Saturday, September 4, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 029/1431

Khutbah Jumaat siang tadi menyentuh tajuk Amalan Rasullullah di 10 akhir Ramadhan yang isinya kebanyakkannya telah disentuh di siri Tazkirah  Ramadhan 1431 Hijrah ini sebelum ini.


Keberanian Khatib untuk menyebut yang ramai umat Islam kini sibuk dengan pelbagai persiapan raya sehingga meninggalkan pelbagai amalan yang di tekankan Nabi  patut di ucapkan tahniah.


Sejak petang tadi sehingga kira kira hampir jam 12 malam sebentar tadi jalan jalan menuju keluar dari KL sesak menandakan bermulanya episod balik kampung dan InsyaAllah, kita akan tahu esok samada telah ada yang terkorban di perjalanan pulang ke kampung.


Sebenarnya berbuka, berTeraweeh, berQiyammulai dan berSahur di Masjid Masjid di saat saat akhir sebelum Eid ul Fitri mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri yang hanya akan dapat dirasakan sendiri oleh semua yang turut hadir di Masjid Masjid terdekat.  Ianya akan menjadikan kita semua amat dekat dengan Allah swt dan Nabi kita dan InsyaAllah dapat membantu dalam menghadapi pelbagai kesulitan  di akhirat nanti.


Malam 27 akan muncul hari ahad selepas Maghrib. Pada mereka yang sedang mengerjakan Umrah Ramadhan, penduduk tempatan akan memaklumkan yang ianya malam Al Qadr berdasarkan kepada satu Hadith Nabi. Namun hakikatnya bilakah Lailatul Qadr itu hanya Allah swt yang tahu.


Sudah menjadi adat di Malaysia untuk menghidupkan tradisi memasang pelita minyak tanah pada malam 27 yang turut di kenali di Malaysia sebagai Malam 7 Likur malah terdapat lagu raya yang popular di tahun 70an dulu, Malam 7 Likur dinyanyikan oleh Allahyarham A Ramlie dan bekas isterinya Maria Bachok.
Memadailah kiranya tradisi memasang pelita di malam 27 hanya kekal sebagai adat semata mata tanpa apa apa penjelasan lanjut.


Namun, orang orang tua ada menyatakan yang tujuan memasang pelita ialah supaya para Malaikat yang turun di malam 27 (yang dikatakan confirm sebagai Lailatul Qadr) supaya para Malaikat nampak rumah yang hendak mereka masuki. Perlu diingatkan yang di peristiwa Lailatul Qadr, Malaikat akan turun ke dunia namun ianya tidak patut di loya burukkan tentang perlunya pelita minyak tanah bagi membantu Malaikat melihat dengan jelas.


Malaikat ciptaan Allah swt tidak memerlukan sebarang pelita untuk melihat rumah mana yang hendak di masuki jadi memadailah adat manusia pemasangan pelita tidak disertakan dengan  apa apa penjelasan untuk membantu Malaikat melihat.


Betapa ruginya masa siang dan malam kita semua kiranya kita berterusan mensia siakan baki hari yang tinggal dalam bulan Ramadhan tahun ini.


Apa yang jelas mereka yang berada di Tanah Haram sekarang bagi mengerjakan Umrah Ramadhan telah diingatkan oleh Sabda Nabi yang dilapurkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim iaitu,


"Mereka yang mengerjakan Umrah dalam bulan Ramadhan mendapat pahala mengerjakan Haji bersamaku"


Dengan menziarahi Makam Nabi pula akan mendapat  bantuan Syafaat  dari Nabi Muhammad s.a.w.di hari akhirat nanti  dan dengan berdoa di Raudhah , di Masjid Nabi di Madinah , InsyaAllah doa akan di maqbulkan Allah swt.

Renung renungkan, selamat beramal.



Ramai dari luar Kampung Baru bersilih ganti mengunjungi Masjid Kampung Baru KL untuk berTeraweeh bersama Imam dari Masjidil Haram Makkahtul Al Mukkarammah.(24 Ramadhan 1431 Hijrah-malam ke 25 Teraweeh/3-9-2010)



24 Ramadhan 1431 Hijrah (malam ke 25 Teraweeh,jumaat,3/9/2010,  Masjid Kg Baru KL)


No comments:

Post a Comment