Sunday, September 19, 2010

9 Syawal 1431 Hijrah Sabtu Majlis Raya 8 mlm - 11 mlm: Tazkirah ringkas Syawal malam minggu di KL

Salam 9 Syawal 1431 Hijrah. Majlis raya masih berterusan kali ini di  kediaman Pak Ya Taman Sri Ukay Hulu Klang  bersama bekas Mufti Perlis Dr Asri. Suasana meriah selepas Isya dimana tetamu berpusu pusu datang untuk bertemu dengan tuan rumah Pak Ya serta juga bekas Mufti Perlis , Uztaz Asri. Masing masing menikmati juadah yang disediakan ataupun di masak panas panas terus di depan tetamu. InsyaAllah, murah rezeki tuan rumah yang menjemput ramai tetamu untuk datang mengisi kelapangan malam minggu di KL untuk mengeratkan sillaturahim sesama kita. Jalan jalan untuk masuk ke kawasan kediaman penuh sesak dengan pelbagai jenis kenderaan namun kecekapan bantuan ahli ahli Rela dengan mengawal lalu lintas segala kenderaan dapat lalu dan parking di semua tempat  parking yang di arahkan. Dr Asri  bersama tuan rumah menyambut para tetamu dengan gembiranya sudi bergambar bersama sama para tetamu. Jika kita semua masih ingat Dr Asri adalah salah seorang Mufti yang amat berani bercakap berlandaskan fakta bila membincangkan isu isu penting agama tidak seperti setengah setengah mufti yang lebih suka cakap atas pagar seolah olah menjadi seorang ahli politik pula. Contoh yang baik mufti yang sesuai bertanding dalam pilihanraya kerana cakap samar samar ialah Mufti  Perak yang baru baru ini mengeluarkan kenyataan dengan takkaburnya di muka depan akhbar akhbar tempatan yang kononnya beliau (Mufti Perak) tidak pernah berbohong seumur hidup.


Antara tetamu di Majlis Raya rumah Pak Ya bersama bekas Mufti Perlis



Tetamu asing turut hadir malam ini



Dr Asri, bekas Mufti Perlis  menyambut tetamu yang hadir malam ini


Tetamu mengambil  pelbagai juadah yang baru di masak panas panas


Sudut lain dari ruang jamuan Majlis Raya malam ini


Tuan Rumah mempelawa tetamu yang baru tiba mengambil hidangan


Bekas Mufti Perlis makan bersama tetamu malam ini


Keberanian bekas Mufti Perlis menyatakan pelbagai hakikat kebenaran mengenai amalan umat Islam di Malaysia membuatkan beberapa Mufti yang selama ini samada tidur nyenyak di ulit pelbagai kesenangan dunia ataupun yang leka bermain politik melindungi salah laku ahli ahli politik dengan pendapat pendapat yang loya buruk (contoh:mufti perak) membuatkan mereka mereka itu membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Dr Asri kononnya Dr Asri berfahaman Wahabi semata mata untuk menutup malu mereka sebagai mufti yang dah tua bangka tapi masih enggan menyatakan kebenaran demi menjaga kedudukan mereka sebagai mufti seumur hidup kot. Inilah  antara tanda tanda Kiamat dimana mereka yang berilmu di bidang agama enggan menyatakan kebenaran. Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi walaupun dimana anda berada samada di Kota London ataupun Kota Bharu, hangatnya raya di malam minggu di KL.

                                                              

No comments:

Post a Comment