Alhamdullillah baru selesai Teraweeh malam ke 24 & moreh di Malaysia dan kira kira 2 jam lagi Solat Isya & Teraweeh akan bermula di Makkah & Madinah. Ramai yang niat baik terus berTadarus di Masjid namun niat yang baik akan jadi lebih sempurna kiranya apa yang dibaca itu dapat difahamkan on the spot--takda salahnya membawa terjemahan bersama. Ini baru mengetahui makna sahaja bukan bab Tafsir lagi yang lebih complicated.
Malam ini malam jumaat, malam yang paling ditakuti oleh Allahyarham Seniman Ibrahim Din dalam siri Do Re Me--the award winning film series of Allahyarham Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.
Eidul Fitri Al Mubarak akan menjelang kira kira seminggu dari sekarang, InsyaAllah 1 Syawal 1431 Hijrah akan jatuh pada hari jumaat minggu depan 10/9/2010. Mulai esok 2/9/2010 di Malaysia Ops Sikap akan bermula dan akan berakhir pada 13/9/2010 sehari selepas tarikh berkuatkuasanya perlantikan Ketua Polis Negara yang baru Yg Bhg Tan Sri Ismail Omar yang dijangka dapat memperbaiki imej dan integriti PDRM yang telah rosak teruk sebelum ini terutamanya KPN baru kita ini mempunyai LL.B (Hons) IIUM yang bermakna amanah yang lebih berat terpikul pada Tan Sri kerana Tan Sri dilengkapi dengan ilmu agama yang diperolehinya sewaktu menjadi pelajar Sarjana Muda Undang Undang (Dengan Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa dari kampus asal UIA di Petaling Jaya dulu.
Toll free no untuk Ops Sikap ialah 1800-88-1412 untuk melapurkan sebarang kemalangan, kesesakan lalu lintas mahupun untuk memperolehi lapuran keadaan traffic sepertimana yang sering dan masih dilakukan sewaktu AM Crew keudara setiap pagi di radio. Sekalung tahniah untuk pasukan AM Crew hari ini kerana membincangkan tajuk cadangan cogankata yang patut diletakkan di papan tanda untuk menyedarkan pengguna jalanraya sempena perjalanan balik kampung yang dijangkakan bermula hujung minggu ini dan akan bertambah sesak di awal dan pertengahan minggu depan.
Sebenarnya sekiranya pengguna jalanraya tak tahan lapar serta dahaga sewaktu memandu di siang hari Ramadhan, Allah swt memberikan satu kemudahan pengecualian khas kepada perjalanan bertujuan baik baik melebihi 60 batu ( 2 marhalah) iaitu untuk tidak berpuasa kerana Musafir namun ianya tetap wajib diganti segera selepas bulan Ramadhan nanti. Jadi, perhentian rehat yang dipenuhi pengguna tidak seharusnya pelik sekiranya melihat ramai yang tidak berpuasa kerana status Musafir membolehkan makan dan minum di siang hari dalam bulan Ramadhan asalkan jangan buat buat lupa tak reti reti nak ganti pula.
Bagi yang meneruskan perjalanan di sebelah malam pula, perjalanan lebih sejuk dan tenang maka tidak perlu tergesa gesa. Singgahlah dimana mana Masjid atau surau untuk berTeraweeh selain daripada boleh berhenti makan dan minum minum berkali kali.
Juga semua Solat Fardhu 4 rakaat seperti Zohor dan Asar dan Isya boleh di pendekkan menjadi 2 rakaat sewaktu bermusafir.
Solat Subuh 2 rakaat tetap dikerjakan pada waktu Subuh.
Solat Zohor 2 rakaat dan Asar 2 rakaat boleh di kerjakan dalam waktu Zohor ataupun Solat Zohor 2 rakaat dan Asar 2 rakaat boleh di kerjakan dalam waktu Asar.
Solat Maghrib 3 rakaat dan Solat Isya 2 rakaat boleh dikerjakan dalam waktu Maghrib ataupun Solat Maghrib 3 rakaat dan Solat Isya 2 rakaat boleh di kerjakan dalam waktu Isya.
Kemudahan Qasar dan Jamak untuk Solat Solat ini ialah hanya bagi mereka yang berMusafir lebih dari 2 Marhalah (60 batu) dengan tujuan perjalanan yang baik.
Jadi dengan segala kemudahan ini perjalanan balik kampung walaupun dengan jalan yang sesak sepatutnya menjadi perjalanan yang menyeronokkan. Sebagai contohnya perjalanan kurang 4 jam dari KL ke Penang akan menjadi lebih 8 jam namun dengan sentiasa berhenti makan makan minum minum di segala jenis kawasan rehat terutamanya di pelbagai hentian rehat di Perak dimana terdapatnya pelbagai buah buahan tempatan dijual, kacang kuda rebus, kacang tanah rebus, rojak buah dsbnya akan menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan. Kemudahan bilik mandi yang selesa terdapat di kesemua hentian rehat ke utara untuk menyegarkan badan dan menghilangkan rasa mengantuk.
Perjalanan ke Kota Bharu yang biasanya kurang dari 8 jam dan tidak mustahil akan mencecah 16 jam sehari sebelum hari raya akan juga dapat menjadi perjalanan yang menyeronokkan walaupun tanpa kawasan rehat yang sempurna. Berhentilah di segala jenis gerai gerai makan ataupun memakan bekalan bekalan di kawasan Masjid Masjid di Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang sebelum tiba di Kota Bharu di mana kesemua Masjid ini terdapat parking yang amat luas dan mencukupi serta dapat berehat di wakaf wakaf ataupun dalam ruang bukan Solat Masjid. Kemudahan mandi manda untuk menyegarkan juga terdapat di kesemua Masjid. Bila tubuh badan dah segar maka kuranglah rasa asyik nak panas baran sewaktu memandu.
Tidak berpuasa kerana berMusafir tidak ada apa perlu di malukan kerana ianya dizinkan asalkan tanggungjawap mengantikan puasa dilaksanakan segera selepas Ramadhan kali ini berakhir.
Bagi yang menaiki public transport seperti bas, keretapi serta kapalterbang tentunya lebih selesa namun para penumpang seharusnya lebih alert bila berada di dalam bas bagi mengelakkan kecuaian pemandu seperti bercakap telefon semasa memandu laju serta bermain sms semasa memandu laju. Tiada apa yang perlu ditakutkan bila melihat kecuaian pemandu tetapi lakukan dengan beramai ramai jangan berseorangan menyatakan ketidakpuasan hati kepada pemandu.
Untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalanraya, banyak cadangan yang dikemukakan sewaktu AM Crew keudara pagi tadi patut di laksanakan tanpa perlu sebarang kajian yang membazir masa.
Tanda tanda kereta atau motor akan terlibat dengan kemalangan maut biasanya dapat dilihat sebelum kenderaan berkenaan memulakan perjalanan lagi. Tanda seperti serombong eksos besi yang amat besar dan luas macam serombong asap di kilang kilang pengindustrian umpamanya dapat di buat kesimpulan yang pemandu kereta berkenaan akan memandu laju dan patut ditahan terus dari meneruskan sebarang perjalanan sewaktu musim raya. Tanda lain seperti mengubahsuaikan keadaan fizikal asal kereta yang simple hingga menjadikannya seolah olah kereta yang bersedia untuk di pandu di litar F1 Sepang. Kenderaan sebegini juga patut di tahan terus tanpa perlu di beri sebarang sebab penahanan sementara kenderaan tersebut. Bidangkuasa JPJ dan Polis Trafik adalah luas dan undang undang tidak perlu dipinda untuk bertindak tegas di musim raya kali ini bagi keselamatan semua namun kadang kadang JPJ dan Polis Trafik boleh menjadi penyumbang kemalangan maut dengan sekatan sekatan jalanraya yang mana pengguna yang asyik berangan sewaktu memandu sambil menyanyi lagu bunga api di hati lagu baru raya mungkin belum bersedia untuk
menekan brek secara gentle dimana brek yang ditekan secara mengejut akan mengakibatkan kereta berpusing pusing ataupun melanggar kiri ataupun kanan jalan untuk berhenti. InsyaAllah, pengumuman JPJ dan Polis Trafik untuk tidak mengadakan sekatan akan hanya terbukti bila Ops Sikap bermula esok.
Namun tanpa sekatan jalan raya pun pihak polis yang mengesyaki sebarang jenayah tetap boleh mengejar kenderaan tertentu dan mengarahkannya berhenti bagi tujuan pemeriksaan.
Begitu juga dengan motor motor serta pembocengnya yang mempunyai tanda tanda ianya dimiliki oleh para mat dan minah rempit, ianya patut di tahan sepanjang musim raya ini dan mungkin kerajaan boleh menyediakan tiket bas atau keretapi percuma kepada kesemua pemilik kenderaan yang ditahan sementara sepanjang musim raya.
Kempen menyedarkan pengguna jalanraya telah berubah kepada lebih baik dengan media elektronik serta media cetak menyiarkan visual kemalangan maut. Risalah risalah visual kemalangan lepas yang akan diedarkan bermula esok juga adalah langkah yang baik. Namun kebanyakkan cadangan yang dibaca oleh pasukan AM Crew pagi tadi patut dilaksanakan segera tahun ini juga.
Pemandu yang membawa keluarga bersama tetapi sekiranya keluarganya sedar yang mereka akan terpaksa bersabar dengan karenah ketua keluarga yang akan memandu sesuka hati patut memilih untuk menaiki pengangkutan alternatif ataupun kerajaan menyediakan tiket tiket pengangkutan awam percuma kepada mereka. Biarlah pemandunya memandu berseorangan bersama barang barang sahaja manakala ahli ahli keluarganya menaiki pengangkutan awam.
Cogankata seperti Selamat Hari Raya, Lubang Kubur telah tersedia untuk semua yang cuai.
Kotak kotak keranda serta patung yang dibaluti kain kapan patut di letakkan di sudut sudut yang sesuai di jalanraya jalanraya serta lebuhraya raya dalam format seperti motor yang di letakkan diatas bumbung Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Gantikan perkataan Hard Rock Cafe dengan Selamat membunuh diri di hari raya tahun ini, tahniah atas kedegilan anda.
Perluaskan juga penggunaan papan papan tanda Subhanallah, Alhamdullillah serta Allahuakbar (kesemuanya dalam bahasa Arab) kepada negeri negeri lain seluruh Malaysia selain daripada Kelantan.
InsyaAllah, malam ini teruskanlah ber Qiyammulai, sahur disediakan di semua Masjid.
Salam Eidul Fitri Al Mubarak 1431 Hijrah , Maaf Dazhir Batin.
Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, peace no war dan InsyaAllah ahad ini 26 Ramadhan 1431 Hijrah pada sebelah malamnya adalah malam ke 27.
iskandar1967@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment