26/8/2010 Victoria Square, Birmingham City Centre-Iftari event-- sharing juadah berbuka puasa bersama passer by, shoppers, the homeless, the poor, students, practically sesiapa sahaja yang singgah untuk turut sama merasai nikmat Ramadhan tanpa mengira agama yang di ketuai oleh seorang student Pakistan dari BU (Birmingham University). Solat Maghrib berjemaah turut dikerjakan di kaki lima dataran tempat yang kebiasaannya di kunjungi oleh segala jenis manusia pada masa masa lain. Back to 1995 dulu, hanya ada Malaysian Hall Birmingham untuk berkumpul beramai ramai berbuka puasa free lauk pauk Malaysia serta Maghrib, Isya,Teraweeh serta jamuan moreh. Kini Dewan tersebut pun dah ditutup sejak beberapa tahun yang lepas. Penghujung september 2010 ini seperti mana biasa, cuaca akan semakin berubah menjadi lebih sejuk menandakan awal winter akan bermula dan masa siang akan menjadi semakin pendek berbanding dengan hari ini masa siang berakhir ialah kira kira pada jam 750 malam tetapi di waktu sejuk winter nanti jam 340 petang sudah gelap dan masuk waktu Maghrib. Selamat menjalani ibadah Ramadhan di penghujung Ramadhan ini dengan lebih tekun walaupun dimana semua kita berada, InsyaAllah. Salam untuk semua Malaysian Students UK & Eire serta semua yang dah biasa dan pernah berbuka di Markfield-Islamic Foundation di Leicester. Selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berTeraweeh etc etc dan selamat bersahur.
No comments:
Post a Comment