Saturday, September 25, 2010

Salam 16 Syawal 1431 Hijrah Sabtu (25/9/2010) Tazkirah Syawal

Hari ini masuk 16 Syawal dan pelbagai Majlis Raya masih diadakan di negara kita serta juga di serata negara seluruh dunia termasuklah terutamanya di mana sahaja pelajar pelajar dan rakyat Malaysia berada baik di Birmingham, London, Oxford. Zurich, St Moritz dsbnya.  Menaiki keretapi yang sehari sekali dengan perjalanan selama 5 jam daripada Zurich ke St Moritz, Switzerland terutamanya dalam musim winter yang sudah hampir bermula adalah pengalaman yang amat berharga terutamanya bila hujung tahun ini salji akan turun dengan lebatnya pada waktu malam, begitu juga dengan lapangan terbang Zurich yang diambil dari London, salji mula menurun ke atas landasan adalah satu pengalaman yang amat unik sekali. Namun tiada azan biasanya berkumandang dan sekali sekala bila nak berSolat Qasar dan Jamak boleh juga singgah di banyak gereja gereja lama untuk berWudhu dan berSolat dimana mana ruang yang sesuai dalam gereja asalkan mengadap Qiblat dan berniat untuk berSolat contohnya Zohor dua rakaat dan Asar  dua rakaat dikerjakan dalam waktu Zohor. Tiada cuti umum raya, malah berpuasa pun tiada yang menyedari langsung. Pendekata, kalau yang memang tak berpuasa tu memanglah happy berada di situ kerana tak ada yang sedar langsung samada Ramadhan atau tidak. Cuma dalam bandar Zurich terdapat sebilangan pelajar serta rakyat Malaysia yang belajar ataupun bekerja disana serta juga terdapat sebuah restoran Indonesia yang agak besar dan berkonsepkan fine dining. Channel TV berbayar terdapat dalam bilik hotel yang menyiarkan cerita cerita adults dan canggihnya hotel hotel disana ialah sebaik sahaja di pasang TV akan keluar satu greeting selamat datang dengan nama ayah kita dan memaklumkan yang jumlah invoice tertunggak bilik setakat ini ialah Swiss France 0. Walaubagaimanapun sekiranya ada pelajar Malaysia yang datang ke Zurich ataupun bandar pergunungan salji St Moritz dimana babak babak kejar mengejar ski James Bond  biasanya difilemkan
mereka mungkin tidak berpuasa atas sebab Musafir tetapi perlulah diganti. Tetapi berpuasa dalam musim winter tidak terasa lapar cuma perlu kurang berjalan dalam kesejukan salji nanti cepat haus untuk minum teh o panas dan sup tomato panas yang kedua duanya berharga Swiss France 14. Namun, para pelajar dan rakyat Malaysia kini perlu sedar yang sup tomato yang kita semua sangkakan Halal itu sebenarnya telah dicampur dengan sedikit arak serta jauh di dalam periuk sup tomato terletak seketul tulang babi yang akan mengeluarkan rasa manis kepada sup tomato tersebut. Hal ini hanya diketahui setelah pulang ke Malaysia beberapa tahun lepas yang di maklumkan oleh seorang GM di sebuah resort terkenal di Langkawi dimana sebelum mencapai taraf GM , beliau belajar dan bekerja di bidang perhotelan di Zurich. jadi semua yang berada samada di London, Birmingham, Oxford, Zurich, St Moritz  dsbnya di seluruh dunia patut mula berhati hati dengan sup tomato yang dimasak  oleh mana mana outlet.



             Keadaan sunyi bandar percutian St Moritz di pagi musim winter  yang terletak 5 jam perjalanan dengan keretapi daripada bandar Zurich.                                                                                         

Hari ini sabtu pada sebelah paginya Ampang Puteri Specialist Hospital mengadakan jamuan Eid ul Fitri dan selepas itu YB Azmin Ali mengadakan Majlis Raya di kediamannya yang dihadiri oleh ribuan tetamu termasuk YB Nurul Izzah, YB Elizabeth Wong dll serta seorang Menteri Kabinet hadir kira kira hampir jam 3 petang sebentar tadi. Majlis masih lagi berlangsung dan tetamu tidak putus putus datangf disambut oleh YB Azmin sekeluarga dengan meriahnya.

Sekitar  Majlis Raya Ampang Putri Specialist Hospital pagi ini, sabtu  25/9/2010
Kugiran dengan lagu lagu raya menghidupkan suasana majlis di ampang puteri



Kakitangan Ampang Puteri menyambut tetamu yang tiba


Majlis Raya Ampang Putri Specialist Hospital  16 Syawal 1431 Hijrah Sabtu



Manakala keriangan dan meriahnya suasana raya di kediaman  YB Azmin Ali  bersama isteri Shamsidar Taharin dan keluarga semenjak tengahari sehingga lewat petang masih dikunjungi ribuan tetamu yang tidak putus putus datang walaupun hujan turun dengan lebatnya disebelah petang--hujan rahmat- dan lalulintas yang penuh sesak dengan kenderaan dapat dikawal dengan professionalnya oleh anggota anggota rela yang bertugas serta diarahkan ke tempat parking yang sesuai menjadikan keadaan pergerakan jalanraya masih selesa walaupun kenderaan berpusu pusu keluar masuk sepanjang majlis raya berlangsung.            


Majlis Raya YB Azmin Ali & Keluarga pada 16 Syawal 1431 Hijrah Sabtu (25/9/2010)

Isteri YB Azmin,  Yg Bhg Puan Shamsidar Taharin



Menyambut tetamu yang tiba

Isteri YB Azmin Ali

Tetamu mengambil juadah pilihan masing masing

YB Azmin Ali

Anggota anggota rela dengan cekap mengawal pergerakan lalulintas


Dengan kehadiran ribuan tetamu hari ini, silaturrahim sesama rakyat terjalin erat yang memungkinkan segala pengainayaan terhadap barisan Pakatan Rakyat berakhir tidak lama lagi lebih lebih lagi dengan pengumuman KM Sarawak hari ini yang mendengar nasihat para pencacainya untuk terus memimpin Sarawak dalam pilihanraya negeri yang akan berlangsung dalam masa terdekat, InsyaAllah  pengambilalihan kerajaan persekutuan akan bermula dengan pertukaran kerajaan negeri Sarawak, InsyaAllah.  Selamat ber jom heboh buat kali terakhir bersama kerajaan BN di Sarawak  di  hari hujung minggu ini sebab jom heboh akan datang akan berlangsung dibawah kerajaan PR InsyaAllah dan segala tekanan yang berlaku termasuk semalam sahaja kartunis Zunar berada di 3 lokap berbeza iaitu Briekfield, Puchong & Sepang dan hari ini  kartunis terkenal tanahair Zunar yang ditahan di bawah Akta Hasutan dibenarkan reman sehari oleh Majistret membuktikan kepekaan Mahkamah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan-Artikel mengenai Freedom of Speech. InsyaAllah segala tindakan yang dilakukan dengan mempertahankan kebenaran akan diberkati Allah swt dan inilah yang amat susah sekali dilakukan oleh umno kerana mungkin sebab mereka tak nampak Allah swt didepan mata mereka kot. Renung renungkan,selamat beralamal,tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, di sehangatnya raya hari ini hari sabtu. Buka minda, hiasi peribadi.


                                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment