Majlis beraya di kampung kampung masih lagi di panggil majlis beraya ataupun nak pergi beraya bukannya open house ataupun rumah terbuka. Duit raya walaupun ada yang tidak bersampul masih lagi kadang kadang lebih tinggi daripada sampul sampul yang diterima oleh kanak kanak di bandar bandar. Juadah raya makanan yang berat berat seperti nasi dagang,ketupat,lemang, nasi himpit kuah kacang mengisi meja meja di kampung kampung berbanding dengan pelbagai juadah juadah beranika warna di bandar bandar tetapi rasanya entah apa apa yang terpaksa di telan macam tong sampah oleh para penziarah majlis raya ataupun dalam bahasa moden pengunjung open house.
Kampung kampung yang masih kekal dengan tradisi biasanya terdapat dinegeri negeri seperti Kelantan, Trengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan beberapa bahagian tertentu drp Pulau Pinang. Kemajuan KL & Selangor menyebabkan setinggan pun menganjurkan open house ala menteri menteri kabinet dengan tuan rumah berdiri bersalam dengan tetamu yang tak tak putus putus tiba ataupun nak balik. Jangan terkejut di rumah rumah yang asalnya berkos rendah terdapat Porche yang bernilai lebih rm 2 juta ataupun di flat kos rendah di selayang terdapat mercz yang bernilai lebih rm 800 ribu. jadi dengan sebab itulah pemilik pemilik rumah sebegini menganjurkan open house sepertimana menteri kabinet menganjurkan open house kadang kadang lengkap dengan khemah berlampu berkipas besar ala kopitiam yang nampak antik tetapi moden.
Hari ini 4 Syawal , dua sejarah penting berlaku di negara kita. Pertamanya, pemansyuran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan yang baru Tengku Muhammad Faris Petra. Ianya sepatutnya telah lama di lakukan. Rakyat Kelantan keseluruhannya menerima perlantikan ini dengan rasa syukur dan gembira/
Eloklah tengku anis dan tengku fakhry jangan cuba mencabar perlantikan ini kerana ianya sah disisi undang undang selepas Majlis Perajaan Kelantan badan yang mempunyai kuasa menentukan perlantikan Sultan telah membuat keputusan.
Sekiranya tengku anis dan tengku fakhry masih berdegil, tidak mustahil seluruh Rakyat Kelantan akan menuntut siasatan terperinci kes pembunuhan bodyguard Sultan (ketika itu Pemangku Sultan) serta juga kes cubaan membunuh Sultan (ketika itu Pemangku Sultan). Tidak mustahil tahanan reman dilakukan kepada tengku anis, tengku fakhry serta mereka yang bersubahat seperti tengku merjan dan dr kol amir dari atm.
Inilah ujian terbesar KPN baru untuk bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan body guard serta kes merancang pembunuhan Sultan. (ketika itu Pemangku)
Sultan Kelantan yang baru adalah Sultan yang mesra rakyat yang amat di hormati oleh semua Rakyat Kelantan 100% kecuali kuncu kuncu tengku anis termasuk tok bomoh siam yang sudah tentunya syirik.
(Bacalah lapuran muka depan the star yang mempersoalkan kenapakah tengku anis membenarkan bomoh keluar masuk hospital dimana Sultan Ismail dirawat sebelum ini tetapi tidak membenarkan semua waris yang sah melawat Sultan Ismail kecuali kuncu kuncunya sahaja)
Peristiwa kedua dalam sejarah jenayah negara ialah kes pembunuhan Datuk Sosilawatie yang melibatkan peguam yang berpangkat Datuk di Banting di mana setelah disoal siasat didapati terdapat 4 lagi kes serupa selain daripada 4 yang baru dibunuh. Majlis Peguam patut mengutuk perbuatan ini sebaik sahaja lapuran forensik mengesahkan DNA ke empat empat mangsa. Besarkah sangat rm4 juta atau lebih sedikit itu berbanding dengan semua mangsa yang mempunyai anak anak kecil, isteri atau suami serta tangunggjawap masing masing? Siasatan polis menunjukkan akaun akaun datuk pamanathan ini mempunyai kekayaan yang melampau yang akan menggunakan Money Laundering Act untuk menyita semua wang tersebut. Persoalan yang timbul dikalangan masyarakat ialah kenapa bila jutawan dari chennai hilang disember lepas sehingga menyebabkan keluarganya turun pada bulan februari kes itu hanya di klasifikasi sebagai kes orang hilang.
Persoalan juga timbul bilakah Datuk Sosilawatie dan 3 lagi dibunuh? Adakah hanya selepas media menyiarkan berita kehilangan secara besar besaran? jadi maknanya sekiranya (sekiranya ok) mereka masih hidup selepas lapuran polis kehilangan mereka kenapakah location tracking menerusi handphone mereka tidak dibuat dengan kerjasama maxis dan celcom. Ada kemungkinan penjenayah panik setelah media menyiarkan berita kehilangan mereka secara besar besaran terus membuat keputusan untuk membunuh mereka. Ini dunia cyber ok bukannya media rasmi jadi analisis yang lebih bebas tidak patut disekat sepertimana juga bukan sahaja di jamin oleh Yg Bhg Tun Dr M sewaktu melancarkan MSC dulu tetapi juga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dibawah Artikel mengenai Freedom of Speech.
Walaubagaimanapun tindakan pantas PDRM dalam menyelesaikan kes ini patut juga diberi ucapan penghargaan dan sekalung tahniah cuma dengan kesukaran mendapat bukti kukuh tidak mustahil mereka ini akan di bebaskan selepas perbicaraan berlangsung kelak. Untuk memastikan daya ingatan semua yang terlibat mengendalikan kes ini kekal ditahap yang baik dicadangkan kes ini mula dibicarakan segera dalam beberapa minggu akan datang kerana melengahkannya akan membuatkan pelbagai senario seperti pendakwa naik pangkat, hakim naik pangkat, pegawai penyiasat naik pangkat, saksi saksi terlupa ataupun meninggal.
Hanya perbicaraan segera akan membolehkan keputusan yang adil di buat di Mahkamah.
Akhir Qalam, semalam 3 Syawal Yg Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yg Bhg Tun Dr Siti Hasmah menganjurkan Majlis Raya di kediaman mereka di Jalan Kuda Emas yang mempamirkan kesederhanaan Tun serta sikap ramah Tun yang gembira berbual dengan semua yang hadir satu sikap yang amat baik sekali dan alangkah eloknya kiranya semua pemimpin yang baik negara ini dari semua parti politik termasuk parti tupperware sekalipun la he he he dapat duduk semeja dan berbincang dengan melupakan sengketa lama mengambil kira semangat mengukuhkan silaturrahim sempena Eid ul Fitr. Mungkin Tun boleh fikir fikirkan kan Tun?
Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi, Salan Eid ul Fitr Al Mubarak 1431 Hijrah Maaf Dzahir Batin serta Selamat Menyambut Raya Puasa Enam 1431 Hijrah juga.
Terimakasih Tun atas layanan terbaik dari Tun sekeluarga semalam.
iskandar1967@gmail.com
Majlis Raya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Md Ali 3 Syawal 1431 Hijrah Ahad
Kelihatan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga dengan mesranya melayan semua tetamu yang hadir semalam di kediaman ayahandanya.
Sebahagian drp tetamu yang hadir termasuk ramai daripada kedutaan
asing
Majlis Raya Tun
Kelihatan tetamu asing di Majlis Raya Tun
No comments:
Post a Comment