Saturday, September 25, 2010

Salam 15 Syawal 1431 Hijrah Jumaat (24/9/2010) Tazkirah Syawal

Khutbah Jumaat hari ini menyentuh keperluan pasukan keselamatan negara iaitu ATM dalam melengkapkan pertahanan negara dengan pelbagai kelengkapan yang canggih serta menyentuh pengorbanan tentera sebagai berjuang ke jalan Allah swt. Walaubagaimanapun bagaimanakah bentuk pengorbanan yang boleh dianggap Fi  Sabillillah hanyalah ulama ulama dihormati di dunia yang boleh mengeluarkan fatwa. Kelengkapan yang canggih sekiranya harga pembeliannya lebih mahal bila kelengkapan yang sama di beli oleh negara lain hanya menjadikan bidang ketenteraan sebagai sumber perniagaan pula dimana tanpa boleh disalahkan mereka yang berpangkat rendah ataupun prebet biasa, mereka mereka yang diatas membuat pembelian yang bukan sahaja over and above the market price tetapi juga 2 jet pejuang boleh kehilangan enjin dan kapal selam yang berbillion ringgit tidak boleh menyelam baru baru ini seperti yang dilapurkan dengan details oleh semua akhbar termasuk follow up yang lebih baik oleh akhbar Malay Mail. Lapangan terbang tentera untuk tujuan pertahanan juga amat perlu berada di dalam bandar untuk tujuan cepat bertindak yang telah sedia ada sejak zaman Perdana Menteri Pertama lagi namun dengan tiba tiba lapangan tentera di sungai besi hendak dibangunkan menjadi pusat komersial dan diserahkan kepada seorang yang  baru berusia 28 tahun yang gemar berkawan dengan bintang bintang Hollywood termasuklah Paris Hilton dan menghabiskan jutaan ringgit hanya untuk minum arak di US. Dimanakah  letaknya strategi pertahanan negara kita oleh mereka mereka yang diatas. Jadi Khutbah jumaat hari ini sepatutnya lebih jujur bila menyebut kepentingan melengkapkan sistem pertahanan negara. Khatib ada dua jenis, jenis yang pertama yang hanya membaca Khutbah yang bermaksud text telah disediakan dan Khatib dengan mudah menjadi burung kakak tua yang hanya membaca text sampai kadang kadang terkial kial untuk memastikan tiada ayat yang tertinggal untuk dibaca. Manakala jenis yang kedua ialah Khatib yang menyampaikan Khutbah maknanya tiada bacaan daripada text--Khatib menyampaikan mesej Khutbah dengan selamba dan natural--Khutbah sebeginilah yang membuatkan para jemaah langsung tidak mengantuk berbanding dengan bacaan Khatib jenis yang pertama. Kita kini seharusnya lebih terbuka sekiranya kita ikhlas mahukan Malaysia mencapai Wawasan 2020 kerana jika tidak Wawasan 2020 hanya akan menjadi slogan slogan baru setiap kali bertukar PM seperti  Islam Hadhari dan 1 Malaysia. Apa salahnya meneruskan Wawasan 2020 daripada mengarut dengan pelbagai slogan yang tentunya akan membazir dari segi pelbagai kos untuk mempromosinya.
Yg Bhg Tun Dr M sendiri berulang kali mempersoalkan 1 Malaysia yang menurut Tun Dr M beliau masih belum faham sehingga ke saat ini. Apa yang perlu hanya memperbaiki  Wawasan 2020 dengan pelbagai input daripada semua pihak termasuk barisan alternatif Pakatan Rakyat yang mempunyai pemimpin pemimpin yang di hormati seperti  YAB Tuan Guru  Datuk Nik Abdul Aziz, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang, YB Lim Guan Eng, YB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Gabungan these powerful minds akan membuatkan para pencacai angkat najis dalam BN dan Umno akan terkapai kapai kelemasan seperti senikata lagu Merisik Khabar Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad tetapi tentunya dapat membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik dan benar benar dihormati di mata dunia, bukan seperti sekarang yang kita sendiri asyik kata negara luar mencontohi kita dalam segala segi tetapi kita masih belum benar benar mendengar satu ucapan serius pemimpin pemimpin negara luar yang benar benar belajar daripada kita kecuali hanya ucapan ucapan biasa ahli politik luar bila melawat Malaysia hanya untuk menjaga hati kita sebagai tuan rumah.

Malam ini, sebentar tadi (jumaat malam) telah berlangsung Majlis Eid ul Fitri anjuran Ahli Parliamen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar  serentak dengan turunnya hujan rahmat yang menyejukkan dan renyai renyai namun tidak menghalang ribuan rakyat sekitar Lembah Pantai untuk turun bertemu dan beraya bersama YB yang sentiasa bercakap dengan substance berbeza sekali dengan nenek Sharizat yang tewas dalam pilihanraya lalu tetapi masih menjadi Menteri selepas mengguna para penyokongnya untuk mengugut Pak Lah dengan mengugut untuk menghantar bas bas ke Seri Perdana menandakan mereka mahukan nenek Sharizat sebagai menteri yang membuatkan Pak Lah terpaksa melantik nenek lulusan undang undang ini sebagai senator tetapi sentiasa bercakap macam seseorang yang tiada pelajaran dan banyak masanya isu isu agama jauh terpesong seperti contoh terbaru nenek Sharizat mengeluarkan kenyataan neraka pun tidak sanggup menerima pembunuh Sosilawatie--apakah ini bermakna pembunuh Sosilawatie akan masuk syurga sebab Allah swt hanya menyediakan syurga dan neraka. mengapakah JAKIM diam membisu kenyataan yang mencabar apa yang Allah swt telah tetapkan dalam agama kita. Mengapakah Menteri berkenaan di JPM masih membisu terhadap kenyataan Sharizat yang mempersoalkan keputusan mutlak Allah swt dalam isu syurga dan neraka.  Buka minda seluas luasnya sebelum membuat sebarang kesimpulan yang sempit.


                       Rakyat Lembah Pantai bertemu dengan wakil mereka di Dewan Rakyat

         Majlis Raya Ahli Parlimen Lembah Pantai  malam  ini sebentar  tadi.                                                        

                                     Majlis Raya  Parlimen Lembah Pantai Jumaat Malam             
                             
                                                                                                                                                                   
                                                                          

  
Majlis Raya sebentar tadi




Rakyat terus on the spot berbual masalah setempat dgn YB Nurul Izzah


Rakyat mengemukakan pelbagai masalah on the spot kepada YB Nurul Izzah di Majlis Raya

YB Tian Chua turut hadir di Majlis Raya YB Nurul Izzah



YB yang dinamik yang sebegini lebih diperlukan daripada YB mee segera yang telah ditolak rakyat dan lebih teruk lagi nenek sharizat banyak meraban daripada keluar dengan statement statement yang bernas. malam minggu nenek sharizat dihabiskan dengan berpakaian jeans dan t shirt putih tanpa tudung bodohnya di pelbagai outlet di jalan telawi bangsar. Sampai  masanya untuk rakyat lebih bijak membuat keputusan untuk kepentingan rakyat sendiri. Banyak wang beratus billion ringgit sepatutnya boleh diberi terus kepada rakyat Malaysia seorang rm sejuta tanpa mengira peringkat umur namun dihabiskan hanya kepada beberapa projek yang tidak berfaedah tetapi di promotekan dengan pelbagai faedah masa depan yang amat superficial, renung renungkan,selamat beralamal tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi sehangatnya raya di kediginan hujan rahmat di lokasi majlis raya sebentar tadi jumaat malam 24/9/2010.


iskandar1967@gmail.com


No comments:

Post a Comment