Malah kita dianjurkan untuk pergi berjalan kaki ke Masjid pada pagi raya untuk berSolat Raya dengan melaungkan Takbir serta bersalam dengan sesiapa sahaja yang kita jumpa sepanjang perjalanan ke Masjid dan sewaktu pulang kita di anjurkan supaya mengikut jalan lain bagi membolehkan kita berjumpa dengan seramai mungkin orang.
Masjid Masjid telah mula kosong dan tinggal kira kira beberapa Saf sahaja mungkin kerana telah ramai yang balik kampung ataupun sibuk membuat pelbagai persiapan berhari raya walhal pelbagai ganjaran menanti kita di penghujung Ramadhan. Cabaran untuk bershopping last minute, bermain mercun , membuat kuih raya berlebihan, berniaga secara melampau mahupun berhibur dengan tidak menghormati Ramadhan dsbnya mungkin lebih penting dari appointment dengan Allah swt (setiap Solat adalah saluran komunikasi kita dengan Allah swt serta Nabi Muhammad s.a.w. bila saja kita berSolawat dan Salam kepada Baginda)
Persiapan balik kampung kadang kadang boleh disalah sertikan sebagai pertandingan untuk menunjukkan aset masing masing di kampung halaman termasuklah memandu kereta kereta mewah model terkini ataupun berbual bual secara riak tentang jumlah rumah yang telah dibeli setakat ini. Kejayaan mengumpul harta secara fizikal membuatkan kadang kadang manusia menjadi lupa diri dengan sewenang wenangnya mengeluarkan fatwa sesuka hati bagi menghalalkan apa saja yang dibuat mereka bila sahaja di tanya oleh orang orang kampung. Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Mujtahid (ulama ulama yang benar benar ulama sahaja). Fatwa tidak boleh dikeluarkan sewenang wenangnya walaupun sipolan sipolan mengaku Uztaz ataupun Uztazah. Kita seharusnya lebih peka untuk membezakan pakar motivasi yang muncul di TV yang kebetulan bercakap tentang isu isu Agama dari ulama yang sebenar benarnya ulama. Kita juga perlu membezakan Uztazah glamour yang bila becakap hal agama di TV ada masanya melalut dari segi ilmu mahupun perwatakkan dirinya sendiri.
Sekarang di TV siaran secara langsung dari Makkah dan Madinah Teraweeh malam ke 26 manakala di Masjid akan bermula Qiyammullai sebentar lagi. Selamat menghidupkan malam malam akhir Ramadhan 1431 Hijrah.
Renung renungkan, selamat beramal.
iskandar1967@gmail.com
Hujan Rahmat renyai renyai di Masjid KLCC mengiringi Solat Teraweeh malam ke 26 |
Teraweeh malam ke 26 Masjid KLCC oleh Imam tempatan. |
No comments:
Post a Comment