Saturday, September 18, 2010

Salam 8 Syawal 1431 Hijrah Jumaat Tazkirah Syawal

Salam Jumaat. Siang tadi Khutbah Jumaat menekankan adab adab ziarah sewaktu beraya. Antaranya Khatib mengingatkan supaya memilih waktu yang sesuai ketika hendak berziarah, makan juadah yang paling dekat dulu, jangan menganggu privasi keluarga tuan rumah, jangan berbual topik yang boleh menimbulkan rasa kurang senang tuan rumah, jangan membeza bezakan antara apa yang ada dirumah yang dikunjungi dengan rumah lain, memberi salam ketika sampai dan jangan duduk terlalu lama kerana mungkin tuan rumah hendak berehat.membaca doa makan dan Nabi juga pernah berSolat sunat dulu dirumah tetamu yang dikunjungi Baginda. Renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi.Hangatnya raya.

No comments:

Post a Comment