Antara lebih 1,000 kanak kanak yang menerima duit raya daripada YAB Menteri Besar Kelantan
Kelihatan YAB MB Kelantan sedang berada di gerai satay dan nasi himpit
Dengan begitu ramai pengunjung dan tetamu, YAB MB Kelantan terpaksa di kawal bagi memudahkan Tuan Guru bergerak dengan lancar.
Negeri Kelantan amat bertuah kerana mempunyai seorang ulama yang mempraktikkan apa yang dikatanya sekalipun dalam kedudukan sebagai MB Kelantan. Tn Guru masih lagi tinggal di rumah kayunya di kampungnya yang terletak kira kira setengah minit daripada Masjid. Tiada protokol dan birokrasi menyulitkan untuk berjumpa dengan MB Kelantan ini malah boleh menegur dan bertanya apa saja di mana sahaja. Dekatnya Tn Guru dengan rakyat ialah setiap hari Tn Guru boleh berjumpa sesiapa sahaja tanpa mengira berpangkat atau tidak. Bila sahaja Tn Guru menyampaikan kuliah agamanya dimana sahaja di negeri Kelantan , ribuan yang datang mendengar dan dapat bertanya soalan samada sewaktu sessi ceramah ataupun selepas sessi ceramah tanpa apa apa sekatan. InsyaAllah, negeri Kelantan akan terus dirahmati Allah swt kerana di ketuai oleh seorang ulama yang amat simple dalam kehidupannya serta tidak ada keinginan langsung untuk berlumba lumba mengumpul harta dunia sepertimana ramai pemimpin lain di peringkat persekutuan mahupun negeri negeri bukan PR. Kadang kadang kita terpaksa berkata benar walaupun kebenaran itu adalah menyakitkan, demikian sabda Nabi Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, hangatnya raya pada 9 Syawal 1431 Hijrah, sabtu.
No comments:
Post a Comment