggal nanti bila para penyanyi baru sudah tidak mempunyai bentuk tubuh yang menarik untuk dipersembahkan pada masa akan datang. Walaumacamanapun papa rock Ramli Sarip tidak mengecewakan dengan pelbagai lagunya yang sudah sedia terhafal oleh semua sambil diturut serta beramai ramai oleh tetamu yang hadir untuk sama sama menyanyi daripada tempat duduk masing masing. Ada seorang penyanyi baru selepas menyanyi satu lagu wajib -lagu raya terus membuat pengumuman dengan bangganya yang selepas ini tiada lagi lagu raya darinya--yang dia lupa majlis Celcom adalah Majlis Raya bukannya majlis mempromosi pelbagai lagu lagu pelik . Renung renungkan,selamat beramal di sehangatnya raya bunga api di hati.
iskandar1967@gmail.com
No comments:
Post a Comment